SH3 -- Domino's!

15.8.14


My classmates here in PASUM. I sure do miss the havoc situation in 5 Muslim, but these people fill up the holes, though not perfectly, but I have come to make myself comfortable with them. They are loud, fun, happy-go-lucky, funny, naughty, and they are the best. My new family. 15 girls and 4 boys (though previously 17 girls and then 16 girls and now 15 girls).

Intan, Shikin, Maryam, Jihan (dah pergi KMK), Iffah, Sherry, Anis, Mun, Nana, Suzie, Yanie, Qiela, Shida, Insyi, Syera, Iqbal, Akmal, Ijan and Dani. Paling bising dan havoc dalam kelas dan group WhatsApp -- Qiela + Dani + Nana. Nanaaaaaaaaaaaaa Nana comell hahahahaha They make things bearable for me, huhu, alhamdulillah. Will try to love them as much as I love 5 Muslim :'))))


And here, my two side kicks who make my life happy every single day. Amal and Wahidah. Thank you, girls. Wahidah who laughs, plays around, studies, watches movies, jokes around with me. And Amal, our mother (she acts like a mother) who goes back home every weekend and upon coming back to UM (precisely to our room), she still says, "Nak balikk...." -______- And Wahidah Wahidah Wahidah my twin, my funny girl, who, without her I don't think I'll be this happy to be here :') [perangai sama kot aku ngan Wahidah -_-]

Thank you Allah for all these new people. :)

I miss my parents

11.8.14

Assalamualaikum.

Aku rindu Ummi dan Walid aku. Kakngah and Amuh and Kakak. Ablong, Abcik dan Abang. Bila dah berjauhan ni, baru tahu erti rindu yang sebenar.

Rindu Walid. Walid sakit. Rindu saat Walid sihat dulu. Amuh pun cakap dia rindu nak tengok kesihatan Walid. Walid dah 66 tahun. Dulu Walid berisi, tapi sejak Walid sakit jantung (dan ada beberapa lagi penyakit), Walid dah cekung. Tapi Walid masih buat kerja lagi. Basuh halaman rumah, bawak kereta, buat itu buat ini.

I am Walid's daughter. I spent most of my childhood with him, sebab Walid pencen dulu sebelum Ummi so he had time for me. Dulu aku ingat kalau balik sekolah, Walid masak untuk aku, dan kami makan berdua. Walid hantar aku pergi dan balik sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima. Sekali je Walid pernah marah aku sebab aku selalu keluar lambat. Sekali je.

Aku ingat lagi dulu, Amuh cerita, Walid selalu ajak Amuh pergi melawat kubur arwah mak dan ayah Walid. Walid memang anak yang baik. Amuh kata, Walid berharapan tinggi kat Amuh supaya Amuh jadi macam Walid. Walid bangga dengan anak-anak dia.

Teringat ada sekali tu pergi MPH, ada buku tajuk lebih kurang "Cara Mendidik Anak Menjadi Solehah", aku pun bergurau dengan Walid, "Walid, belilah buku tu hehehehe" pastu Walid cakap, "Buat apa? Anak-anak perempuan Walid semua dah solehah.." Masa tu rasa macam nak nangis jer.

Walid tak pernah memaksa. Tak pernah pun paksa anak-anak dia buat apa-apa. As a result, kami buat perkara secara sukarela, bukan terpaksa.

Dan sejujurnya, aku tak mampu nak fikir, bilamana nanti suatu hari aku akan ada suami, dan mulai dari itu, aku bukan lagi tanggungjawab Walid. Aku tak mampu. Aku nak terus duduk bawah ketiak Walid dan Ummi.

Ya Allah, Kau sihatkanlah ibu bapaku, permudahkanlah urusan mereka, kurniakanlah mereka kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Peliharalah mereka dari sifat mazmumah, lindungilah mereka dari musibah. Rahmatilah mereka, Ya Allah.

Jagalah mereka, Ya Allah. Kau saja tempat aku berharap.

Lain.

7.8.14

Mungkin aku lain sekarang.

Mungkin, bila kau jumpa aku, aku bukan Fifiey yang kau kenal dulu.

Nampak sama. Fifiey jua.

Tapi perangai mungkin dah lain.

Mungkin bila kau tegur aku, jawapan aku lain dengan yang jawapan aku dulu.

Mungkin dulu aku yang mulakan bicara.

Tapi sekarang mungkin kau yang perlu start dulu.

Sebab macam aku kata, mungkin aku dah lain.

Dulu selalu nampak muka.
Sekarang memang jarang.

Dulu nampak aku terkinja-kinja nak perhatian dari seorang kawan, dari kau, tapi mungkin sekarang aku dah tak perlu.

Sebab aku seorang je yang rasa begitu.

Kalau orang tak nak cinta bertepuk sebelah tangan,

Aku tak nak jugak rasa eksaited berkawan sebelah tangan.

Mungkin kalau hubungan kita sekarang dingin, ada bocor kat mana-mana.

Mungkin kalau aku yang dingin,

Ada something yang stimulate rasa dingin tu,
Something dari masa kita berkawan dulu.

Sedar. Aku sedar.

Tak payah bagitahu.

Friends come and go.

Tapi ingat, walau dah lama kita tak bersapa, selama mana pun tak berjumpa,

Aku ingat semua kawan aku dari dulu sampai sekarang.

Aku ingat kau.

Walaupun mungkin korang tak ingat aku dah.

Aku ingat.

Still feeling like missing home

5.8.14

Assalamualaikum. Life has been great, alhamdulillah. But tak sama macam dulu. If dulu terkawal dengan bi'ah sekolah agama, sekarang tak dah... Honestly I miss my 5 Muslim mates. I miss them. Mujurlah baru ni raya dapat beraya dengan diorang, tapi makin rindu jadinya.

Bukan apa, aku rindu sebab diorang memang sangat sporting, caring, and very understanding. They know bila aku emo and bila aku emo, diorang faham. Payah ah nak terang. Because dengan diorang, I become myself totally. Bila kat sini, memang aku tak macam masa aku di sekolah. I'm a different person here. Huhu. Not that I blame the people here. Tapi mungkin sebab tak terbiasa lagi. Still I doubt it I'd be as comfortable as I was in 5 Muslim, here, in PASUM or specifically SH3.

SH3 memang gempak. Tapi aku rasa kosong je /.\ Rasa rindu 5 Muslim sesangat. Mana nak cari lah diorang semua tu. Takde Wani, Sab, Aishah, Sarah N Sarah Siti, Aisyah Aqilah, Mirah, Dora, Nurul, Maiiii, Mekna, Kakmingg, Zati kakak tiri lol, Ada, Kiera, Adib, Nabil, Izuddin, Amir Khair :''')

Tak sama.

Well, I hope they are doing great wherever they are. InsyaAllah if ada jodoh dapat gather reramai lagi. Tapi macam susah je sebab ada beberapa orang yang akan fly oversea nanti. Tak termasuk orang yang menaip ni ahahahaha :3

p/s: Apa pasal tetiba rindu ni eheh