Mereput.

11.4.15

Assalamualaikum. Hai. Current status aku tengah mereput bagai mende je ni. PASUM dah habis weehoooooooot! Setelah 10 bulan bertungkus-lumus dengan segala susah-payah dan memori cinta luka di kala ku kesepian. OK. Sumpah weh sekejap je, rasa macam tak sempat pun ambik gambar dengan seseorang! *memang tak sempat pun hmmm dahlah fi gi sambung mereput*

Embedded image permalink
close enough

Entahlah bila lagi boleh jumpa bebudak ini semua. Masing-masing dari tempat lain kot. Kalau dulu sekolah menengah, at least kau duduk satu negeri je (kepada yang tak duduk asrama penuh lah). Serius lain gila sangat rasa. Baru 10 bulan kenal, dah kamceng erat dah. Kalau tambah lagi dua puluh empat tahun, dengan anak-anak sekali tak nak berpisah. Tapi nak buat camana lagi, bila kita dah jumpa, mesti last last cakap "bye" jugak kan. (Dah, korang takyah nak forward mesej yang "bye" tu maksud dia ada kena-mengena dengan iluminati ke apa sebab mesej tu dari darjah lima sampai sekarang masih ada lagi)

PASUM ni situasi dia lain ah. Betul aku cakap. Bayangkan seorang Fifiey disekolahkan dalam persekitaran sekolah agama, tetiba masuk PASUM, tak masuk UIA ke USIM ke. PASUM ni tak ada lah teruk sangat sampai pagi-pagi pergi clubbing, tapi berkepit dengan boyfriend girlfriend itu macam dah pemandangan biasa dah kat sini. Seriously tak bosan ke berkepit je 24 jam hmm... Takpelah biarkan mereka. Kalau dulu dekat sekolah, memang takdelah asyik nak berkepit mepit. Tapi ada yang jenis duduk in a group campur lelaki dan perempuan, and dalam group tu ada ah yang berpasangan. Kui.

Aku takdelah culture shock sangat. Aku dah expect benda ni. Sapa suruh masuk PASUM? Eheh. Tapi tak semuanya berkisarkan gaya hidup sosial pelajar-pelajar PASUM. Ada jugak side yang Islamik. For those who seek for it, they are quite okay. Budak-budak usrah semua tu, sekali budak Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS). Serious ikhwan akhawat (lamanya tak guna terms ini huks) APIDS sangat membantu.

Tempat berubah. Aku masih sama. Masih awkward tahap mende je. Masih sukar mengukir bait kata untuk berbual mesra dengan orang. Lol. Especially bila orang express their feelings dekat aku macam, "Weh aku gembira sangat jumpa dia tadi!", "Masa jalan-jalan hari tu, aku jumpa *inserts crush's name*!" dan seumpamanya, respon aku memang fail gila ah. Dengan ekspresi wajah yang sedikit blur plus cuba beriak gembira/bangga, seterusnya menghasilkan riak yang awkward, dengan sedikit, "Ohhh.." And then diorang akan tanya, "Tu je ke respon kau?"

HABIS TU KAU NAK AKU BUAT APA AKU TAK RETI LAH HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA TAKKAN LAH NAK SURUH AKU TANYA MACAM-MACAM AKU TAK TAHU PUN NAK TANYA APA CUKUPLAH AKU SEBAGAI PENDENGAR SEBAB AKU MEMANG TAK RETI KOMEN APA-APA UHUKS AKU MANUSIA LEMAH SELALU TERJATUH BERBEZA AKU DARIMU KAU BERDIRI TEGUH

Tapi ada lah rasa dewasa sikit. Dah boleh jauh dari Ummi and Walid. Hmm tu pun demam kalau lama tak jumpa ahaks. Walid's girl ni susah sikit jauh jauh ngan Walid. Parents aku cepat risau yelah anak bongsu kan, bukan parents je risau, abang-abang and kakak-kakak beserta abang and kakak-kakak ipar kalau boleh semua nak risau. Helo I dah besar okay? HAHAHAHAHAHHAHAHA BYE FIFIEY jangan riya' wa takkabur sangat k takde duit gi mintak ngan Walid jugak kan *emoji gelak nangis x100*

Time aku menaip ni, Wahidah dah balik semalam. Syisyi baru je gerak tadi. Wei sumpah aku nak nanges. Tadi Amal keluar, so sebelum keluar tu dia ingat aku balik petang ni, tak sempat jumpa, kiteorang hugging (as girls do) and she cried like a child. Aku tengok dia rasa nak nanges, dah lah memang nak nanges dah. Rupanya ada jugak orang yang sayang aku, tak nak aku pergi. OK macam hiperbola sikit huahuahua but still. It hurts a lot deep inside ni. I don't wanna leave any of this behind but life's gotta be what life's gotta be :')

Nah bagi lirik sikit; lagu Brothers.

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Munkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya

And then there's another thing that has been bugging me since last night. I shouldn't have thought about this for long, boleh lepas je but biasalah Fifiey being overly dramatic and so on. Campur lagi dengan emosi tak stabil sebab semua orang dah say byebye and farewell ni. Haaaa. Nak aku letak lirik The Script pulak ke kat sini? Huks. Dua hari ni rasanya tak boleh bilang dengan jari dah berapa kali aku pasang lagu tu. Where's the good in goodbye? There's no good in goodbye, so please say farewell. BUT STILL THERE'S NO FAIR IN FAREWELL DID YOU SEE WHAT THE SCRIPT DID THERE

~

Yesterday lepak chill makan aiskrim sebentar dengan Fareez, Maryam dan Irfan. Beria ajak makan aiskrim, beria sembang ramai nak turun, last sekali empat orang je. Jijul turun jugak tapi naik awal, dahlah Jijul tak nak belanja :'( Tapi takpe, Fareez belanja aiskrim yayyyyyyyyyyyyy and Maryam kongsi air hikhok And then Fareez beli air milo and acah acah buat aku jeles sebab aku cakap air tu sedap (serius weh, dua tiga hari ni sedap pulak air milo orang kafe buat) Dalam sejam jugak lah kiteorang lepak habiskan masa yang memang banyak ni :') Last la kot jumpa diorang (except Maryam) sebab malam tu Fareez gi Banting ke mana entah lulz and Irfan dah balik harini.

LEPAS TU malam tu 10 kerat budak SH3 main Truth or Dare dekat depan opis KUAZ. Buat bulatan and then main........ Serius scary game tersebut......... But lalalala I don't think anyone was being truly honest pun last night. Erm. Or was it just me hahahahahahahahahahahha k. More like "Lie or Dare" and you pick "Lie". #LiesPeopleTell seriously last night was a close call for me (hi there if you're reading this, you probably already know what I'm talking about hiks). Anyway last night was really fun. After almost three hours of Truth or Dare, kiteorang gi ambik gambar and then bermulalah sesi heart-to-heart. Pukul 4 pagi baru tidur dan bangun-bangun mata panda sampai ke petang. K.

Haih mereput lagi. Tadi tengok Night At The Musem: Secret Of the Tomb. NAMPAK TAK PROSES PEREPUTAN SEDANG GIAT DIJALANKAN. Sebelum exam kemain plan nak keluar lepas final. Tetiba lepas final nak bergerak turun katil pun rasa macam seluruh badan ni meraung-raung tak nak bangun. Malas katanya. K.

Last but not least.

I love you
Post a Comment