Raya - Salam Aidilfitri semua.

29.7.14

Assalamualaikum warahmatullah semua!

Dengan ini, aku, Fifiey Azmi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua insan yang rajin baca blog ini. Aku juga ingin meminta maaf kerana terlambat ucap yakni pada hari raya kedua, selain dah lama tak update blog ini. Maaf zahir dan batin. Salam kosong-kosong. Tapi kalau orang pergi beraya rumah awak jangan bagi air kosong je, ye. Jamulah juga teh atau mana-mana air manis yang enak supaya orang rasa nak beraya lagi ke rumah awak dan sebab air dah manis, duit raya boleh kurangkan #ehhhhhhhhhh

This year semua adik-beradik raya kat Terengganu. First day Syawal, as usual turun ke Besut. Ada buat BBQ, gotong-royong lah keluarga besar kami ni. Malamnya feasting together nyums. Seingat aku tahun ni antara raya yang stay rumah nenek sampai malam. Before ni memang usually balik petang, lepas dah beraya rumah tok-tok sedara semua. Tapi kali ni stay sebab BBQ tu lah. Ablong and family tidur sana terus. Aku dan yang lainnya balik before 12 midnight, sebab sebelum tu ribut petir dekat Besut. Siap blackout lagi rumah nenek aku tu. Dengan tikar tikar getah terbang huahuahua

Balik raya seminggu je. Buka cuti nanti terus mid sem test. Doakan.

Terkadang kita sendiri tak sedar

16.7.14

Assalamualaikum.

Suddenly today aku teringat. Sementara tunggu baju tengah rendam, duduk depan kipas. Bersantai sikit, seharian. And then tetiba tengah merenung apa yang berlaku harini, about what bothers me today and mostly berkait dengan entry aku sebelum ni, pasal crush.

So you see I'm going to be honestly honest, I do have a crush and it just started recently and I don't know whether it has exceeded a certain limit of affection or not (I hope not). I'd been trying to find a way to avoid having a crush but of course, nothing seemed to work because of my hangat hangat tahi ayam. And then there's that previous entry I found on the internet.

The only sentence that rips my heart open, sentap nak mati, is, "Bukan ke Allah suruh tundukkan pandangan?" I do that, but maybe it's not enough. That brings me to my next point.

Aku teringat. Dalam banyak-banyak perkara, aku teringat yang satu ni. Time aku Form 5, tengah bersantai dengan para pimpinan perempuan. I remember Nad leading the casual meeting tepi bangunan under the tree duduk atas rumput. We were discussing something about our juniors.

Though I can't exaggerate the real topic, but the main issue was "couple" and "ikhtilat" (hubungan lelaki dan perempuan). The cases of juniors (our peers, too, actually) having boyfriends/girlfriends were increasing and we had to find a way to reduce the numbers. Before anyone could get to their points, Nad spoke first.

"Saya rasa kita tak payah tekankan isu couple ni. Kita kena cakna isu solat. Sebab semuanya bermula daripada solat seseorang, solat tu lah yang menggambarkan seseorang tu. So sekarang ni kita kena cari jalan, macamana nak bantu adik-adik betulkan solat. Mungkin ada yang tak tahu."

Hadohhh. Memang betul, pangkalnya tetap solat. Pusinglah tang mana pun, it has to do with our solat. And no matter how hard we try to stop the couple issue, we couldn't because we didn't dig through the root - solat. That was why Nad suggested what she suggested.

And maybe that's the thing with me, too, or with us. Nak lupakan crush, tundukkan pandangan, tapi tak boleh, why? Something wrong somewhere. And we shouldn't do nothing about it. It demands to be fixed.

P/s: tapi macam serabut jugak ada crush ni. It's part torturous. Tetiba tahu crush suka kat kawan kita, the disappointment tu kan. And asyik nak cari dia je. Buang masa suka orang yang tak layan pun kita. Kuikuikui. So ayuhhh, mari berjuang takyah crush crush lagi! Hoyeahhh

P/s 2: I think the media affects me as well. The movies. The books. The music. Oh how am I going to get rid of this feeling if I can't even think of putting the books away /.\

Boleh ke ada crush? by Adnin Roslan

COPY PASTE TERUS DARI BLOG ADNIN ROSLAN

Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama?Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!



KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialahusaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.




 NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam.Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam,kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.

*tersedak*

Maybe, maybe, memang banyak pendapat. But I'm gonna stick to the rationality of his writing, of his justification on this matter because somehow it is the truth and we can't avoid the truth. The constant thinking of our crush, constant glancing and many more things yang buat kita jadi lagha and asek duk teringat dekat si crush tuh, memang kes berat. Though it's hard to do, but we have to at least TRY.

