Maharaja Lawak Mega 2014

Semalam Amuh suruh record Maharaja Lawak Mega. Dia pi main futsal pukul 9 malam. Hmm biasalah abang aku kot tu. Lepas tu dengan confident aku tekan butang R.

Sambil buat Probability punya tutorial, aku layan MLM. Semalam yang tak lawak semua kecuali Zero dan Shiro. Entahlah Virus dan Sepahtu tu, supposedly boleh lawak lagi tapi I don't think there's any chemistry between Zizan and Jambu, Sepahtu pulak macam....erm entoh.

Lepas tu dah pukui 12 tengah malam. Ummi belum tido. So jenis parents aku ni tak boleh tengok anak bongsu dia yang comel lagi gorgeous lagi comellotte ni tidur lewat, lalu dikerah untuk tidur serta merta. Mula mula aku degil tak nak tidur lagi, tapi setelah beberapa saat kemudian, Amuh balik dan tukar channel, nak nengok bola. Lepas tu dia melalut apa entah sebab dah 3-0. Tak ingat apa lawan apa. Sorry, not a football person.

I gathered up my things (yang berselerak depan tv) then masuk bilik. I put them on the floor and got ready to sleep. Eh. Main phone dulu. Then Amuh was knocking the door. Duk mengadu kat aku yang MLM takde pun dalam rancangan yang direcord.

Amuh: Afi! Afi record tak MLM tadi?
Aku: Uhhhh dahhhh!
Amuh: Takde pun!
Aku: Ade lah!
Amuh: Meh sini tengok sendiri.
Aku: *keluar bilik* *picit remote control*

Memang takde. What the...?

Aku: Tapi tadi orang dah rakam!!!
Amuh: Hmmphh....
Aku: Sorry la!
Amuh: *duduk atas sofa and terus layan bola*
Aku: Kla... Bye!

Dah. Masuk bilik. Tidur.

Kesian abang aku tak dapat tengok MLM malam tadi. Hahahahahaha k aku jahat. Tapi tak rugi pun kalau tak tengok, dah keurang lawaknya. Entahlah mana pergi lawaknya. Yang dapat 5 bintang tu aku tak tahan uh. Sabau jelah itew ni haaa. Man of the Match dapat kat Jep. Baguih ler. Tak Jep, Zizan. Tak Zizan, AC. Tak AC, Sharul.

Juri pulak....hmm no comment lah aku. But honestly juri kali ni comments diorang bagus sikit dari yang lepas punya. Takde lah asek "Persembahan malam ni sangat best. Saya bagi 60 bintang!" or "Harap improve lagi. Kali ni saya bagi 3 bucu bintang." Tu je. Komennya haprak takde langsung membantu. Kriik kriik. (Ni awat duk melalut nihhh asalnya nak cerita pasal Amuh je hahahahaha takpe ah dah alang-alang tajuk entri ceni kan)

///////// banjiaq

Doa untuk Kelantan. Doa untuk Pahang. Doa untuk Terengganu. Doa untuk Perak. Doa untuk Perlis. Doa untuk Malaysia.

Alhamdulillah kat tempat aku, Kuala Terengganu tak naik air (except yang duduk tepi sungai or laut). Besut, Kemaman, Dungun banjir. Yang agak teruk aku dengar kat Kemaman and Besut. Setiu and Hulu Terengganu and Marang and Kuala Nerus tak pasti. Rasanya Kuala Nerus tak juga kot.

Sekarang ni bukan waktu untuk menuding jari. Setakat ada ni kita husnuzhon je dekat semua orang, kerajaan ke pembangkang ke. This is time of dire need for everyone in Kelantan. Tak perlu keruhkan keadaan. We stand together. :)

Comments

Popular Posts