Directioners vs. Zayners

11.2.16

Assalamualaikum apa khabar semua ni dah masuk bulan Februari 2016 uolls! Sorry lah dah tak aktif sebab aku pun tak tahu nak update apa kat sini. Kehidupan di UniSZA kadang-kadang menggembirakan, kadang-kadang menghiburkan namun begitu hari tak selalunya cerah, nak nak sekarang ni musim tengkujuh kan. Tak, sebenarnya nak cakap, kehidupan kat UniSZA sedikit hambar, jadi tak tahu la nak update apa sangat.

boring and text image

Yang tak hambarnya sebulan dua ni sebab dak-dak Piqah, Piah, Kakti tengah cuti so bolehlah lepak lepak ngan diorang. Tapi nanti diorang dah balik universiti masing-masing, marilah kita kembali mereput menjadi pelajar UniSZA :')))

Ok tapi sekarang ni tak nak cakap pasal life kat UniSZA pun, tak berkembang pun. Jadiiiiiiii, topik harini pun sebenarnya takdelah bermanfaat sangat, just pasal One Direction HAHAHAHAHAHHAHAHAA okbai aku dah terjebak dengan One Direction ni semenjak lagu Perfect dan Drag Me Down (dan juga sejak Zayn Malik dah quit, rasa macam boleh tolerate pulak jadi part-time Directioner).

Lepas tu dak-dak Alya and Piah pun jadi Directioners jugak!!!!!!!!! Ainul, Piqah and Kakti takdelah hardcore sangat, tapi Alya dan Piah sangatlah menjadi-jadi ke'Directioner'an diorang. Kekadang rasa tercabar ada gak. Macam baru-baru ni tengok video History dengan Piqah, Piah dan Kakti, beriya-iya Piah feeeeeeeling dengar/tengok bidio tuh! TERCABAR HOKAY

By the way, kalau nak tahu dulu kiteorang acah-acah anti One Direction, entah pape. Betul ah orang cakap takleh anti anti sangat ni nanti tersuka. Ahaks. Tapi seriously dulu kan kiteorang tuduh Piah Directioner sebab dia suka lagu Story of My Life tu. Kiranya dalam geng kami, kalau kena cop Directioner tu kira satu penghinaan yang paling besar sekali (pada zaman dahulu lah) (sekarang dah tak) (sekarang ibarat penganugerahan yang gemilang kalau sesiapa jadi Directioner) (kbai)

cartoon, draw, and one direction image

SIAPA DAH TENGOK CARPOOL KARAOKE WITH ONE DIRECTION?! Aku dah banyak kali tengok macam nak tengok lagi je pasni huehuehuehue #DirectionerTegar

Niall sangat comel okay, style adik-adik gituuuuu dahlah comellll gila takut jarum -.-

Lepastu yang lain tak berapa perasan sangat, melainkan Harry dengan rambut gebang gebang acah gorgeous dia tu, Louis dengan suara dia yang mendayu-dayu tu and opkohs Liam, erm entah ah nak komen apa Liam, sebab dia ni nak cakap hensem, biasa-biasa je, mungkin bagi aku hensem sebab bias sikit kot, muka dia macam seseorang :'''''''''')))))))))) bye

Piah dan Alya memang suka gilagila ngan Louis, entahlah mungkin sebab tu aku suka Louis second after Niall. Lol. KAKTI YOU KNOW KAKTI DIA SUKA HARRY!!!! SEBAB DIA CAKAP RAMBUT HARRY LAWA  PLEASE LAH HUH ok tak la tipu je dia cakap dulu sebelum rambut singa dia tu, Kakti cakap Harry comel. Yelah masa dulu semua comel. Kita masa baby pun comel, bila dah besar je perangai keji pastu dah tak comel *sighs*

Harry Styles, one direction, and harry image
Maksud kakti yang tahun 2010 tu kot hahahahahahahah, yang 2012 tu dah macam boleh join team Harry Potter & The Year Nobody Got A Haircut dah :')

OK lepas tu kan si Ngat ada buat cover lagu Infinity dekat Youtube (check it out, NGAT sings). Start pada dengar si Ngat tu punya cover, teruih pi dengar yang original punya (sorry ngat, tak pernah dengar lagi). Pastu sampai ke sudah aku terjebak dengan lagu tu kesian kengkawan aku terpaksa layankan kerenah obsesi Infinity aku ni.

Ada sekali tu aku tanya kat WhatsApp group ah. Masa tu baru je start obses Infinity.

Aku tanya: How many nights does it take to count the stars?

Memula takda orang jawab sebab mereka tahu aku ni loser :(((((((((((( Tapi memandangkan Ainul dia tu baik hati dan takdelah keji macam orang lain (jeling semorang), dia pun reply dengan innocent, dia jawab,

"Endless?"

Pastu aku pun apa lagi, terus balas, "That's the time it would take to fix my heart, ohhh baby I was there for you all I wanted was the truth yeahhh yeahhh" ok tu jelah nak cerita loser kan :(

After that, kan lepas tengok yang Carpool Karaoke dengan James tu, aku pun download sekali lagu Best Song Ever and No Control (dan 14 lagi lagu lain HAHAHAHAHAHAHAHAHA) dan simpan buat album baru dalam henfon :') alamak sorry tercakap pulak kita download secara illegal huhuhu takde duit laaa awaaa nak beli album, lagipun kalau beli cemana nak masukkan dalam henfon kite tak reti kite noob :(

liam payne, niall horan, and louis tomlinson image

OK, since aku dan kengkawan aku Epal Pink tu semua #FriendshipGoals, kiteorang juga anti-Zayn Malik. (ee tapi gambar kat atas tu ada Zayn, uh) OK Wahidah, if you're reading this, I'm sorry! HEWHEWHEWHEWHW PEW PEW :B

Dulu kalau digelar Directioner dikira suatu penghinaan, kini kalau sesiapa buat onar dalam group tu akan dilabel Zayners! (wth, man, IDK what Zayn Malik's fans call themselves) So lately ni asyik tuduh menuduh sesama sendiri yang mereka Zayners -_- Sesiapa yang dengar lagi Pilotoq dilabel Zayners teruk. Kemungkinan di'remove' dari group adalah 103 per 100. Dan juga besar kemungkinan sesiapa yang sebenarnya Zayner di hati sedang menyembunyikan perkara itu dari orang ramai. Suspek: Alya, Ainul dan Kakti (Alya sebab dia tuduh semorang Zayners) (Ainul dan Kakti sebab diorang baru beli iPhone *angkat angkat kening*)

Eeee sampahnya entri ni entah pape cakap pasal One Direction ngan Zayn HAHAHAHAHAHHAAHA NAMPAK TAK TAKDE TOPIK AND BOSAN AND NAK JUGAK HAPDET BLOG NI HUHUHUHU

Klah tu je nak cerita. Hambar kan. Huh. Esok esok la post benda berfaedah sikit. Esok esok tu boleh jadi tahun 2018. :') Baru-baru ni ada sesi ice-breaking aku cakap ah aku blogger, pastu lecturer aku tanya, "Are you an active blogger?" ha dush ambik kau I'm not even sure of the definition of 'active blogger'. Are you considered active if you only update the blog once a month? OR do you need to update it every day/week? Huhuhu, so, stay tuned, folks! For the definition of 'Active Blogger'!
Post a Comment