Perfect Day

24.12.15


Assalamualaikum everyone! Lamanya tak tulis apa-apa kat sini. Hehehe. Been busy with assignments and quizzes and now in the middle of my final papers. Kertas Bahasa Melayu Komunikasi dan Linguistics and Language dah habis, tinggal History of English dan Ilmu Wahyu & Sains je dua lagi. Gap tiga hari since today is Maulidur Rasul, tomorrow is Christmas (but if it weren't for Christmas we still got gap sebab Terengganu memang cuti hari Jumaat hewhew).

Al kisahnya the other day Alya, I repeat, ALYA AQILAH, somehow ended up AJAK KITEORANG KELUAR. Double the triple the wow. Since Alya ni jenis susah sikit nak keluar, and if kiteorang gather ke apa, mesti dia tak ada, jadi bila dia tetiba ajak keluar, memang keajaiban dalam kehidupan yang fana la kan. You know, she's that one friend when you ask her to go out, she'd be like, "I can't go la because this and this and that," explaining why she can't go, actually just say no jela kan HAHAHAHHAHAHAH

Dua hari dua malam plan nak bagi jadi ni. Yang turut serta ialah Piah dan Ainul (senantiasa ada xD). Piqah dan Kakti takleh pergi la sebab diorang takde kat Terengganu. Therefore, since Alya ni memang susah nak reach via any communication method possible, kiteorang awal-awal lagi dah pesan SILA JANGAN SILENT HANDPHONE!!! SEBAB DIA NI JENIS KALAU ORANG CALL EMPAT RIBU KALI PUN MEMANG TAK ANGKAT KALAU ADA EMERGENCY AKU RASA LANGIT TERBELAH DUA PUN DIA STILL TAK ANGKAT HA TENGOK MARAH NI GUNA CAPS LOCK

Alya ni memang impossible gila. Tak tahu ah cemana boleh still kawan ngan dia sampai sekarang. Dalam ramai ramai geng kau, mesti ada yang jenis Alya ni, jadi terima jelah kan kalau tak nanti siapa je nak kawan ngan dia?!
New phrase: Kawan jenis Alya
Jadi, perkara pertama yang kiteorang buat bila jumpa Alya (lama sangat tak jumpa, terutama Ainul, sebab cuti lain lain), adalah gelak dan ketawa. Memang macam tu, geng-geng ni bila lama tak jumpa and especially bila dapat jumpa Alya, memang end up ketawa macam orang gila. Satu hal sebab Alya ni jenis gelak tak henti tanpa sebab munasabah -_-

Mencabarnya pagi tadi bila Alya memula kata ayah dia hantar sampai rumah aku, and then tetiba suruh aku ambik dia tepi jalan je sebab dia gi breakfast dulu, LAST SEKALI BILA AKU DAN AINUL DAH SIAP NAK GI AMBIK PIAH THEN AMBIK DIA EHHHHHHHH TETIBA CALL CAKAP DIA DAH NAK SAMPAI RUMAH AKU ok takpelah aku maafkan sebab lama tak keluar kan. K xD

Okay selepas selesai konflik Alya dan ketibaannya di rumah Ipy, terus ambik Piah kat rumah dia. Then mak Piah keluar and terus memerli kami, "ASAL CUTI JE MESTI KELUAR! KELUAR TU BUKANNYA SEKEJAP SEKEJAP, NANTI DEKAT MAGHRIB BARU RETI NAK BALIK!" Ok....... xDDDD Adapun statement mak Piah adalah tepat dan benar dan benar-benar benar serta tidak dapat disangkal lagi sekian terima kasih xD

Lalu kami pun drive (aku je drive tapi erm takpela) ke destinasi kami; iaitu pusat menternak lemak yang baru didirikan di Terengganu minggu lepas, iaitu Chicken Cottage.


Ha, jangan tak tahu tau, ni first kedai diorang tau kat Malaysia, and sebanyak-banyak negeri dia nak bina, dia buat kat Terengganu Darul Iman negeri molek budaya menarik ni (erm over pulak xD). Restoran ni ala-ala KFC macam tu la, apa yang aku baca kat internet katanya Chicken Cottage ni restoran bertaraf halal antarabangsa ke apa entah. So, marilah kita terjah sebentar perihal Chicken Cottage ni.

By the way nama dia panjang sangat, Chicken Cottage, aku ingat nak sebut CC je tapi nanti ada pulak figura-figura yang ingat CC tu Cyber Cafe. OK. Chicken Cottage it is.

