I miss my parents

11.8.14

Assalamualaikum.

Aku rindu Ummi dan Walid aku. Kakngah and Amuh and Kakak. Ablong, Abcik dan Abang. Bila dah berjauhan ni, baru tahu erti rindu yang sebenar.

Rindu Walid. Walid sakit. Rindu saat Walid sihat dulu. Amuh pun cakap dia rindu nak tengok kesihatan Walid. Walid dah 66 tahun. Dulu Walid berisi, tapi sejak Walid sakit jantung (dan ada beberapa lagi penyakit), Walid dah cekung. Tapi Walid masih buat kerja lagi. Basuh halaman rumah, bawak kereta, buat itu buat ini.

I am Walid's daughter. I spent most of my childhood with him, sebab Walid pencen dulu sebelum Ummi so he had time for me. Dulu aku ingat kalau balik sekolah, Walid masak untuk aku, dan kami makan berdua. Walid hantar aku pergi dan balik sekolah dari darjah satu sampai tingkatan lima. Sekali je Walid pernah marah aku sebab aku selalu keluar lambat. Sekali je.

Aku ingat lagi dulu, Amuh cerita, Walid selalu ajak Amuh pergi melawat kubur arwah mak dan ayah Walid. Walid memang anak yang baik. Amuh kata, Walid berharapan tinggi kat Amuh supaya Amuh jadi macam Walid. Walid bangga dengan anak-anak dia.

Teringat ada sekali tu pergi MPH, ada buku tajuk lebih kurang "Cara Mendidik Anak Menjadi Solehah", aku pun bergurau dengan Walid, "Walid, belilah buku tu hehehehe" pastu Walid cakap, "Buat apa? Anak-anak perempuan Walid semua dah solehah.." Masa tu rasa macam nak nangis jer.

Walid tak pernah memaksa. Tak pernah pun paksa anak-anak dia buat apa-apa. As a result, kami buat perkara secara sukarela, bukan terpaksa.

Dan sejujurnya, aku tak mampu nak fikir, bilamana nanti suatu hari aku akan ada suami, dan mulai dari itu, aku bukan lagi tanggungjawab Walid. Aku tak mampu. Aku nak terus duduk bawah ketiak Walid dan Ummi.

Ya Allah, Kau sihatkanlah ibu bapaku, permudahkanlah urusan mereka, kurniakanlah mereka kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Peliharalah mereka dari sifat mazmumah, lindungilah mereka dari musibah. Rahmatilah mereka, Ya Allah.

Jagalah mereka, Ya Allah. Kau saja tempat aku berharap.

Post a Comment