'Ainul Munirah Mohamad HAI!!!!!

14.1.16

Assalamualaikum. HAI!!!

Ok harini nak tulis pasal 'Ainul Munirah sebab dia suruh tulis pasal dia (eee tak malunya). Dia ni dulu ada blog tapi dah delete, macam Athiwaaaaaaaaaaaaa. Tapi eloklah delete jer kalau tak update bertahun-tahun kan. Kalau nak tunggu 2081 baru nak update, baik delete dulu hmmm tak, takde tuju kat sesape pun. Random thoughts je u.u

Yang special nya 'Ainul ni ialah nama dia ada apostrophe kat depan tu, menekankan lagi bunyi 'ain, menekankan lagi makna mata ('ainun = mata) sebab tu la kot mata dia besar dan warna koko (sebenarnya takde kena mengena koko ni saja je nak letak hiks). 'Ainul Munirah maksudnya mata yang bercahaya. Hah tepat dah tu mata dia memang bercahaya sampai kadang-kadang dari jauh nampak mata bersinar tu dah tahu tu dia. Kalau dalam keadaan gelap tengah blackout, takyah dah torchlight ke witchlight ke lilin ke, ada mata dia dah cukup menerangi kegelapan malam :')

eyes, grunge, and blue image

Ha nampak tak tu mata dia. Kena la pejam sebab nanti kalau bukak tak nampak dah gambar ni, nampak cahaya je semata-mata. Tu pun bila tutup cahaya tu membuak-buak nak keluar, tapi mujurlah kelopak mata yang dikurniakan Tuhan ni mampu menahan daripada terlepasnya cahaya nan indah tersebut. Ok sebenarnya tipu je tu gambar tu ambik kat weheartit. Hiperbola pulak

Boleh tak nak eja 'Ainul jadi Ainul je, sebab macam susah sikit nak tekan apostrophe ni hmm kena shift segala bagai pulak

Ok Ainul ni dari dulu nama dia Ainul je orang panggil, ada la jugak cikgu-cikgi panggil dia Munirah mungkin sebab mainstream sangat kot asyik panggil nama depan je, jadi panggil lah Munirah. Namun begitu, kekadang ada jugak orang panggil dia Munir (contohnya seseorang) ataupun nak lagi manja dan berlemak lagi, panggil Muny. Entahlah kat mana lemaknya tu tapi lebih sedap la disebut berbanding Munir, mungkin salah satu faktornya sebab Munir tu panggilan untuk jantina berkromosom XY, bukan XX.

As time passes by, nama Ainul telah banyak dimodifikasi, ada yang secara sengaja ada pula secara tidak sengaja dah ni kenapa macam dokumentari biografi tokoh pulak ni. Ok, masa form 2 nama dia boleh jadi Nunulicious, Nunu, Penunu Bunsen ok tipu jer tak pernah pun panggil Penunu Bunsen sebab kiteorang belajar Sains dalam English so panggil Bunsen burner bukan penunu Bunsen huhu

Nama Ainul ni tak boleh divariasikan sangat sebab dua suku kata je dan Ainul ni perangai dia boleh kata sopan jugaklah. Kalau nakal yang amat macam Alya Aqilah Hassan tu, baru lagi banyak nama boleh diberi seperti Lilisyyyyy, Lalat, Lemon, Alyots, Ali, Elly dan sebagainya namun begitu sekarang ni bukan cakap pasal Alya. Lain entri kita cakap pasal Alya sebabnya kalau nak tulis pasal dia kena ada persediaan fizikal dan mental. Preparation at least sebulan untuk listkan segala perangai keji dia tu

overlay, poo, and cute image
Di sebalik kekejian, terdapat warna-warni kehidupan

Bukanlah maksudnya Ainul ni tak keji, keji jugak sikit. Masalahnya semua orang ada sikap keji yang tersembunyi, tapi kita hendaklah fokus kepada yang baik-baik sahaja sebab itu yang lebih mulia :')

Ok sambung pasal Ainul, lari topik pulak.

Apabila wujudnya sistem aplikasi bernama WhatsApp, maka bermulalah evolusi nama Ainul kepada Aibul, kemudian menjadi Ebul dan Ebuka. Memandangkan kedudukan alfabet 'b' dan 'n' duduk bersebelahan, berlakulah suatu keadaan di mana apabila kita nak tekan 'n' tapi tertekan 'b'. Aku pasti semua orang pernah melalui hal sebegini. Nama lain bagi fenomena ini ialah typo. Macam kau nak balas mesej kawan kau. Dia tanya, "Kau tahu tak soalan nombor dua tu jawapan dia apa?" tapi kau terbalas, "Aku tahi tapi kena check dengan lecturer dulu."


