Posts

Showing posts from June, 2017

Langkawi Day 4: Bye Bye!

Image
Assalamualaikum! YEEHAAWW alhamdulillah dah sampai Day 4 ni kan. Ahaks! Mujurlah Day 4 ni separuh hari je dekat Langkawi, so mari kita!

Hari dimulakan dengan bismillah, eh dengan solat Subuh. Hari keempat ni kami keluar awal sikit daripada biasa sebab masa dah singkat sangat and banyak lagi tempat yang must-go yang kami belum jejak, antaranya Dataran Lang dan Muzium 3D.

Oleh itu, untuk mengelakkan kami ni kelaparan setiap masa, kami pergi breakfast dekat warung yang kami gi makan tengah hari masa hari kedua. Aisyah & Mirah pekena nasi lemak, manakala yang lain makan roti canai. Tak silap aku rasanya ada yang makan roti canai DAN nasi lemak kot. Aku order roti canai telur dan kosong. Tak silap aku la. HAHAHAHahahah



Lepas breakfast, kami gerak ke Dataran Lang untuk bergambar dengan Encik Helang yang gagah perkasa tu. Tempat wajib la ni kira, kalau datang Langkawi. Dah nama pun LANGkawi.


Sebenarnya masa kami pergi tu kawasan depan helang tu tengah construction, jadi tak boleh lah tur…

Langkawi Day 3: Parasailing & Cable Car

Image
Assalamualaikum... nampak macam trip Langkawi sebelum ni macam takde sambungan dah kan? Macam sampai Day 2 je kan? Haaa...

Sebab ni pun dah bulan Jun 2017, so macam takde harapan dah nak sambung.

ANDA SILAP!

Kk, sebenarnya anda tak silap. Aku dah malas sambung tapi memandangkan ada rupanya orang baca, jadi aku sambung la. (Hek eleh, yang tukang baca pun semua yang ikut trip ni -_-)


OK, Day 3 in Langkawi.

Pagi tu kami bangun macam biasa, solat Subuh apa semua (rasanya tak mandi kot). Ok masih ingat tak masa Day 2 tu, yang bebudak berempat tu pergi jenjalan ke kedai-kedai deretan pasar malam (aku tak ikut sebab pakai selipar)? Nak dijadikan cerita, diorang ni jumpa satu brader/pakcik idk tanya pasal pakej untuk parasailing, banana boat and aktiviti-aktiviti dekat Pantai Cenang.

Brader/pakcik tu suruh tunggu depan satu bangunan agensi ni, yang mana bertentangan dengan jalan nak pergi ke Pantai Cenang tu. Kiteorang pun pukul 9 pagi macam tu, keluarlah dari hotel and pergi tunggu brader tu…

Followers