Liberal liberal sangat ni nak ke mana

Assalamualaikum. Hai semua tetiba je kan update dua hari berderet deret deret. Hihi. Terasa nak menulis setelah sekian lama dan rasa macam ada something aku perlu suarakan.

Liberalisme dan kolotisme (kolot)

Pebenda yang kita faham bila sebut liberal and kolot both ni?

Kalau tengok sekarang ni, yang aku boleh nampak ialah golongan liberal ni jenis terbuka terhadap semua benda sebagai contoh macam isu sentuh anjing.

Sementara itu kolot pula ibarat satu golongan yang closed-minded dan tak boleh terima langsung apa yang golongan liberal tadi tu syorkan. Macam Haraam Police dekat Facebook, Twitter dll.

So bergaduhlah kedua-dua pihak liberal dan kolot ini sampai golongan yang di tengah-tengah ni tak tahu nak buat apa.

Ya, dalam setiap golongan yang bertentangan, sudah tentu ada golongan yang memilih untuk berada di tengah-tengah. Kekadang tu bukan nak sangat duk tengah, cuma ada certain things yang golongan ni setuju tapi lebih berhati-hati dan waspada.

Let's say, aku ialah golongan yang tengah-tengah ni.

Golongan tengah ni kekadang dia boleh jadi liberal tapi the next day jadi kolot pula. Dia bukan hipokrit, tak, cuma dia macam isu yang sentuh anjing tu dia tak setuju tapi takde lah beriya-iya sangat membangkang jadi keyboard warrior di laman sosial, tapi bila masuk isu gereja kat taman perumahan Islam lepastu kata melemahkan iman para Muslim lah, tu tak berapa nak berkenan dengan golongan kolotisme.

Kemungkinan contoh-contoh isu yang aku beri tak relevan antara satu sama lain. Sebagai contoh, isu pegang anjing tu mesti sang liberal rasa biasa je, macam tak perlu pun dibesarkan. "Aku nak pegang anjing, ikut suka aku la," so kalau rasa nak pegang, boleh pegang lah? Kalau rasa nak bunuh orang, boleh bunuh la? Gitu?

Huhu.

Secara jujurnya isu pegang anjing ni pun aku tak tahu nak justifikasikan sebagai apa. Yes, betul anjing banyak yang kiut, macam kucing lah jugak. Nah, kita kan dah ada kucing, gi la pegang kucing bawak tidur sekali. Kalau rasa was-was bab pegang anjing tu, gi lah cari yang tak was-was. K?

Since tajuk entri ni lebih memberat kepada liberalisme, maka aku akan banyak cakap pasal benda tu lah.

Satu benda golongan liberal ni suka buat ialah mengaitkan setiap perkara kepada perkara yang lain.

Macam isu tindakan terhadap para Muslim yang berpakaian tak mengikut syariat. Katanya banyak lagi isu seperti pembalakan haram, pemusnahan alam dan sebagainya yang boleh dibasmi. Katanya setiap orang ada hak untuk memakai apa pun.

Hak.

Tapi kita Islam kan, Islam mesti mau tutup aurat sebab Allah suruh tutup, kan?

Hak kita lagi tinggi dari suruhan Allah? Wow.

Harap sedarlah kita ni sememangnya milik Allah, Dia suruh, kita buat.

Bila kita kata macam ni, nanti keluar ayat, "Tak semestinya tutup aurat tu perangai dia baik." Pulak dah. There's no winning with you guys, innit? Lulz


The world is changing.

Islam nanti jadi asing.

Semua benda pasal Islam nanti semua pandang pelik.

Yelah, masa tak asing dulu kita liberalkan dia.

Lepas tu nanti bila Tuhan tanya apa sumbangan kita, takkan nak jawab 'liberalisme'?

Kita ada al-Quran dan al-Sunnah. Kita ikut, okay?

Aku ni takdelah berilmu sangat cuma in certain things tahu lah mana nak beza, yang mana boleh nak berliberal yang mana nak jadi kolot. Just need to hamburkan a few things here. Kekadang sangatlah berhati-hati untuk memihak kepada mana-mana golongan, sebab takut tersalah kata, dicop liberal, tersilap tindakan, dikatakan kolot.

Apa yang kita mampu buat sekarang supaya tak jadi liberal atau kolot? Belajar ilmu agama dengan lebih mendalam.

OKAY dah takyah stres stres selamat berqiamullail!

Comments

Popular posts from this blog

Snow White & The Huntsman

Beraya di rumah Zizan Raja Lawak! LOL xDD

Kawaii Photo Contest .

Followers