Syukur, berhentilah mengeluh

Kita ni manusia, kena tahu bersyukur. Allah dah bagi banyak benda kat kita, kenapa masih nak mengeluh bila tak dapat sesuatu?

Dah kalau memang tanggungjawab kita, kenapa nak mengeluh kita kena buat benda tu?

Hentikanlah.

Serabut.

Terpampang di Twitter, status Facebook, mengeluh tak suka itu ini. Kalau nak mengeluh pun, tak usahlah melebih-lebih. Tak payah, tak payah. Keluh dalam hati, muhasabah diri dan refleksi diri.

Aku tak kata aku tak mengeluh. Mungkin banyak aku mengeluh di Facebook dan Twitter, dan aku akan perbaiki.

Apa lagi yang kau nak, bilamana Allah dah bagi kau peluang hidup hari ini? Bagi rezeki makanan dekat kau? Kau tak kebulur, kau sempurna akal dan fizikal, kenapa perlu kau mengeluh panjang di Facebook atau kerap kali di Twitter?

Dah tiba masa kita tengok balik apa yang Allah dah beri kat kita, dan apa yang kita dah buat untuk menunjukkan kita ni rasa bersyukur dekat Tuhan kita.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers