Lain.

Mungkin aku lain sekarang.

Mungkin, bila kau jumpa aku, aku bukan Fifiey yang kau kenal dulu.

Nampak sama. Fifiey jua.

Tapi perangai mungkin dah lain.

Mungkin bila kau tegur aku, jawapan aku lain dengan yang jawapan aku dulu.

Mungkin dulu aku yang mulakan bicara.

Tapi sekarang mungkin kau yang perlu start dulu.

Sebab macam aku kata, mungkin aku dah lain.

Dulu selalu nampak muka.
Sekarang memang jarang.

Dulu nampak aku terkinja-kinja nak perhatian dari seorang kawan, dari kau, tapi mungkin sekarang aku dah tak perlu.

Sebab aku seorang je yang rasa begitu.

Kalau orang tak nak cinta bertepuk sebelah tangan,

Aku tak nak jugak rasa eksaited berkawan sebelah tangan.

Mungkin kalau hubungan kita sekarang dingin, ada bocor kat mana-mana.

Mungkin kalau aku yang dingin,

Ada something yang stimulate rasa dingin tu,
Something dari masa kita berkawan dulu.

Sedar. Aku sedar.

Tak payah bagitahu.

Friends come and go.

Tapi ingat, walau dah lama kita tak bersapa, selama mana pun tak berjumpa,

Aku ingat semua kawan aku dari dulu sampai sekarang.

Aku ingat kau.

Walaupun mungkin korang tak ingat aku dah.

Aku ingat.

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers