Limit

9.4.15

Limitasi.

Setiap orang ada limit dia.

Sama ada prinsip hidup dia.

Tahap sabar dia.

Biasa kita dengar tentang limit kesabaran.

Tapi hari ini aku takkan bercakap tentang itu.

Prinsip.

Dari pelbagai sudut, orang expect kita macam-macam.

Orang berharap kita mampu buat sesuatu.

Tapi jika hanya mampu yang dipertimbangkan, ke mana hendak dicampak limit yang sudah ditegaskan pada diri?

Biarlah, orang kata aku tak mampu.

Jujur mungkin aku mampu.

Cuma di sebalik kemampuan itu terselit satu prinsip yang sukar untuk dibatasi.

Malu.

Agama.

Nafsu. Semua orang ada.

Aku pun ada.

Mungkin logik akal akan kata, "Biarlah, takkan ada apa-apa terjadi."

Tapi...?

Berfikir tentang ini buat aku tertanya-tanya, di manakah letaknya malu seorang wanita jika dia sendiri tidak tahu menjaga malu?

Aku hanya insan kerdil yang saban hari perlu meminta dari Tuhan supaya beri aku kekuatan.

Sebab, sungguhlah, Allah tak duga kita melebih-lebih dari apa yang kita mampu hadapi.

Jaga adab, wanita.

Terkadang aku tak jaga, tapi manusia memang buat silap.

Biarlah tak ada orang nak menjaga, aku usahakan untuk terus berjaga-jaga.

Post a Comment