Burn CD

24.3.15

Salam.

Nak diceritakan semalam punya semalam. Hari Jumaat. Tengah aku duk seteghes buat Algebra memandangkan final dah dekat, tetiba kedengaran satu getaran.

Getaran apa tu?

Getaran hati?

Lulz. Phone vibrate. Tengah charging. Terus berlari pergi nak pergi jawab. Tapi sebelum tu.

Tengok jam dulu.

Pukul 1 pagi.

Aih, siapa pulak call malam-malam ni?

Tengok skrin phone, tertera nama Syafiqah Bonda sekali dengan gambar dia tengah buat peace dekat A&W.

Lagi tambah hairan.

Jawab jelah.

"Helo, Piqah?.."

Lalu kedengaran di hujung talian, "Helo, Fi! Huwaaa tolong saye!"

Tolong mende pulak ni aih...

"Tolong mende?"

"Macamane nok burn CD?"

Alamak aih tanya aku yang tak pernah burn CD ni.

"Burn jelah? Tekan situ burn CD."

"Dokleh! Dok jaddi! Huwaaa dohlah kene hantor esok!"

Aku "Hantor esok baru nok buat malam ni! Bagossss!"

Sempat lagi membebel tu.

Setelah dua tiga minit si Piqah ni meroyan, last sekali dia tanya.

"Sape ah yang reti bab bab ni?"

"Doktahu lah saye... *sebut nama seseorang* kbye!"

Piqah *gelak* "Hoi!"

HAHAHAHAHAHA

Aku pun berfikir sejenak.

"Alya...ce tanye Alya."

Belum sempat Piqah menjawab, aku tambah lagi.

"Hmm dakyoh lah. Ye bukan angkat phone pun."

Selepas cakap sorry apa semua, masing-masing menamatkan talian.

Aku sambung Algebra.

Kemudian, aku dapat idea! Terus pergi ambik phone balik.

Bukak WhatsApp, Piqah sedang merengek di group.

Lalu aku pun mencadangkan ideaku.

Aku: Piqah!
Aku: Saye tahu gane nok burn CD!

Wait for it ....

Piqah: Hoh! Cepat ah!

Aku: Awok ambik CD, pastu ambik lighter, pastu awok bakor ah CD tu!

Kbye!

Post a Comment