Langkawi Day 4: Bye Bye!

11.6.17

Assalamualaikum! YEEHAAWW alhamdulillah dah sampai Day 4 ni kan. Ahaks! Mujurlah Day 4 ni separuh hari je dekat Langkawi, so mari kita!

Hari dimulakan dengan bismillah, eh dengan solat Subuh. Hari keempat ni kami keluar awal sikit daripada biasa sebab masa dah singkat sangat and banyak lagi tempat yang must-go yang kami belum jejak, antaranya Dataran Lang dan Muzium 3D.

Oleh itu, untuk mengelakkan kami ni kelaparan setiap masa, kami pergi breakfast dekat warung yang kami gi makan tengah hari masa hari kedua. Aisyah & Mirah pekena nasi lemak, manakala yang lain makan roti canai. Tak silap aku rasanya ada yang makan roti canai DAN nasi lemak kot. Aku order roti canai telur dan kosong. Tak silap aku la. HAHAHAHahahah

Aisyah makan sikmok

Mirah makan sikmok gok

Lepas breakfast, kami gerak ke Dataran Lang untuk bergambar dengan Encik Helang yang gagah perkasa tu. Tempat wajib la ni kira, kalau datang Langkawi. Dah nama pun LANGkawi.

Wefie berlima!

Sebenarnya masa kami pergi tu kawasan depan helang tu tengah construction, jadi tak boleh lah turun dan ambik gambar berlatarkan helang yang gah. So, solusinya ambik selfie dari tepi dan ambik gambar dengan bontot helang. Nak buat cemana kan

Pastu masa duk berlegar-legar kat kawasan kaki helang tu, Mirah ambik video la kiteorang semua ni AND THEN DENGAN KUATNYA AKU MEMBEBEL, "MASA NI LAH NAK BUAT CONSTRUCTION!!!" tanpa menyedari ada pekerja kat bawah tu tengah buat kerja-kerja pembinaan em OK sorry buatla construction pls!

Selfie ngan bontot helang

Maka, saksikanlah lagi selfie-selfie dengan bontot helang sebab TU JE MAMPU huhu


Lepas dah macam kuciwa takleh ambik gambar full posterior dengan helang, kami pun drive balik hotel sebab nak check out. Before naik hotel, kami pergi shopping cekelat sikit depan tu, Coco Valley nama dia. Tak lupa jugak sempat beli KUALI untuk ibunda tercinta Sabariah Mansor lah sebab asyik mintak beli kuali je ok i beli. Lepas dah siap tu, kami naik bilik hotel, kemas-kemas barang masukkan cekelat kuali apa semua yang baru beli tu dalam beg. Kami pun check out. Huhu sedihhhh nak mandi kolam!

Setelah itu, kami drive ke Telaga Tujuh (tempat Cable Car semalam) untuk gi memalukan diri dengan Muzium 3D. Kihkihkih

Masa tu dalam pukul 11 pagi macam tu, and sepatutnya kereta serah dekat Kak Alia pukul 10 since hari kami ambik kereta tu pun pukul 10 jugak. Tapi call Kak Alia kata, takpa guna la dulu. Dia kata akan caj RM50 untuk setengah hari lagi. Kiteorang pun on jelah sebab RM50 tu bahagi 5 baru RM10. Hihi

Kami pun dengan rilek masuk muzium 3D tu. Sumpah excited lulz


Epal ni kat pintu masuk depan sekali

Jemput makan epal, kawan-kawan

Lepas tu, ada ocean punya tema. Marilah kita layan gambar-gambar jakun kami ya

OMG ada duyung pakai tudung. (Duyung ke dugong ni erm)

Seronok ye surfing? Confident tak tumbang?

Proses melarikan diri dari jerung tapi dalam air?? mana boleh berlari???

Nampak tak muka gembira tu gais. Macam kanak-kanak dapat lolipop!