Ebuka pulak, lebih advanced lagi jenis typo nya. Entahlah siapa yang boleh typo sedemikian rupa, mungkin jari dia terlebih gemok kot

So sekarang ni orang panggil Ainul 'Ebul' lah, sebab semua orang pun nama dah macam Ipy, Yah, Qah, Ti, Ya. Amende do name pendek pendek ni pemalas sungguh generasi sekarang ni nak taip nama pun malas stres pulak kita

Ainul ni dulu masa awal-awal kenal dia, dia jenis yang petah berbicara. Bila kau dengar dia cakap tu rasa macam nak dengaarr je dia cakap. Nak tumpukan perhatian kat dia je. Dulu dia pernah masuk debat kebangsaan (kot) (ke reka je ni) (betul ah!!!) pastu kiteorang selalu cakap dia sesuai jadi peguam sebab dia memang sesuai jadi peguam, suara dia powerful gitewwww apabila mempertahankan hujah hujah bijak laksana!!!

rapunzel, disney, and tangled image
Macam ni ah kalau dengar Ainul cakap

Mungkin disebabkan kepetahan dia berbicara, dia pun dapat jadi pengawas disiplin! Sebagai pengawas disiplin, dia ni biasa-biasa jelah takdelah jenis mencari kesalahan orang setiap masa ataupun cepat-cepat capai buku pengawas dia tu untuk tulis nama orang tak pakai lencana, tag nama, datang lambat sekolah (eh yang ni takleh elak huahuahua). Gitulah kiranya.

Eh lupa nak cerita detik pertama aku kenal dengan dia. Masa tu form 1. Aku third intake, dia first. Jadi aku ni kan jenis diam je mula-mula nak nak bila tak kenal orang (kenal Piah je time tu), pastu ada satu hari ni Ainul yang peramah dan riang ria ceria Ribena ni datang kat meja aku pastu dia tanya nama aku.

Ainul: Hai, nama awak apa?
Aku: Fifi.
Aku: ...
Aku: ...
Ainul: Erm ok!

Lepas tu dia blah macam tu je. Yelah newbie ni takde nak tanya nama dia balik ke apa ke, pakat duk lawan staring contest memang dia blah la kan. Actually aku dah tahu nama dia, sebab dia macam femes jugak dalam kelas tu disebabkan kepetahan dia huehuehue kira masa tu kalau tahu maksud crush, dialah girl crush pertama aku AHAHAHAHAHAHAHAHHAHAAH BYE AINUL

Pastu cemana entah, makin rapat sampailah form 5. Kiteorang sekelas sampai form 3 je, lepas tu dah tak dah. Masa form 2 aku duduk ngan Ainul jadi partnerssss gittchewww dahlah rumah Hijau sesama pastu dia AJK form rasanya masa tu, aku pun teman dia gi kutip duit (ye ke) (ke masa form lain) (entahlah dah lupa) (dah tua dah, dah 20 tahun) (huhu banyaknya braket)

Sekarang ni dia tengah belajar kat IPG, bakal jadi seorang guru pendidik bangsa dan negara! Seriously couldn't be more proud of her :') biarlah tak jadi peguam pun dalam dunia ni profesion yang ada bukan hanya doktor, jurutera, arkitek dan peguam je. Tu pemikiran zaman tak matang dulu je, zaman semuanya tertutup. Hewhewhew sekarang ni kan dah besar, dah nampak dunia ni macam mana, kat mana kita berada dan jalan mana kita pilih, yang lain kita serah kat Allah jelah. :D

owl, smile, and animal image

Dulu Ainul minat gilagilagilagila ngan Korea. Ainul ngan Piah. Rasanya macam stres sikit zaman diorang minat Korea tu. SuJu lah apalah. SS501 lah. Aku ni dahla memang tak layan Korea kan. Layankan jela kalau diorang fangirling, aku duk tepi cakap pasal Merlin je dengan Sabrina and Alya. Huhu zezaman 14 tahun masih muda jelita dan kekanak riang!

Sekarang ni Ainul suka kacau orang dan makin nakal. Mungkin kerana dimamah usia dia jadi begitu. Yela hidup kena pandai berjenaka dan bergembira. Takkan nak serius je memanjang. Takkan bila orang buat lawak "Be Like Bill" "Be Like Rashid" nak annoyed bagai selama ni duk buat lawak hambar tahap biadap tak menyampah pulak dengan diri sendiri, duh. Eh lari topik pulak lagi sekali, sorry. BY THE WAY, I GUARANTEE YOU THAT AINUL IS NOTHING LIKE THOSE PEOPLE ON THE INTERNET, FAKERS AND HYPOCRITES!

