#TripThahabouds SABAH: Day 1

21.7.17

Assalamualaikum semua! Kali ni, aku tekad akan habiskan entri pengalaman ke Sabah dalam masa terdekat ni jugak (tak naklah tergendala macam Langkawi dulu ahaks!).

Percutian kali ini telah dirancang sejak dari 2016 lagi. Ingat-ingat lupa dah masa tu bulan September ke November, tapi AirAsia tengah ada promo masa tu. Kami cepat-cepat la beli tiket untuk 4 orang, yakni Piah, Piqah, Kakti dan aku.

16 Julai - 19 Julai 2017

Dapatla harga RM170 seorang tiket gi balik. Masa tu beli return flight dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu. Untuk tiket dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur (return) tak beli lagi. But some time in 2017 (maybe around January or February), kami beli yang harga RM49 seorang kalau tak silap. Untuk Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur je, one-way.

Flight TGG - KUL pukul 8.25am 16 Julai 2017. Kami beli checked-in baggage for 40kg. Asalnya beli 30kg je tapi sebab risau, terus tambah lagi 10kg. Flight TGG - KUL pulak mengalami PINDAAN. Delay 20 ke 30 minit. YA ALLAH geramnya masa tu sebab flight KUL - BKI (Kota Kinabalu) pukul 11.05am.

Haruslah gelabah sebab check-in bagasi mesti sejam awal dekat KLIA2! Sampai KLIA2 pukul 9.45am and then kena tunggu beg lagi. Last sekali tak sempat dah nak check in beg, angkut je naik atas kabin walaupun berat lebih 7kg.

(Masa dekat depan tu buat dek je dekat staf AirAsia yang tengah tunggu tepi penimbang lalalala)

Nak tambah bengang lagi, flight KUL - BKI jugak delay setengah jam. YAY!


Namun begitu, kami selamat naik kapal terbang tu untuk memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit. Bapak lama flight (I know la flight oversea lagi lama, tapi flight oversea ada screen boleh tengok cerita ke apa, ni kosong sekosong-kosongnya).

Eh, nasib baik boleh bukak www.rokki.com dan main game ala-ala Who Wants to Be a Millionaire.

Aku pre-order makanan untuk kami semua. Order Uncle Chin's Chicken Rice. Hmm... Sos dia tak sedap langsung.....tapi nasi dan ayam dia nice la.

Kami sampai Kota Kinabalu International Airport around 2.30pm. Kena lalu bahagian imigresen tu untuk dapatkan satu tiket masuk ke negeri Sabah. Tiket tu kena simpan dan serahkan bila nak tinggalkan negeri Sabah nanti.

Dah selamat melepasi imigresen, Kakti pun call la driver yang akan jadi driver and tour guide kiteorang (pakej), Pak Cik Suari nama beliau. Dah masuk kereta tu, kami bagitau la pakcik yang kami belum solat, so pakcik bawak kami ke Masjid Terapung Kota Kinabalu. Jangan ingat Terengganu je ada masjid terapung!

Tapi ayat pakcik, "Tak boleh lawan la Masjid Terapung di Terengganu."

Masa mula-mula berinteraksi dengan pakcik tu, kami sangatlah blur sebab accent Sabah dia pekat dan dia cakap laju gila. Aku tanya dia asal mana, takde sorang pun boleh decipher jawapan dia x'D And then ada satu part tu, kami macam lamaaaaaaaa sangat loading nak faham ayat dia, pastu dia gelak neves macam tu...
Pakcik tu tanya dengan laju pekat Sabah, "Penerbangankamutadidipindaya?" Aku, Piah, Piqah dan Kakti semua terlopong. Piah duk depan kesian blur sengsorang.

Aku tengok Kakti, Kakti tengok Piqah, Piqah tengok aku lepas tu aku macam, "Ha? Apa dia pakcik?" pakcik ulang sekali satu-satu ayat dia. Setelah 5 saat (rasa macam 2 jam) berlalu baru aku faham, "Oooo! A'ah, pinda!" LOLLLLLLLLl

After that baru lah kami dapat faham dia cakap sebab dia dah slowkan speed percakapan dia hahahahah

Kami solat jamak Zohor dan Asar kat Masjid Terapung tu. Ramai foreigners non-Muslim datang situ. Semua kena pakai jubah, tudung masuk masjid. Comel sangat xD


Ni wajah-wajah setelah siap solat. Alhamdulillah :')))) Design dalam masjid ni lawa jugaklah tapi aku paling suka design luar dia yang belah depan. Tak ambik gambar tapinya, sebab belah depan tu tasik. Kalau nak bergambar kena berhenti tepi jalan untuk berlatarbelakangkan masjid ni.

