Kami, Dia dan Tong Sampah!

Assalamualaikum.

Aku nak bercerita sikit ni. Kisah yang berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu.

Eee terjumpa benda alah ni pulak ew who made this?!?!?! *the answer is obvious

Masa tu aku di Tingkatan 2 dekat sekolah menengah aku la, SHAMS Kuala Terengganu. Dan aku duduk kelas kedua waktu tu, 2 Ibnu Qudamah atau pun singkatan dia 2A2.

Al kisahnya, kalau korang belum tahu, aku masa Form 1 hingga ke Form 3 punyalah nerd islami gila. Terutama masa Form 1. Acah acah baru masuk sekolah agama, semua benda nak jadi isu, sensitip. Kalau bertulisan pun, semua ayat nak "Ana enti enta" lepas tu ada perkataan ikhwan akhawat akhi ukhti abadan abada semua ah. Baru belajar Arab la katakan.

Kehkehkeh. Tu kisah lalu. Bila baca balik tulisan masa Form 1 & Form 2, naik bulu roma. Aku ke tu? Geli. Hahahaha.

Eh tersasul pulak dari topik sebenar.

Mukaddimah tadi tu nak perjelaskan lagi cerita yang bakal aku cerita ni. Maka bermulalah...
2A2. Masa aku Form 1, aku kelas 1 Ibnu Arabi iaitu 1A7. Bila naik Form 2, streaming kelas apa semua, budak kelas 1A7 ramai dapat masuk 2A2. Hewhew.

Masa kat kelas 1A7, kiteorang pernah dapat anugerah kelas tercantik.

So bila masuk 2A2, semangat nak hias kelas tu macam berkobar-kobar gila namatey rasa macam illegal pulak berperasaan sebegitu rupa.

Kelas tu sebenarnya dah OK. Tapi... AJK kelas, antaranya of course lah aku, Alya, Sabrina beserta penolong berwibawa iaitu Sofiah, memulakan langkah kami. Setelah berbincang apa semua, dan ahli kelas dah setuju nak repaint kelas tu jadi warna hijau, maka...bermulalah cerita kami.

So ada lah masa cuti ni, aku, Sofiah, Sabrina dan Alya telah pergi ke sekolah dengan tekun dan gigih sekali, nak redecorate kelas. Siap beli cat putih dan hijau lagi! Nak cat baru.

NI MENDE NI MENDE HOI

Mula-mula, kami susun atur meja dan kerusi supaya tak ganggu proses mengecat. Lepas tu, kami cat lah dinding tu...dahlah tak pernah pegang berus cat pun sebelum ni. So, kami cat lah dengan comot comotnya tumpah sana sini, kena baju whatsoever. Ala, form 2 tahu apa. Hahahahahahahaha

Arakian setelah selesai mengecat, keadaan lantai kelas agak mengerikan sebab banyak cat tumpah. Kami pun satu hal tak lapik suratkhabar, kbai. Pastu sebab kami rasa bersalah lantai kelas dah hodoh, kami pun bertindak mengalihkan semua kerusi dan meja ke luar kelas untuk membasuh kelas tersebut!

Dahlah meja sorang-sorang berat nak arwah. Nak nak meja dua orang budak lelaki ni.....sampai aku cakap kat Alya, "Ni kalau orang mengandung angkat ni, boleh keguguran...tak pun terberanak kat sini!" Haaa betapa beratnya meja dua orang tu. Nama tak yah lah disebut di sini sebab... sebab... kelakar? XD

And then...kami pun ke tandas untuk mengambil air untuk tujuan membersih kelas. Ala-ala mop gitu. Tapi baldi takde. Mop takde. So kiteorang guna penyapu dan bekas tong sampah besar warna hitam tu...........bekas tu kosong la, dah dibasuh tak berbau..........

credit gambo: google

Maka...

Cerita kami bermula.

Kami isi tong sampah tu penuh dengan air, pastu memanglah jadi berat gila namatey. Angkat 3 orang pun masih berat. And then dalam perjalanan dari toilet ke kelas tu, sambil angkat tong berisi air tu lah, tetiba tong sampah tu pecah kat tepi!!!!

Habis air terkeluar dan in horror we realised that we had damaged a school property!!!!!!! Mahu tak cuak gelabah apa semua dah terasa dah! Nasib baik takde orang masa tu, yelah kelas pun dah tingkat atas sekali memang takdenye orang nak melawat kiteorang masa cuti tu hmmm

Dah habis cuak (sebenarnya ada lagi), kiteorang pun basuh lah kelas tu dengan perasaan khuatir dan tak tenteram. Dengan sepenuh hati, lantai kelas dibasuh dengan bersih dan berkilat OK tipu jer sebab cat yang tumpah sikit sikit tu semua tak tanggal jadi kami pun pasrah dan menyerah jelah.

Lepas habis basuh kelas tu, kami duduk kat kawasan yang dah kering, berhalaqah ingin membincangkan perihal tong sampah bocor kat tepi :'))))

Punyalah takut kan, sebab harta benda sekolah kot, beriya-iya kami nak pergi jumpa PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID A.K.A. PKHEM keesokan harinya untuk memberitahu perkara sebenar!!! EEEEEEEEEEEE baiknya!!!! PELISLAH xD

Piah: takpe, saye sebagai penolong kelas akan beritahu PKHEM nanti.
Alya: kiteorang akan ikut awok, jadi supporter!
Aku: YE! GO PIAH!

Gitulah lebih kurang perbualan yang aku ingat (dan sedikit fake di situ sebab Alya takkannya berkelakuan baik sebegitu huh). Good girls gila kot. Tak rebel langsung. Siap nak gi mengaku kesalahan dekat PKHEM lagi tu takleh BLAH OK.

Keesokan harinya berjalan seperti biasa, tak ada pun manusia yang sedar tentang kecacatan kekal tong sampah tersebut, maka kami decide untuk berdiam diri je. Walaupun hari tersebut berjalan seperti biasa, mestilah kami ni tak berapa nak tenteram kan yelah dah buat salah takkan nak rilek je nama pun budak baik budi pekerti mulia isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penajam fikiran di rumah dia isteri di jalanan kawan apa aku mengarut ni astaghfirullah!

Ceritanya habis di situ sahaja. Sementelah pula hingga kini perkara tersebut masih menjadi rahsia kami, walaupun 5 tahun sudah peristiwa tersebut. Sekarang ni tak rahsia dahlah sebab semua orang dah terbaca kat sini???? KEPADA SEMUA WARGA 2 IBNU QUDAMAH 2010, KAMI MEMOHON AMPUN DAN MAAF KERANA TIDAK BERCERITA DENGAN ANDA :')


So itulah ceritanya, pasal tong sampah je pun. Sampai sekarang kalau ingat balik dengan insan-insan yang berkaitan, mesti gelak macam orang gila -_- Ni pun taip sambil lap air mata sikit huhuhu sebab teringat meja yang berat dan perasaan bersalah yang entah apa-apa takde efek pun *emoji gelak nanges*

Dan rasanya tiada tindakan kot yang akan dikenakan kat kiteorang sebab sekarang ni pun Pengetua, PKHEM semua dah tukar dah x'''''D

Diharapkan segala kesilapan kami pada waktu silam dapat dimaafkan, people change :')

OKBAI!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers