#TripThahabouds SABAH: Day 4

Hai semua assalamualaikum! Hari ini kita cerita pasal hari keempat aku dan sahabat-sahabat berada di Sabah -- hari terakhir!

Image result for goodbye

Memandangkan kami dah siap packing malam sebelum ni, kami bangun lambat sikit. Kami pun dah bagitahu pakcik suruh ambik kami pukul 10 pagi. So, untuk breakfast kami makan sandwich tuna yang dibeli dua hari sebelum ni, yang kononnya nak bawak makan kat pulau masa trip snorkeling tu :')

Aku pulak panaskan nasi phad phed (macam ni ke eja dia?) yang aku beli sekali dengan nasi lalap hari sebelum ni dan makan sebagai breakfast.

Dah makan kenyang kenyang, barang semua dah kemas, beg dah disusun rapi dekat ruang tamu rumah, kami pun mengucapkan selamat tinggal kepada Cybercity Apartment yang kami duduki itu. Pakcik bawa kami ke Pantai Tanjung Aru.


Kami cuba ambil gambar panorama 4 orang tapi tak jadi lol sebab phone bergegar. Ada-lah tourists bermandi-manda situ, tapi pakcik kata sebab masih pagi, tak ramai oranglah. Orang akan ramai pada waktu petang.

Masa lepak kat Tanjung Aru tu jugak kami nampak dari kejauhan ada orang tengah main parasailing di sebuah pulau. Time tu Kakti dan Piah dah mula merungut merepek apa semua sebab sedih tak dapat buat semua tu semalam, dahlah kena tipu huhuhu sedih! Nak buat macam mana, tak ada rezeki main parasailing kali ini.

By the way, kami tak rasa seronok sangat pun kat Tanjung Aru tu. Tak rasa amazed sebab kami balik Terengganu setiap kali keluar, mesti pergi pantai.................. Jadi perasaan keterujaan tu tak ada sangat. Mungkin ditambah perasaan sedih tak dapat pergi snorkeling 4 pulau, mood pun kelaut je masa di Tanjung Aru.

Pakcik kemudiannya bawak kami ke Pasar Filipina untuk membeli sedikit souvenir (sikit ke? ahaks!). Yang aku ingat aku beli kerepek kulit popia seaweed perisa balado dan ayam, SEDAP GILA KAY! BELI YA GAIS KALAU GI SABAH!

Ahaks banyak k aku beli

Siap beli gelang mutiara tau. Yang murah-murah je. Then beli keychain untuk kawan-kawan di Semenanjung (lol ayat macam duduk Sabah forever je). Selain itu, beli T-shirt untuk abang-abang ipar.

Pasar Kraftangan

Pasar Filipina tu bersebelahan Pasar Kraftangan tu je. Tak sure-lah pulak Pasar Kraftangan tu termasuk Pasar Filipina ke tak, tapi bersebelahan sahaja. Beli kerepek seaweed tu dekat Pasar Filipina.

Next, pakcik drive ke depan sikit ke arah waterfront. Yang ada IKK tu. Todak Waterfront mungkin nama dia. Kami pun bergambar-lah situ.

Penangan I Am Me sampai ke Sabah

Kami ada mintak tolong orang ambilkan gambar kami berempat, tapi....

Amende ambik gambar gini ni! x'D

Selain itu, aku juga tak henti photobomb gambar Kakti. Kihkihkih!

Hi, find Ipy

Masa tengah feeling feeling dekat waterfront tu, tetiba kami nampak pakcik bawak bot yang semalam tu. Semua dah membara membara api dah. Kami jeling and buat buat tak nampak je pakcik bawak bot tu.

And the guy had the audacity to freaking talk to us, "Maaf ya dik, aku juga tak boleh tolong sama kamu yang semalam itu." He said something about "bayaran mahal" but we didn't bother and continued ignoring him.

We took panorama of us

Since we saw that pakcik, we got really panas bontot-lah and we decided to get the hell out of that place. Terus beritahu pakcik Suari that we wanted to go to the airport. Flight ke Kuala Lumpur pukul 3.35pm but we arrived at the airport around 1pm gitu. Kikiki bapak awal.

Sebelum turun tu, kami ada moment sedih sikit dengan pakcik Suari. Kami kumpul la duit sikit sorang, bagi tip dekat pakcik. Pakcik Suari sebak dan mata dia dah berair! Dia lap lap mata dia. Aku masa tu dah sikiiiiiiiiiit lagi nak menangis jugak tapi buat-buat tolak troli. Orang lain PUN TENGAH MENAHAN JE SEMUA HAHAHAHAHAH RAPUHNYA HATI WANITA

Lepas tu kami ajaklah pakcik selfie, pakcik menolak mula-mula dengan kata-kata, "Eh janganlah. Pakcik tak layak bergambar dengan kamu," EH PAKCIK NI MASUK JELAH GAMBAR JANGAN BUAT KITEORANG LAGI SEBAK BOLEH TAK pastu pakcik kata lagi, "Pakcik bikin buruk gambar aja, pakcik orang miskin," PAKCIK BOLEH TAK JANGAN BUAT KAMI CAMNI

Kk, lepas kami desak tu, pakcik masuk jugak gambar. Muka pakcik sebak.