Ini je yang sempat snap

Kami pun keluar dan mulalah sesi bergambar dengan masjid. Malangnya takde angle menarik pun melainkan dari tepi. Dan semua orang tak berjaya ambik gambar background masjid sebab tak reti adjust setting kamera. Aku jelah dapat snap gambar Piqah dengan jayanya.

Tu pun gelap sikit

Lepas tu, kami nampaklah ramai foreigners makan aiskrim. Terus gi kedai depan masjid (masih dalam kawasan masjid) nak beli aiskrim jugak. Sekali tengok semua wrapper aiskrim bertulisan cina kat depan tu. Bukan racist tapi sedikit ragu la kan. Kami punnnnn tak jadi beli laaa uhuks! Pastu, Kakti pun call pakcik cakap dah siap.

Sementara tunggu pakcik, sempatla jugak bergambar.

Allahu kiutnya

Untuk trip kali ni, Kakti sebagai orang yang bertanggungjawab deal package dengan pihak pakej la. Aku selaku pengurus perjalanan yakni segala tiket pergi balik perjalanan. Piqah awalnya ditugaskan sebagai fotografer tapi dia kata skill dia dah hilang *rolls eyes*. Piah pulak tugas dia segala benda yang memerlukan urusan sepanjang di Sabah. Kiranya kalau dalam options tu, Piah ni dalam Miscellaneous.

Pakcik sampai dan terus bawak kiteorang menuju ke Kundasang. On the way ke Kundasang, kami singgah kat Rumah Terbalik (tempat wajib la kan kalau datang Sabah), yang terletak di Tamparuli. Rumah ni dibina berkonsepkan rumah moden, tapi semua terbalik.

Related image
Credit gambar: Syafiqahhashimxoxo

Nak masuk kena beli tiket. Ada tiga pakej. Satu untuk masuk Rumah Terbalik je, dua untuk masuk Muzium 3D dan yang last include both. Pakej kami ambik yang Rumah Terbalik je, tak silap harga RM10. Bukan tak ingat harga, sebenarnya tak sure harga sebab yang beli semua pakcik yang settle.

Before masuk rumah ni, ada sesi penerangan pasal rumah ni - oleh staf dia. Kami tak dengar sangat sebab kami join last minute group yang akan masuk rumah tu. Yang aku dengar, rumah ni kononnya mengisahkan sepasang suami isteri dan anak diorang. Pasangan suami isteri tu sorang dari Semenanjung, sorang lagi dari Borneo la kot.

Rumah Terbalik tu takleh masuk ramai-ramai. Kang runtuh tak merasa la nak masuk yedok. Sebelum masuk tu, mestilah berfoto dulu.

Must be my kind of rumah since it's pink

Dalam rumah tu tak dibenarkan ambik gambar untuk menjaga hakcipta terpelihara design yang ada dalam rumah tu. Menariknya, ada satu mesin jahit yang seberat 50kg (rasanya) dilekatkan secara terbalik juga di dalam rumah tu. Lepastu ada cicak plastik kat siling (yakni lantai la bagi kita yang graviti normal ni).

Rumah ni condong 10° so rasa senget sikit la masa duk jalan atas tu. Semua dalam rumah tu dipasang terbalik (ikut rumah) kecuali air-cond dan ada satu benda ni dipanggil bubu. Bubu ni dia pasang kat atas sebab takut orang pijak.

Ada satu lagi benda yang menarik tapi creepy: ada dua ekor bangkai ikan belangkas digantung dalam rumah, tujuan dia untuk menghalau roh jahat. Itu kepercayaan diorang lah. Tapi bangkai tu bangkai betul, bukan plastik. Even yang dalam rumah tu pun. OKlah diterima, sebab barang-barang dalam rumah tu pun hak milik persendirian jugak.

Masuk rumah tu ikut pintu belakang sebab terbalik kan?! Hahaha entahlah. Keluar ikut pintu depan tu ada gong kecik situ tulis "Welcome to Rumah Terbalik".


Thanks akak tour guide ambikkan gambar

Keluar tu, ada toilet terbalik (ew cemana najis nak gerak), ada kereta parking terbalik dan ada tempat pasu bunga - jugak terbalik.

Kakti watpetuw


Nampak tak nombor plate kereta tu start dari huruf J? Itu-lah yang aku cakap tadi, salah seorang dari suami isteri tu dari Semenanjung, yakni Bangsa Johor! Hehehehe gurau je. Tak tahu-lah pulak orang Johor ke, beli kereta kat Johor ke apa. Tak tanya pulak. Ahaks!


Dah habis pusing Rumah Terbalik tu, kami keluar. Pakcik pun bawak kami ke Jambatan Gantung Tamparuli. Jambatan dia kalau berlari ke, jalan hentak kaki, memang akan bergoyang-goyang. Mula-mula tu takut la jugak sebab goyang tu, tapi last last okay je siap berlari. View dari jambatan tu pun cantik.

Haluuu dis is ipy

Ni ada snap sikit gambar dari atas jambatan tu. Bagi aku, hijau kat Sabah ni sangatlah cantik. Berbeza sangat dengan dekat Semenanjung. Amazeballs gitu tengok. Rasa nak buat video parodi lagu DSV jew. Muahmuahmuahmuahmuah!

Nak terjun!

Duduk sekalehhh


Lepas dah siap bergambar, kami pun akhirnya gerak ke Kundasang. Jalan ke Kundasang, ya ampun... Orang kata macam jalan ke Cameron Highland. Aku tak tahu betul ke tak sebab aku pernah pergi sekali je Cameron Highland, tu pun tidur sepanjang perjalanan. Sesiapa yang cepat mabuk kereta tu, bolehlah sediakan ubat.

Jalan menuju ke Kundasang tu kiranya macam naik bukit gitulah. Ada beberapa gerai yang kami nampak tepi jalan dan salah satunya aku ternampak ada tulis "ROASTED WILD BOAR" dan ramai jugak orang HAHAHAHAHAHA.

Maaf ler jakun, tempat kita takda jual menu babi terang-terangan tepi jalan LOL

Before sampai Kundasang, pakcik berhentikan kami dekat Pekan Nabalu untuk ambik gambar background Gunung Kinabalu. Masa tu gunung tak diselubungi kabus, so clear la view dia. The downside of it was the time. Nak maghrib dah so dah nak gelap. Kena ambik gambar cepat cepat.

We were there

Banyak anjing sekitar kawasan tu, so si Piah & Kakti asyik duk takut anjing kejar. Kiteorang pun cepat cepat ambik gambar (walaupun dengan susah payah sebab hari dah gelap dan kamera pun confused nak fokus gunung ke fokus manusia hahahahah). By the way, kami guna mirrorless camera Sony A6000 untuk ambil gambar semua ni.

Bangga muka tuw!

And last but not least, my picture! Walaupun semua blur, gambar nampak paling cantik sebab tetiba je rumah kat belakang tu lampu menyala. Effect bokeh ke tuw? Hahaha!

Muka tak ikhlas maaflah

After that, terus lah gerak ke Kundasang untuk check-in homestay. Kami sebenarnya lapar teruk dan pening sebab pakcik bawak kereta laju la jugak dan jalan ke Kundasang tu cenggitu kan. Kami check-in Greenhill Homestay dan dapat dua bilik. Homestay tu macam rumah, ada tiga bilik and ada ruang tamu dapur semua. Bilik satu lagi pakcik duduk dengan driver guest lain.

Kami sampai homestay dalam 7.30pm macamtu.

Image result for greenhill homestay kundasang
Credit gambar: Google

Lepas dah mandi dan solat, kami pun gi masak mi segera Ruski perisa tom yam yang dibawa khas dari rumah Ipy. Ada dua bungkus je pun. Kami kongsi empat orang. Just untuk alas perut. Piqah dah tak tunggu mi diresapi air dah, terus makan je keras-keras camtu.

Tak lama lepas tu baru la pakcik bawak kami gi makan kat kedai depan homestay tu. Masa tu pukul 8.45pm dan kedai makan tu DAH NAK TUTUP. Boleh tapau je makanan. Kami pun tapau la nasi goreng seafood, nasi putih 3, tomyam, sotong goreng tepung, teh ais, teh o ais dan carrot susu.

Dah tapau tu, kami mintak pakcik bawakkan pergi ke kedai runcit sebab..... nak beli.... maggi...... AHAKS!

Malam tu Piqah tidur paling awal sebelum mendakwa ada terbau gulai, gulai apa wallahu'alam harapnya bau gulai betul-lah bukan gulai babi ghaib kihkih. Piqah satu bilik dengan Kakti, aku dengan Piah. Sebelum tidur, kami makan dalam bilik aku dan Piah dengan penuh selera sebab lapar kay! Cuaca kat dalam bilik takyah pasang air-cond or kipas dah, sebab sejuk gila.

Image result for night view moon

Kisah malam sebelum tidur tu secara ringkasnya aku dengar ada orang berlari atas atap pukul 1 pagi dan tingkap macam diketuk ranting (walhal pokok jauh lagi daripada tingkap tu) tapi lepas baca ayatul kursi, bunyi-bunyian dah takda. Aku tertidur akhirnya pada jam 2 pagi dengan harapan hari esok lebih baik dari hari ini.

Stay tuned for Day 2! Kbai!
Info: Thahabouds ialah perkataan yang direka oleh geng Epal Pink dari perkataan asal 'sahabat'. Kami berenam adalah thahabouds (sahabat + s), yakni aku, Piah, Piqah, Ainul, Kakti dan Alya. Namun, untuk trip kali ini, hanya 4 orang sahaja yang join sebab Ainul tak cuti dan Alya pulak kena settle hal nak fly nanti bulan September. Sekian.
Post a Comment