Ainul is like me. We're neutral and we mind our own business and don't give a damn about what people think about us. Ainul is cute, too, like me also. HEHE

infinity

Dan dengan ini aku nak ucapkan kepada semua sebab baca entri ni. Penting sebenarnya entri ni. Sebab salah satu perkara yang menjadikan aku ni aku yang sekarang ni. Cuba kalau takda Ainul ni, mungkin aku tak jadi Ipy dah mungkin aku sekarang digelar Cik Fifi Gojes Hiks Hiks? Mungkin jugak aku ni dah tak jadi seorang blogger, tetapi menjadi seorang vlogger dan mendapat jutaan peminat dari seluruh negara?! Atau mungkin aku takkan jadi bookworm teruks tetapi seorang yang suka berjimba pergi shopping dresses shoes stilettos handbags menggunakan kad kredit?! KAN?!

Ok overnya alternate lives aku haahhahahahah just saying. :P

Last sekali, terima kasih sebab baca entri ni. Lain kali kita baca pasal Alya keeeeee Kakti ke Piah keeeeeeeee Piqah ke. Sebab kalau nak tulis pasal diorang semua dalam satu entri lemak lah woi. Kan kena buat preparation dulu. Nak nak Alya kan. Huhuhu.

SEKIAN TERIMA KASIH!!! HARAP AINUL BERPUAZ HATI KAYSSS!!!!

And the final chapter reaches its final page

1.1.16


Assalamualaikum semua! Memandangkan sekarang ni dah masuk 1 Januari 2016 (HAPPY BIRTHDAY COLIN MORGAN!), so... Happy New Year! Main reason aku buat post ni adalah untuk mengenang detik-detik 2015 yang telah berlalu. Sepatutnya update sebelum 2016 la kan tapi nak buat cemana cerita kat TV ada tayang Guardians of the Galaxy MESTILAH KENA TENGOK KAN???? Walaupun untuk kali kesejuta! Heh.


PASUM

Rasanya macam bukan tahun ni aku mengalami momen-momen indah dan parah di PASUM. Padahal baru je habis bulan April lepas. Terasa macam dah berzaman aku tinggalkan PASUM. Hihihi.



Eh mana gambar SH3 takdak hahahaha. Walaupun masing-masing dah kat tempat lain, and aku dah leave group *mwehehehe* aku takkan lupa diorang ni. Because at some point they came into my life and our paths have crossed ever since. Everyone from SH3, Hayat 1, QH3, The Original KUAZians, my roommates Wahidah Syisyi Amal.

Yang paling aku rindu KUAZ. Kolej kediaman tu. Entah ah kenapa. Maybe sebab food kot. And the environment maybe? OHHHHH how I miss my time back in PASUM. (eleh dulu nanges tiap bulan nak balik wahahahahaha)


FASILITATOR PELAJAR (MSKP)


Yang ni rindu jugak. Aku dulu takdela konfiden sangat boleh jadi FP ni tapi dah rezeki dapat buat kawan lagi ramai, nak buat cane. Hewhewhew. Actually rindu gila ngan diorang ni, and nak lagi sedih most of them dapat masuk UM. Aku and a few others tercampak dekat mana-mana jelah hahahahaha. Memang kalau boleh nak sangat masuk UM balik, sebab diorang ni memang macam family gila namatey, keluar together gether lepak gazebo damn nak jugak :(

Mana tak rindu, orang yang tak pernah dikenali masa PASUM, tetiba boleh bergurau menari apa semua masa training FP. Pastu yang kenal sebab dia femes, kenal dari jauh je, ehhhhh tetiba sekarang dah main mention mention selalu :') YELA DULU JTK SEMUA PEHMES KITA TAK PERNAH CAKAP NGAN JTK SEKARANG NI SELALU KACAU WAN HAHAHHAHAHAA :''')


Kalau boleh putar balik waktu, aku nak lalui balik perjalanan MSKP ni huhuhuhu

JAPAN TOUR


IF I COULD TURN BACK TIIMEEEEEEEEEEEEEEE, I WOULDDDDDDD GO BACK TO JAPAN !!!! Seriouslaaa I had so much fun in Japan, getting to bond with new girls, who are awesome as heck *emoji love love mata*

Nanti kumpul duit *azam tahun baru* pastu pergi traveling dengan gegirls I ke Korea so we can buat macam #5FriendsInSeoul! #byeAlya #AlyaNotJoining #AlyaKekTanah