Masa kiteorang pergi tu, beratur takdelah lama mana. Part nak order tu awkward moment sikit. Ingatkan nak try Grilled Chicken Cottage Burger tapi katanya ayam belum siap (untuk burger tu lah), yang ada daging lembu je. OKLAH KITE BELI BEEF BURGER OK KITE BELI. Aku, Ainul dan Piah order set combo burger daging tu and Alya yang TAK LAPAR *dia kata dia tak lapar sebab dia baru je lepas makan dengan ayah dia :((((((((* order chicken fingers. Pastu kiteorang order jugak half grilled chicken, just nak merasa.

Menu tak banyak lagi la nak try sebab baru buka kot and maybe the staff and workers semua still trying to adapt macam tu. Lagipun kami tak order banyak since kami ni student lagi dan harga makanan kat Chicken Cottage tu boleh dikatakan agak mahal la. Takpela, for the sake of trying the dishes kan huehuehue.

Setelah beberapa lama, we all pun dapat la makanan, and naik tingkat atas. Baiklah, nak komen ni. Burger dia macam biasa je, macam yang kau makan dekat McD ke A&W ke, macam tu ah rasa dia. Since it's just beef burger kan. SO rasa lembu lah. Takkan rasa arnab pulak huhu.

Fries dia aku rasa sedap (sebab aku memang gila fries jadi pape jelah semua fries sedap k xD), tapi seriously aku rasa OK je fries dia. Pastu ayam grilled dia nice jugak la, sos percik dia tu pedas. So sesapa tak tahan pedas, janganlah makan part ada percik dia tu banyak, boleh masuk hospital sebab pedas.

Finger chickens dia sedapppp, dahlah banyak pulak tu dia kasi. Dalam 15 pieces a combo? Along with mashed potato. Mashed potato dia so-so la, aku tak suka sangat mashed potato, tapi aku paling tak suka mashed potato KFC HAHAHAHAHAHAHA

Kiteorang tak ambik pulak gambar makanan tu sebab macam terlalu lapar dan sorang-sorang dah macam orang kebuluran dah aku tengok. So, dapat makanan terus makan dengan tertib. Tak ambik gambar k, sebab terlalu hipstur. Takmo hipstur hipstur ni, takmo, takmo. Mainstream sangat bruh.


Ha gambar ni je boleh belanja, lepas dah kenyang, marilah kita buat pose hidung, ye. Ni sapa ajar buat pose macam ni, ni!? Behave sikit OK gais

Setelah kenyang alhamdulillah, kiteorang pun pergi Lagun Kuala Ibai pada jam 12.30 tengah hari. Memang pun, kami ni memang jenis suka pergi pantai/lagun/tempat matahari bersinar terang, pada waktu puncak. Kami suka tanning ni. Muka pun hitam. Tapi rasanya takpela kulit hitam asalkan hati tak hitam k :''''')))))

Dan dalam pada terik mentari sang suria tu, kami pun berphotoshoot. Nais la kan photo shoot tengah panas.



Panorama je mampu, bagi nampak lengkap gambar ni. Dahlah masa ambik panorama tu the struggle was real. Aku ngan Ainul la kena berlari-lari tukar posisi LEPAS TU SI ALYA TU TAK RETI DUDUK DIAM. Aku dah cakap mula-mula, "Ok semua duk diam jangan gerak k!" lepas tu dia gi gerak jugak and then kena marah pastu cakap, "Mana saya tau! Awak tak cakap pun!" *hulur pisau, pedang katana, dan grenade*

Piah dan Alya sampai ke sudah duk sebut pisang goreng cheese pisang goreng cheese tapi tak beli beli pun. Alya dah la mengidam pisang cheese sebab yang dia beli semalam katanya tak sedap hahahahahaha Akhirnya tak beli pun, then kami balik rumah aku sebab lama tak lepak kat bilik pink Fifiey ni en. HUEHUEHUE Asalnya nak tengok movie kat laptop tapi sebab family kakak ipar aku ada buat kenduri kat rumah diorang, jadi aku angkut la tiga orang sahabat aku ni pergi kenduri tu sekali.

Awkward la jugak sebab kami semua pakai seluar and baju cemtu pergi kenduri. Sorry gais tak bagitahu huahuahuahua

Lepas makan kenduri, nak hantar Alya balik tapi last sekali entah macamana tetiba sampai Gloria Jean's Coffee. Erm, takdelah tetiba sangat, aku saja je nak gi lepak lagi hehe. Piah pulak ajak lepak kat GJ tu, so apa lagi, jarang nak melepak kat kafe kopi cemtu.


Aku order Very Vanilla Latte, Piah pulak Iced Mocha dan Ainul Iced Cappuccino. Tambahan itu, aku jugak order Triple Chocolate Muffin hmmmmmmmmmmmmmmmm bila nak kurus kalau macam ni huhuhuhuhu takpelah kita bimbang pasal kurus tu nanti k. Huhuhu. Aku pun tak tahu kiteorang ni perut jenis apa, sebab sebelum tu dah makan dah kat rumah kakak ipar aku tu. -_- Alya je tak makan sebab dia dah kenyang hewhew patutla dah kurus :(

tengok yang ni bila tah nak kurus :(

Kami ni kalau dah berkumpul sesama macam ni memang tak reti diam. Bising potpet potpet kalah burung murai. Lepas tu gelak tak cukup nafas, even for little things. Yelah, it's the little things that matter kan huhuk sentimental pulak tetiba. Selain gelak sakan dan ketawa terbahak-bahak, kami pun akhirnya mengisytiharkan dan mengakui bahawa kami merupakan Directioners dan juga Belieber. BERIYA DULU TAK SUKA 1D SEKARANG KAU TENGOKKKK KAU TENGOKKK (btw sebenarnya baru dapat tahu semua orang rupanya Belieber dalam diam sejak 5 tahun yang lalu xD)

Entahla sejak Zayn keluar, pastu lagu-lagu baru diorang tanpa Zayn semua macam best HAHAHAHAHAHAHA lepas Zayn keluar tetiba rasa nak minat 1D. Eh tapi takdela minat gila gila. Minat ala-ala kadar je. Takdela macam minat tengok buku and TV-series. Alya dan Piah memang typical la suka kat Louis, tapi kami bersetuju untuk tak suka Harry sebab serabut je dia tu asyik dia je lead vocal dalam semua lagu hahahahahahaha entah pape. Aku forever suka suara Niall ._.

Ew sejak bila Directioner tegar ni?

Sempat gak cakap pasal Zayn.

Tertanya-tanya adakah Zayn tu Islam with tattoos here and there lepas tu kaler rambut. Ainul pun kata, "Entahlah, cuma masa raya je ada tweet Eid Mubarak, lepas tu beribu RT." YELAH ZAYN TWEET "EID MUBARAK" BERIBU RT, KALAU RAKYAT MARHAEN NI TWEET "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI" MESTI TERLEBIH CHARACTERS LA APA LA, RT PUN TAKDA, YANG LIKE PULAK GENG GENG SENDIRI JE HUUHUHUHUHUHUHUHU

Tapi takpe ah tu hal dia ngan Tuhan, he chooses that life kan huhu. Kbye jangan bash


Nah gambar #baegoals bersama Piah. Nampak la jugak fake kat situ, tapi takpelah biasalah hipsturisma memang melambangkan kepalsuan dan dusta. Ops. Btw, creepy jugak ah masa kat GJ tu kiteorang tengah borak-borak kan si penjaga kaunter dua orang tu tengok je kiteorang lepas tu yang lalu lalang tepi kedai tu pun duk tengok tengok

Eh lupa pulak aku berada di negeri Terengganu, orang negeri ni memang suka tengok orang tak kesah ah orang tu pakai baju kurung tudung biasa biasa ke, pakai short skirt dengan tudung labuh ke, memang rakyat negeri Terengganu negeri cantik budaya menarik ni suka pandang orang pelik. Tak paham -_-

Gi KL ke mana-mana tempat lain ke, gi Jepun kita pakai tudung orang lain tak pakai tudung pun orang Jepun tak stare macam orang Terengganu ni tau. Bukan nak perasan, tapi memang hakikatnya macam tu. Dah lama dah nak cakap benda ni, tapi harini baru tercakap huehuehuehue

Setelah habis sembang, pergi toilet tak balik balik orang tunggu lama dalam kereta ingatkan jatuh tangga ke apa, kami pun beransur pulang memandangkan dua jam lagi nak Maghrib. Teringat pulak kata-kata bonda Piah awal pagi tadi HAHAHAHAHAHAH MEMANG BALIK SEBELUM NAK DEKAT MAGHRIB *nanges*