Okeh sebelum berhenti, nak bagi kata-kata semangat

FEAR DOESN'T SHUT YOU DOWN, IT WAKES YOU UP

(salam sayang baru habis baca buku Four: A Divergent Story so yeahhhh xD)

Iftor.

13.7.14

Salam :)

Alhamdulillah today I've been super blessed with varieties of good food for iftor. And good food means happy stomach. What does a happy stomach mean? Home!

Hehe yesterday my cousin, Amek, who is studying/working in UM, offered me a ride back to her house (Cuani's house) to sleepover and berbuka semua. I had to decline sebab pagi tadi I went to a movie date with Wahidah :3

FINALLY WATCHED THE FAULT IN OUR STARS!!! OH MY THE TEARS!!! I cried a good deal, but Wahidah was much worse -_- Uuuuu and we got two beautiful magnets themed TFiOS!

After the movie, Wahidah and I departed separate ways. I took the KTM and taxi to reach Cuani's curb (the trip was 2-hours long phew). Before I forget, I have my copy of Four book, Divergent! *does the Futterwacken dance* *the only Four book available on the newly arrived books*

Thennnnn, it was iftor time. Abelong and family were here, too. Yong and PC Awie. Yong is Ummi's sister that looks like her the most and I kept waiting for Ummi to show up or something. You know that longing-feeling? I'm delighted to spend time here with my cousins (tempat melepak para sepupu yang duk KL ni) and aunts and uncles because they make me feel like home :')

There were Cuman's family as well, with cute lil babiesssss and awwwwhhhh :3

I got to spend time with Acik Ferhe and Sue (my two BFF cousins hehe). Weeeeeeetttt~ And Cuani was like, "Fifiey please eat everything" lololol

Later on after the guests (Cuman's family) left, aku and cousins aku tengok World War Z (which Acik hates like, big time hahahahahha) annoying kot cerita tu. How come zombies are sprinters now zzzt

After this boleh la hangout/sleepover selalu kat rumah Cuani hehe :3 But tutorials kena bawak sekali ah. Camni la hidup student PASUM ennnn. Takpe, for me and for my future. Good things don't come easily. Remember what Imam Syafi'e said? If you can't bear the hardship of seeking for knowledge, you will suffer the pain of being ignorant.

Still, don't forget our brothers and sisters in Gaza. Fight with them in your doa. The second phase of Ramadhan is making its way to the third now. Lailatul qadr we seek.

Gaza in our hearts.

Allah destroys Israel Zionists and helps Palestine.

Sedia pistol pls

9.7.14

Tembak doa.

Ayuh.

InsyaAllah, Allah dengar doa kita. Untuk saudara-saudara kita di Palestin, untuk kita.

Never underestimate the power of doa.

Yesterday, a senior went up front to make an announcement -- all students would have to move to another college by this week, but their lecturers and orang atasan tengah arrange untuk tak payah pindah. And then the senior said, "Nanti buatlah solat hajat sendiri sendiri supaya tak payah pindah."

His audience laughed. I was thinking, "What is so funny?" Kalau kita nak something, kita doa. Kalau tak nak, nak hindarkan, kita doa. There's no wrong and no limit in asking for anything from Allah, even for the slightest thing as not having to move or getting a kind and soft demonstrator.

The most important thing is that, WE BELIEVE, HAVE FAITH IN HIM.

Doa. Our most powerful weapon.

May Allah bless.

Jerebu.

Dulu kat Terengganu, udara bersih dan nyaman.

Tak ada macam di Kuala Lumpur ni. Old man gasping for air, dead crow in the drain. Bukan setakat old man gasping for air, young people are also finding it hard to breathe normally. The hazy condition is too much. Sakit sana sakit sini. Alhamdulillah tak melarat dan semakin pulih.

Jerebu fizikal. Jerebu hati? Tak sedar hati dah berjerebu? Ibaratnya jika kita ni suatu makhluk yang boleh dikecilkan, dan menjenguk masuk ke hati yang berjerebu -- sama. Sama macam jerebu fizikal. Kelam. Sakit mata. Tak selesa. Hati siapa tu yang berjerebu? Kita ke? Pembangunan pesat apa yang berlaku dalam bandar hati kita sampai hati dicemari jerebu?

Mungkin kita lupa. We take down the trees providing oxygen in our hearts. Pembangunan dosa every day, sikit demi sedikit jerebu memenuhi ruang hati. Ever tried to get rid of the haze? No? Then, maybe we should try. Because not doing anything means nothing. Kalau takde usaha nak hilangkan jerebu di hati, makin kotorlah hati.