Indeed, traveling ni memang sangat best dan menenangkan, macam lari dari masalah gitew ye lah Malaysia ni banyak sangat masalah yang entah apa-apa, so apa kata kita ke negara orang lain tengok masalah diorang pulak hahahahahahabye

CIKGU ADDMATHS SHAMS

Menjadi guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak benda yang nak kena ambik tahu dan urus. Nak nak lagi bab mengajar bebudaks yang pemahaman kurang and sukar nak faham. Tambah tambah cikgu ganti ni pun mengajar macam budak dah tahu semua benda je kan. Hhahahahaha. Dan guru juga insan normal yang punya perasaan.


Standard la kan ada kelas kita suka and ada kelas kita kurang suka. Macam aku, aku bonding dengan budak kelas 5 Farabi, so suka la 5 Farabi. Pastu kelas 5 Muslim memang la bias sikit sebab dulu aku 5 Muslim SO BIARLAH NAK BIAS 5 MUSLIM 4 LYF!!!

Jadi guru memang tak mudah, tapi aku rasa bila dapat tengok students kau faham apa kau ajar and then bila diorang jadi lebih minat nak belajar dan berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka, kau rasa bahagia dan rasa nak mengajar lagi dan lagi. Aku respek semua insan yang bergelar guru, sebab walaupun kat luar kau nampak cikgu macam baik kelakar and tenang, tapi realitinya tak semua yang tahu. Tak tahu betapa strugglenya, especially kalau kau sekolah yang orang pandang tinggi tapi tetiba result merudum ke apa. Huhuhuhu #ouch

ANWAR HADI DAH KAWEN


Ok yang ni sebenarnya tak patut pun berada dalam list tapi rasa nak letak. CONGRATS ANWAQ HADI! Baru je jumpa dua tiga minggu lepaih tu ehhhhhhhhhh dah kahwen dah pulak aihhh. Semoga bahagia hingga ke jannah!


HELLO UNISZA!

Perancangan Allah takde sape tahu kan. Walaupun aku tak dapat medik, aku dapat universiti dekat dengan rumah aku je. Aku sebenarnya tak kesah mana-mana, asal dapat teruskan pelajaran. Tapi yelah kan sedih la jugak sebab selama ni pasang cita-cita nak jadi dukturrrr tapi tuptup ambik bahasa pulak. Takpelah, dah terima dan redha dah :)

Sepanjang kat UniSZA ni, yang paling aku enjoy ialah aktiviti kokurikulum. Aku masuk memanah. Sumpah best oi. Silalah belajar memanah kays. Sekaligus boleh belajar teknik memanah ke hati crush korang awhhh :3 tapi masalahnya sampai sekarang hati crush aku tak terpanah panah lagi ni cemana :( eh lupa plak aku manada crush heh.

Geng Memanah. Finas, Aina, Ipy, Mummy

Mummy tu Ulfah. Dia dah kawen and tengah pregnant so panggil Mummy la hahahahahahah <3 Satu je tak best perihal memanah ni, muka kau akan hitam sebab shoot tengah padang sasar tu time matahari bersinar indah terang menyuluh bumi :') biarlah hitam muka asal hati tak hitam #HarapnyaBegitulahYa


Ni family BEN 1! To be honest aku still adapting dengan depa semua ni. Huhuhu. Dan walaupun kiteorang ni asyik merungut setiap minggu perihal pelajaran dan UniSZA, alhamdulillah, kami dah habis final!!!!!! WEEHOOOOOOT!!

Banyak lagi benda yang berlaku dalam 2015 ni yang tak terbilang nak mention. Amende do ayat keling -_- sebagai contoh, tahun ni semua orang dalam family ni dah menamatkan zaman bujang mereka kecuali yang bongsu. Dapat kakak ipar and abang ipar baru dan terakhir :')))) Lepaih ni takdak kenduri dah rumah ni melainkan kenduri Fatin Athirah Azmi jew. Jemput la datang ye huks kbai lambat gi oi

Kemudian, dapat anak sedara baru, iaitu Yayam the chubbycheeks and Abrar cumcumgewamtitew! Tahun depan maybe dapat 4 orang lagi kot hehehehe insyaAllah doakan lah yeeee :)

Happy 2016 :)

Dan sempena tahun baru ni, nah hadiah! CHOCOLATE OREO CHEESECAKE YANG AKHIRNYA TEKSTUR JADI MACAM AISKRIM HAHAHAHHAHAHAH