Siswa Bokampong Gais!

Assalamualaikum, setelah sekian lama menghilang, aku kembali. Hehe.

Bulan Oktober aku sibuk dengan #inktober2017 walaupun tak siap ahaks!


Pada 3 hingga 5 November, aku telah join satu aktiviti bakti siswa a.k.a program kemasyarakatan gitu lah ke Kampung Simpang Gelami, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Program ni bawah kelolaan Saudara Athari (semorang panggil Tari je), budak kos Bahasa Arab. Program ni under Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan peserta terdiri daripada 40 orang pelajar, 20 orang budak kos Bahasa Arab atau singkatan dia BAS, 11 orang budak BEN (kos Bahasa Inggeris) dan 9 orang budak diploma TESL.

Aku memang belum pernah jejak Negeri Sembilan (melainkan that one time pernah sesat ke N9 padahal nak pergi Melaka lol), jadi bila Azira Aziz ajak join sekali, aku cakap ya je terus.

Awal-awal macam reluctant sikit nak pergi sebab 3 hari bulan tu merupakan starting cuti midsem. Lepas tu bila aku fikir balik, pergi jelah duduk rumah bukan buat apa pun kan.

KHAMIS, 2 NOVEMBER 2017

Kami bertolak menaiki bas UniSZA pada 2 November yakni hari Khamis jam 10 malam (lebih kuranglah) dari Foyer Asrama UniSZA. Ini merupakan kali kedua aku naik bas UniSZA, manakala first time aku naik masa minggu orientasi pergi masjid. Entah pape padahal dekat je zzz

Aku memang tak tahu durasi perjalanan (wah! durasi!) dari Kuala Terengganu ke mana-mana tempat di Malaysia ni melainkan KL, Selangor, dan Kuala Perlis, jadi aku bersedia bawak bantal untuk tidur dengan lena. Namun begitu, baru je aku nak tidur lena tetiba pengarah program selaku ketua program ada kat bahagian depan bas tu mengumumkan, "Okay semua kita dah sampai."

K.

JUMAAT, 3 NOVEMBER 2017

Kami sampai dalam pukul 6 pagi depan Balairaya Kampung Simpang Gelami. Balairaya dia berdekatan dengan Perpustakaan Desa, tadika dan masjid kampung tu. Sampai je, semua terus berpusu-pusu ke masjid sebab nak solat Subuh.

Dah siap solat Subuh, kami bawak turun segala barang dari bas sebab bas akan bergerak pulang ke UniSZA. Lepas dah letak barang kat balairaya, ada satu majlis kecil-kecilan gitu yakni penyerahan diri kami kepada keluarga angkat. Amboi, penyerahan diri. AHAKS!

Dari kiri: Sabareha, Azira, Jie, Nisa, Kak Zati, Ipy Pink, Nashwa, Ain dan Ibu

Aku dapat jadi anak angkat ketua kampung dan isteri, yang kami panggil Ibu dan Ayah. 10 orang ok anak angkat ketua kampung, 3 orang BAS, 4 orang BEN (aku, Saba, Azira dan Shak) dan 3 TESL. Yang tudung hijau tu Ibu. Ayah takde dalam gambar, padahal dia ada je kat tepi tu -_-

Lepas dah dapat keluarga angkat masing-masing, semua omak ayah angkat bawak anak-anak angkat pulang ke rumah diorang. Memandangkan kami 10 beradik, Ibu bawak naik Hilux. 5 orang duduk dalam, 5 lagi tersadai kat bahagian belakang tu.

Sesampainya kami di rumah keluarga angkat, kami disediakan tiga bilik. Aku dengan budak BEN duduk sebilik 4 orang, yang lain 3 bilik seorang. Dah settle letak barang, Ibu ajak makan. Maka makanlah kami 10 orang + Ibu di meja makan. Nasib baik muat. Rumah Ibu besar jugak-lah, maklumlah anak kandung Ibu pun dah 7 orang.

Lepas tu, Ibu and Ayah nak pergi Pekan Kuala Klawang. Eh tetiba si Sabareha dan Azira ni mengada nak mengikut. Aku dan Shak pun terjebak sama. Kami pun naik Hilux berhimpit kat seat belakang 4 orang pergi pekan. Belum mandi pulak tu.......