Sama macam jerebu di Kuala Lumpur, or any other places experiencing this hazy condition. If we do nothing, we'd continue to live like this, breathing in bad air that finally gets mixed with our blood.

Salam Ramadhan.
17 days to go til I'm home for eid --

Robot?

5.7.14

I feel like some people claim that they're not robots, but they are.

In PASUM, people surrounding me are constantly studying.

Our first class usually starts at eight and the last one will end at five in the evening, with an hour break during noon.

So here's a summary of what PASUM students do as a daily routine.

Non-Ramadhan
Waking up for Subuh.
Solat, mandi.
Study before heading to lecture hall.
Looking at notes on the way to the lecture hall.
While waiting for lecturers to arrive, still looking at notes.
Lectures or tutorials or lab.
Break hour - study while eating and solat Zohor.
Back to lecture hall. Looking at notes.
Lectures or tutorials or lab.
Five pm - heading back to college.
Buying food at the cafe.
Mandi, solat Asar, makan.
Study until Maghrib.
Solat Maghrib.
Study.
Solat Isya'.
Study.
Study.
Study.
1am - sleep.
Repeat.

Ramadhan
Waking up for sahur.
Tidur kejap sampai azan Subuh.
Solat, mandi.
Study before heading to lecture hall.
Looking at notes on the way to the lecture hall.
While waiting for lecturers to arrive, still looking at notes.
Lectures or tutorials or lab.
Break hour - study and solat Zohor.
Back to lecture hall. Looking at notes.
Lectures or tutorials or lab.
Five pm - heading back to college.
Buying food at the cafe.
Mandi, solat Asar.
Study until Maghrib.
Bukak puasa.
Solat Maghrib.
Study.
Solat Isya' & terawih.
Study.
Study.
Study.
12am - sleep.
Repeat.

I don't do this, I just can't. My brain needs rest, my body needs rest, but others? Seriously if I do this, I'd go crazy. And by saying "I don't do this", I still do most of the things, except studying around 6.30pm to 8.00pm or eyeing notes while walking to the lecture hall. And I sleep before 12am, because I'd need my head during the lectures and classes the next day. Weekends?

Weekend

IT'S STILL STUDY TILL YOU SLEEP.
Celik celik bukak buku, tidur pun kalau boleh nak dengan buku. Aku? Aku akan rehat half an hour before and after each waktu solat, except for Maghrib. Aku tak study Maghrib. Usually pukul 6pm tu memang dah tak kat meja study. It defies my life principle since high school.

Ops, this routine sebenarnya routine orang yang around me je. Don't know about people from another KK. Tapi aku macam stres sikit ah tengok diorang duk study memanjang sebab aku ni bukan jenis kaki study sampai tak cukup tidur or tak cukup ruang nak melangkah. Tahu tak peer pressure? Bila diorang study, aku rasa aku kena study jugak but the problem is I'm not their type. Soooo, after a while, I'm used to it and bila time badan aku nak rest, aku tidur jelah, biarlah mereka nak study sampai pagi pun, aku jenis orang yang sayang diri sendiri tak sampai hati kalau badan tak cukup tidur sebab tak nak merana keesokannya.

But setiap orang ada method of study tersendiri, so ikutlah. I'm gonna stick with mine (whichever that is hahahahaha). Study study jugak, rohani pun nak makanan jugak. So, it's up to you la nak study cemana pun, but kalau boleh al-Quran jangan tinggal because Quran tu penguat kita. Baca al-Quran, kita akan ingat Allah dan in the same time, kita akan sedar yang bagi kekuatan dekat kita tu Allah, no matter our condition.

It's all about perspective✨

For me, bila aku baca Quran tu, memang, jadi penguat untuk aku. I know I'm not alone. InsyaAllah ada Allah dengan aku, so aku akan teruskan perjuangan sampailah Dia hadkan kemampuan aku. Betullah, bila baca Quran, ingat Allah, hati akan tenang, alhamdulillah. Even kalau kau jauh dari keluarga dan orang yang familiar, kau tetap ada Allah, KITA ada Dia.

Furthermore it's Ramadhan. Allahu... Peluang Allah bagi setahun sekali, hanya sebulan.

Aku kalau rasa penat sangat, tak tahan sangat belajar sehari-hari (because of the packed schedule), aku akan ingat satu kata-kata Imam Asy-Syafie ni, sebagai penguat tambahan aku;

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."

And indeed, it keeps me going.
Doa yang terbaik untuk aku dan sahabat-sahabat PASUM.