Terima kasih Pakcik Suari jaga kami di Sabah!

Mohon PIQAH PIAH KAKTI JANGAN DIZOOM MUKA PAKCIK TU K NANTI EMOSI PULAK!

OK, lepas tu kami masuk ke dalam terminal dan duduk kat kerusi dulu sebab nak sumbat barang yang baru beli ke dalam beg masing-masing; or in my case, sumbat ke dalam beg Piah! AHAKS! Dan Piqah. Hihihi! Nasib baik diorang ada kalau tak menangis-lah aku. Rasanya bagasi Piah tu 1/4 barang aku je. HIKS!

Kami kena uruskan sendiri segala bentuk check-in dekat Kota Kinabalu International Airport ni. Print baggage tag sendiri, letak beg atas belt sendiri, scan tag dekat bag and dekat tiket, semua kena buat sendiri.

Lepas dah settle semua tu, kami pergi cari surau dan solat jamak Zohor dan Asar. Lepak kejap dekat surau tu, baru masuk boarding gate. Kami beli makanan di Marrybrown untuk lunch.

Al kisahnya, flight delay lagi :') So, flight gerak dari KK tu around 4pm jugak and kami sampai di KLIA2 pada jam 6.30pm. Pergi Starbucks beli frappuccino, then pergi surau atas international gate tu untuk solat Maghrib and Isya' jamak. Dah settle semua, kami pun naik ERL/KLIA Transit ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk menaiki bas pulang ke Terengganu.

Sebelum ke TBS, aku ada tanya Piah, "Piah, dekat TBS ada tempat makan tak?" And then Piah dengan wajah penuh serius menjawab, "Ada! Ada kerusi lepas tu ada macam meja gitu untuk makan..."

Ipy:

Image result for why are we friends

Maksud soalan aku ialah: Kat TBS ada kedai makan ke tak? Huhu. Meja kerusi mesti-lah ada kan. Huu!

Kami dinner di food court TBS, makan nasi goreng dan ayam goreng, minum air semua kenyang kenyang before menaiki bas.

Dalam bas kami tidur dengan lena hinggalah sampai di Terengganu. Dan berakhirlah trip 4H3M Sabah kami. Huhuhu!

✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿✈✿

Wahhhh, dah habis rupanya pengalaman trip Sabah! Alhamdulillah tak payah postpone sampai tahun depan. Ahaks!

Special thanks to my mami and dedi bagi izin dan sokongan 100% kepada seorang Ipy untuk bercuti dengan para sahabat setelah sekian lama rancang. Also terima kasih kepada Kakak dan Kakngah dan semua adik-beradik yang sudi menyumbang sedikit sebanyak perbelanjaan ke Sabah.

Juga berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang ikut pergi trip ni yakni Sofiah, Syafiqah dan Athirah Nur (nama samaran Kakti gais) kerana sudi meluangkan masa bersama-sama serta menjaga kebajikan diri sendiri dan orang lain sepanjang trip ini. Terima kasih jugak atas segala jenis sokongan moral ketika melalui kesusahan hidup sepanjang di Sabah. TAK DILUPAKAN AINUL DAN ALYA WALAUPUN TAK DAPAT IKUT, AWAK BERDUA SENTIASA DI HATI ♥

Terima kasih jugak kepada Agency FS Muslim Urbanstay atas pakej yang disediakan.

Di bawah ni aku bagi secara kasar je kos perbelanjaan kami (seorang):

Tiket penerbangan AirAsia TGG - KUL = RM80
Tiket penerbangan AirAsia KUL - BKI - KUL = RM160
Pakej (driver, tempat tinggal, entrance fees) = RM580
Tiket bas KUL - TGG = RM45
Duit kena tipu = RM130/RM100
Total: RM865

Kami ada beli checked-in baggage 40kg (TGG - KUL & KUL - BKI) dan 50kg (BKI - KUL), beberapa minggu sebelum tarikh penerbangan. Beli online je, modify booking. Aku lupa total semua berapa ahaks.

Kami pilih untuk guna pakej lengkap dengan driver kerana KAMI MALAS NAK DRIVE K ESPECIALLY JALAN PERGI DAN BALIK KK - KUNDASANG, dan kurang mempercayai signal GPS di smartphone masing-masing. Kami sangat bersyukur tak payah drive sebab kalau drive, mesti akan barai teruk.

Sekian sahaja pengalaman pergi ke Sabah dari kaca mata seorang Ipy. Thank you, guys, for reading!

Comments

Popular Posts