Kat pasar, ajak Ibu selfie depan kedai jual ayam. Ibu hantar ayam kampung yang diternak di rumah untuk orang kedai tu sembelih dan kerat. After that, pergi beli sedikit sayur mayur untuk anak-anak angkat yang ada sorang tu tak makan sayur hehe



Gambar diambil dari dalam kereta. Ayah steady je tak gerak kereta even lampu dah hijau, thanks Ayah! x)

Setelah round round pekan tu (Azira tadi je beria tapi tidur terlentang dalam kereta -_-), kami pun balik rumah dan........... tidur. Aku mandi dulu baru tidur, sebab tak nak berebut bilik air later on. Program seterusnya mula pukul 3 petang, jadi pukul 11 pagi tu aku rasa semua sedang beradu di bilik masing-masing. SIAPA TOLONG IBU DI DAPUR GAIS!

Tengah hari tu, semua bersiap-siap dan tolong Ibu masak (ye ke? ahahahaha) Ibu masak gulai lemak ayam kampung. SEDAP HOCCAY! Tapi...sebab sentiasa kebulur, lupa ambik gambar makanan. Dapnya!

Lepas semua dah ready, kami bergambar dulu depan rumah Ibu.

Kat kawasan luas tepi tu ada reban ayam

Kami dihantar oleh Ibu ke Balairaya untuk Majlis Perasmian Pembukaan Program Siswa Bokampong. Perasmi program ialah Ustaz Fauzi yakni pensyarah yang jadi pengiring kami sepanjang program ni.

Image may contain: one or more people

Selesai je majlis perasmian pembukaan, kami semua dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk pergi ziarah asnaf, setiap kumpulan diberikan satu rumah untuk kami melawat. Aku dan kumpulan aku dapat ziarah ke rumah Tok Imam kampung tersebut.

Sebab utama rumah Tok Imam merupakan antara golongan asnaf adalah anak Tok Imam. Anak dia dilanggar lari dan sampai hari ni memang tak tahu siapa langgar. Dah 16 tahun anak Tok Imam tu lumpuh satu badan. Mata je boleh gerak-gerak sikit. Kami dibekalkan sumbangan hamper untuk diberi kepada keluarga Tok Imam tu.

Wakil omak angkat (kanan) bersama isteri Tok Imam

Kami pergi rumah Imam sekejap je sebab yelah kan kita tak nak menyusahkan tuan rumah. Isteri Tok Imam sediakan kami kudap-kudapan dan air kotak sejuk sebab dia meniaga kedai runcit dalam rumah dia heheheheh! Seronok eh minum air kotak.

Selesai ziarah tu, kami berkumpul di Balairaya kembali untuk pulang ke rumah bersiap-siap untuk aktiviti malamnya. Budak kos Bahasa Arab ada program Bahasa Arab dengan pelajar SMK Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri (SMKDUSAJ) pada malam tu, dan budak BEN dan TESL berkumpul di Balairaya untuk latihan senamrobik dan bincang modul Bahasa Inggeris untuk pelajar SMKDUSAJ keesokan harinya.



Memandangkan gambar aktiviti budak BEN dan TESL di balairaya tak ada orang ambik, ni gambar untuk aktiviti modul Bahasa Arab di SMKDUSAJ. Diorang buat apa aku pun tak pasti tapi nampak macam main game ala-ala charades gitu. Versi Bahasa Arab. Tak tanya detailed pulak sebab tak sempat. Masing-masing dalam kelompok sendiri je.

Dah selesai semua, kami pun tidur dengan lena, menunggu hari esok pulak.