Lepas dah cengkaman jerung, kita rilek dengan polar bear

Jap apesal polar bear yang duk bawah payung tu pakai tudung :')

Gigihnya

Aisyah is always in constant danger

Congratulations you reached the moon

Tengok apa tuw

Here are two goofballs performing

ya Allah bidadari ke ni

HELP ME!!!

I look so much like a trapped bear here.... help?

Superstar Peah!

Bakpe muke gitu qah eh xD

Sampai kat tangga satu ni, kami set kan timer dekat DSLR Aisyah and ambik gambar kat tangga! SO MUCH WOW!

much wow, much flash

Gerimis di lautan, mendayung sampan ke kuala

Aren't we puppets

And... we present to you... the highlight of the day...

REACH FOR THE CLOUDS WITH THE HELP FROM YOUR FRIENDS

Monalisa ayamore

Acahhhh je piah tengok mende tah

Ni geng piah acah jugak ni buat-buat confused

Panoramic view

I'm sure if we were to be on that bridge, we wouldn't be wearing those outfit


"What is it? What is there in the castle? A VAMPIRE PRINCE CHARMING?

Peaqah

Astaga piah mana boleh salam bukan mahram

Lepak kejap santai bersama bebear

Das ma cat, his name is Catford

OK around the picture yang dekat haunted castle kononnya, Kak Alia call, dia kata nak pakai kereta since the next customers dah nak sampai Jeti Kuah. Kami pun lelaju jela pusing ambik gambar dalam muzium tu. That was around 12.30 noon.

Patutla panda ni gemzdegemz, makan manusia rupanya

Ew apa ni dahlah tudung ronyok

Girls shopping for Aidilfitri

Supposed to be good but we wore tudung... hmm

After that, kami cepat-cepat keluar dari muzium tu (sempat jugakla bergambar depan tu) sebab before nak ke Jeti Kuah, kena hantar Aisyah ke Langkawi Airport dulu dekat Padang Matsirat.

It's almost ending!

BYE LANGKAWI!

OK so kami pun cepat-cepat pergi airport hantar Aisyah. Aisyah balik naik flight sebab dia pergi KL dulu ada program persediaan dia nak pergi oversea. Kami rakyat marhaen ni balik naik feri dan bas jelah ke Kuala Terengganu ahaks.

BYE SYAH!

Masa tu Kak Alia call lagi, kami pun cepat-cepat pergi Jeti Kuah (ikut jalan lain pulak hahahahahah). Langkawi ni kecik je, pusing-pusing sampai tempat sama takkan sesat punya. So kami ikut signboard jalan je mostly (selain Waze dengan GPS handphone tak guna tu huh). Sampai dekat Jeti Kuah tu dalam pukul 2 macamtu.

Kak Alia dah tunggu dah situ. Dah selesai apa semua (plus Kak Alia perli "Amboi beli kuali!"), kami pun ucap terima kasih gila gila dekat Kak Alia. Tadi dia kata kalau nak tambah masa kena caj RM50 kan? Kak Alia cakap tak payah pun! Orangnya sangatlah ramah eh rasa nak pergi lagi la ambik pakej dia. Hihi

Dah bagi kunci tu, kami geraklah masuk jeti tu cari... cari apa, kawan-kawan? YA! Cari makanan. Kami makan dekat food court tu je. Makan nasi goreng apa benda tah siang-siang ni. Sementara tunggu feri nak ke Kuala Perlis.

Kami ambik feri yang pukul 4 ke 5 entah, lepastu sampai Jeti Kuala Perlis dalam pukul 6.15pm. Bas kami balik Terengganu pukul 7.30pm, so sementara tu kami lepak dekat boarding room terminal tu dulu, baru gerak ke terminal bas pulak.

Maka, selesailah perjalanan kami ke Langkawi selama 4 hari 3 malam yang awesome la bagi kami! Pakej pun sangat comfortable dan affordable. Thank you FA Agency Langkawi!

DONE! Nanti bulan 7 pi Sabah pulak nantikan! AHAKS!!!!!
Post a Comment