YAYYYYYYYYY harini hari yang produktif! Truth be told, kalau ada Piqah dan Kakti mesti lagi best. Yela, tak lengkap 6 orang sedih la jugak. Buat buat guna jalan rumah Piqah dan Kakti tadi huhuhuhu lama kot tak jumpa Piqah sobs. Kakti baru je jumpa hari tu so tak kesah sangat ah tapi, lagi best kalau dia ada boleh bash Alya lagi teruk. Eeeeeeee lamanya tak rasa sehappy and se'alive' harini! Dah lama kot rasanya duduk dalam sangkar, buat-buat takde perasaan and just going on with what life offers me. Bila jumpa diorang ni rasa ada semangat balik. Hehehe.

p/s #1: Special thanks to Ainul and Piah and Alya for today. Sorry Alya buli tiada henti xD
p/s #2: Harini dah 10 kali rasanya dengar lagu Perfect hewhew

Kbai!!!

TAMBAHAN!!! : Chicken fingers tu kan Alya order, dahla sikit je dia order, pastu kiteorang makan je fingers tu tanpa rasa bersalah (Alya offer je, mulianya hati dia T_T) lepas tu kan bila semua dah balik rumah and masing-masing tengah WhatsApp baru aku teringat ada ke antara aku, Ainul dan Piah yang offer burger kat Alya.... DAN JAWAPANNYA ADALAH... TIDAK!!! KESIANNYA ALYA TAKDE ORANG OFFER BURGER DAHLAH KITEORANG HABISKAN CHICKEN FINGERS DIA SORRY ALYA TADI LAPAR SANGAT K AWAK KATA AWAK TAK LAPAR SO KBAI

Kami, Dia dan Tong Sampah!

2.12.15

Assalamualaikum.

Aku nak bercerita sikit ni. Kisah yang berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu.

Eee terjumpa benda alah ni pulak ew who made this?!?!?! *the answer is obvious

Masa tu aku di Tingkatan 2 dekat sekolah menengah aku la, SHAMS Kuala Terengganu. Dan aku duduk kelas kedua waktu tu, 2 Ibnu Qudamah atau pun singkatan dia 2A2.

Al kisahnya, kalau korang belum tahu, aku masa Form 1 hingga ke Form 3 punyalah nerd islami gila. Terutama masa Form 1. Acah acah baru masuk sekolah agama, semua benda nak jadi isu, sensitip. Kalau bertulisan pun, semua ayat nak "Ana enti enta" lepas tu ada perkataan ikhwan akhawat akhi ukhti abadan abada semua ah. Baru belajar Arab la katakan.

Kehkehkeh. Tu kisah lalu. Bila baca balik tulisan masa Form 1 & Form 2, naik bulu roma. Aku ke tu? Geli. Hahahaha.

Eh tersasul pulak dari topik sebenar.

Mukaddimah tadi tu nak perjelaskan lagi cerita yang bakal aku cerita ni. Maka bermulalah...
2A2. Masa aku Form 1, aku kelas 1 Ibnu Arabi iaitu 1A7. Bila naik Form 2, streaming kelas apa semua, budak kelas 1A7 ramai dapat masuk 2A2. Hewhew.

Masa kat kelas 1A7, kiteorang pernah dapat anugerah kelas tercantik.

So bila masuk 2A2, semangat nak hias kelas tu macam berkobar-kobar gila namatey rasa macam illegal pulak berperasaan sebegitu rupa.

Kelas tu sebenarnya dah OK. Tapi... AJK kelas, antaranya of course lah aku, Alya, Sabrina beserta penolong berwibawa iaitu Sofiah, memulakan langkah kami. Setelah berbincang apa semua, dan ahli kelas dah setuju nak repaint kelas tu jadi warna hijau, maka...bermulalah cerita kami.

So ada lah masa cuti ni, aku, Sofiah, Sabrina dan Alya telah pergi ke sekolah dengan tekun dan gigih sekali, nak redecorate kelas. Siap beli cat putih dan hijau lagi! Nak cat baru.

NI MENDE NI MENDE HOI

Mula-mula, kami susun atur meja dan kerusi supaya tak ganggu proses mengecat. Lepas tu, kami cat lah dinding tu...dahlah tak pernah pegang berus cat pun sebelum ni. So, kami cat lah dengan comot comotnya tumpah sana sini, kena baju whatsoever. Ala, form 2 tahu apa. Hahahahahahahaha

Arakian setelah selesai mengecat, keadaan lantai kelas agak mengerikan sebab banyak cat tumpah. Kami pun satu hal tak lapik suratkhabar, kbai. Pastu sebab kami rasa bersalah lantai kelas dah hodoh, kami pun bertindak mengalihkan semua kerusi dan meja ke luar kelas untuk membasuh kelas tersebut!

Dahlah meja sorang-sorang berat nak arwah. Nak nak meja dua orang budak lelaki ni.....sampai aku cakap kat Alya, "Ni kalau orang mengandung angkat ni, boleh keguguran...tak pun terberanak kat sini!" Haaa betapa beratnya meja dua orang tu. Nama tak yah lah disebut di sini sebab... sebab... kelakar? XD

And then...kami pun ke tandas untuk mengambil air untuk tujuan membersih kelas. Ala-ala mop gitu. Tapi baldi takde. Mop takde. So kiteorang guna penyapu dan bekas tong sampah besar warna hitam tu...........bekas tu kosong la, dah dibasuh tak berbau..........

credit gambo: google

Maka...

Cerita kami bermula.

Kami isi tong sampah tu penuh dengan air, pastu memanglah jadi berat gila namatey. Angkat 3 orang pun masih berat. And then dalam perjalanan dari toilet ke kelas tu, sambil angkat tong berisi air tu lah, tetiba tong sampah tu pecah kat tepi!!!!

Habis air terkeluar dan in horror we realised that we had damaged a school property!!!!!!! Mahu tak cuak gelabah apa semua dah terasa dah! Nasib baik takde orang masa tu, yelah kelas pun dah tingkat atas sekali memang takdenye orang nak melawat kiteorang masa cuti tu hmmm

Dah habis cuak (sebenarnya ada lagi), kiteorang pun basuh lah kelas tu dengan perasaan khuatir dan tak tenteram. Dengan sepenuh hati, lantai kelas dibasuh dengan bersih dan berkilat OK tipu jer sebab cat yang tumpah sikit sikit tu semua tak tanggal jadi kami pun pasrah dan menyerah jelah.

Lepas habis basuh kelas tu, kami duduk kat kawasan yang dah kering, berhalaqah ingin membincangkan perihal tong sampah bocor kat tepi :'))))

Punyalah takut kan, sebab harta benda sekolah kot, beriya-iya kami nak pergi jumpa PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A.K.A. PKHEM keesokan harinya untuk memberitahu perkara sebenar!!! EEEEEEEEEEEE baiknya!!!! PELISLAH xD

Piah: takpe, saye sebagai penolong kelas akan beritahu PKHEM nanti.
Alya: kiteorang akan ikut awok, jadi supporter!
Aku: YE! GO PIAH!

Gitulah lebih kurang perbualan yang aku ingat (dan sedikit fake di situ sebab Alya takkannya berkelakuan baik sebegitu huh). Good girls gila kot. Tak rebel langsung. Siap nak gi mengaku kesalahan dekat PKHEM lagi tu takleh BLAH OK.

Keesokan harinya berjalan seperti biasa, tak ada pun manusia yang sedar tentang kecacatan kekal tong sampah tersebut, maka kami decide untuk berdiam diri je. Walaupun hari tersebut berjalan seperti biasa, mestilah kami ni tak berapa nak tenteram kan yelah dah buat salah takkan nak rilek je nama pun budak baik budi pekerti mulia isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penajam fikiran di rumah dia isteri di jalanan kawan apa aku mengarut ni astaghfirullah!

Ceritanya habis di situ sahaja. Sementelah pula hingga kini perkara tersebut masih menjadi rahsia kami, walaupun 5 tahun sudah peristiwa tersebut. Sekarang ni tak rahsia dahlah sebab semua orang dah terbaca kat sini???? KEPADA SEMUA WARGA 2 IBNU QUDAMAH 2010, KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF KERANA TIDAK BERCERITA DENGAN ANDA :')


So itulah ceritanya, pasal tong sampah je pun. Sampai sekarang kalau ingat balik dengan insan-insan yang berkaitan, mesti gelak macam orang gila -_- Ni pun taip sambil lap air mata sikit huhuhu sebab teringat meja yang berat dan perasaan bersalah yang entah apa-apa takde efek pun *emoji gelak nanges*

Dan rasanya tiada tindakan kot yang akan dikenakan kat kiteorang sebab sekarang ni pun Pengetua, PKHEM semua dah tukar dah x'''''D

Diharapkan segala kesilapan kami pada waktu silam dapat dimaafkan, people change :')

OKBAI!