Game

18.1.15

Isu.
Isu.

Isu hangat sekarang.

Peluk cikeddd.
Aum.

OK.

Begini-lah, kiranya sesuatu benda dah lali,
Akan terus menjadi biasa.

Kata pepatah dulu,
"Alah bisa, tegal biasa."

Telinga pun dah rasa nak tutup,
Mata pun dah tak mahu lihat,
Mulut pun dah tak mampu,
Tangan...? Entah.

Beginilah.
Usah dituding jari ke arah orang.
Lihat diri sendiri dulu.

Pernah kita halang?
Ada usaha kita?
Kalau tiada, kenapa seratus peratus salah diletakkan ke atas si gadis itu?

Aku bukan pembela gadis itu.

Aku sendiri,
Ya Allah,
Banyaknya orang share gambarnya,
Ya Allah,
Takut.

Serendah itukah kita para pemudi?

Ya, saat satu Malaysia menghakimi si gadis itu,

Satu Malaysia tahu tak
Yang ada beribu pasangan couple di luar sana
Yang buat benda sama?

Gulp.

Cumanya, mereka tak ditayang di kaca TV, mereka tidak di'highlight'.

Mereka "sooo shweeet".

Usah hanya fokus yang di media,
Artis sini peluk artis sana,
Lain jantina,
Tapi tumpukan jua,
Kepada anak-anak muda,
Berstatuskan remaja.

Entah,
Yang bermulanya,
Kenalah dari diri kita,
Sebelum kita nak ubah dunia,

Ubahlah diri dulu.

Tegur jangan sampai timbul aib.
Marah jangan sampai tertusuk besi.

Berpada-pada.

Dan akal.
Pada manusia, Allah kurnia akal.
Guna.

Tiada beza taraf dosa antara yang tinggi dan rendah darjatnya.

Semoga Allah ampuni kita semua.

Agama kita, bukan game.

Post a Comment