SABTU, 4 NOVEMBER 2017

Bangun pagi pukul 6, mandi, solat, breakfast dan siap-siap nak pergi ke kawasan depan masjid untuk Tarik Ongap (senam pagi). Benda ni lah kami duk berlatih pada malam sebelumnya. Ada 9 lagu kami guna untuk senaman/dance pagi tu. Aku sertakan sekali link youtube kalau korang nak tau lagu apa. Alang-alang nak cari lagu untuk Zumba ke senamrobik ke. Hehe

  1. Chicken Dance
  2. Ziguiriguidum
  3. Penguin Dance (cute namamps :p)
  4. Doraemon (come on guys takkan tak tahu)
  5. Para Para
  6. I Am Me (search sendiri thanks)
  7. Orang Bilang 

Senam pagi ni semua peserta Siswa Bokampong join, beserta dengan keluarga angkat dan penduduk-penduduk kampung. Semangat ok pagi-pagi! Aku suka menari-nari ni hahaha teringat kenangan jadi fasilitator kat PASUM dulu. Beria menari Xi Shua Shua, Mohabbatein, Generasiku and a few more songs aku lupa dah. Tapi Mohabbatein cannot forget la ahaks!


Lepas senamrobik dengan happy, semua budak BEN dan TESL terus gerak ke SMKDUSAJ untuk modul Bahasa Inggeris dengan diorang pulak. Malam sebelum ni dah modul Bahasa Arab kan, so awal pagi Sabtu kena hadap modul BI pulak kehkeh.

Before modul BI dijalankan, to kill time (some of us kena prepare tempat), Ikhmal & Hadri buat sesi senamrobik dengan diorang pulak. Apa lagi, fasilitator pun join sekali lah! Semangat menari hoccay!


The kids were so sporting and they really know how to have fun. Semua ikut je menari.

Akak garang

Untuk modul BI ni, kami semua dah berpakat nak buat explorace. Ada 8 check points (CPs). The objective of this activity was to make sure students learn English by having fun. Most of the CPs were English-related games, some were for team-building. Participating students (budak asrama SMKDUSAJ) ada lebih kurang 140, so we divided them into 10 groups.

1 group 14 members. Bapak ramai.

Ikhmal giving out passports to group leaders

Every group was given a passport (a folded piece of paper - each group different colour). Setiap penjaga CP akan sign kat pasport tu bila that particular group dah lepas CP tu. Penjaga CP akan bagi markah dekat group-group yang dah siap aktiviti kat CP diorang. Dah dapat 8 tandatangan, groups kena pergi balik starting point, markah akan dikira (first to finish gets bonus points la kan).


CP1: English Whisper + Tongue Twister

Image result for old telephone game

Game ni main dia macam telefon buruk atau radio lama. Orang paling depan dibisikkan satu ayat (a tongue twister macam she saw a seashell on the seashore tapi tak guna yang ni lah sebab people could just guess kan) oleh fasilitator, kemudian kena pass pass sampai ke belakang. Orang last kena bagitau fasi ayat yang telah dipass-passkan tu. Semua ayat dalam English.

CP2: Charades


Charades is.... charades. Ada beberapa kategori, tak silap aku: animals, occupation, verbs and a few more. One person is chosen to guess, while the others take turns to act out the clues. For example, the first word is monkey. The first person has to act out like a monkey lah kan, the guesser guesses right and then the next person in line (yes they formed a line) does the next animal, cow ke goat ke. If cannot answer, guesser says "PASS" and for the next word other person has to give clues.

OMG guys you've played charades before I don't need to explain panjang lebar ok

CP3: Jump Rope Reading

Jump rope reading is about skipping and...reading a text. Kena skipping sambil baca text yang dipegang oleh fasi. Kalau tersekat masa skipping tu, kena start over. Gitu jer.


CP4: Vocabulary Hunt

Game ni tak sure macam mana but from the name mestilah kena cari perkataan kan. Nama pun VOCABULARY HUNT. Diorang buat kat kertas, so aku tak tengok sangat-lah since diorang duduk berkerumun sesama sendiri.


CP5: Chant Station


Chant station ni setiap group kena discuss with each other and buat macam cheers untuk group diorang. And then kena present depan penjaga checkpoint yang akan beri markah. Yang ni takde kena mengena sangat dengan English learning. More to team building.


CP6: To Be Continued

Game ni ala-ala pemberita berkepala satu dalam rancangan Spontan. Cuma perlu ikut tema/cerita yang diberikan, bukan melalut lalut. Setiap group kena buat bulatan dan game ni berlangsung untuk dua round sahaja. In English, dan grammar kena betul. Kalau tak betul, potong markah. Kihkih

Image result for sing your heart out clipart
CP7: Sing Your Heart Out


For this one, two groups will have to battle each other. Fasilitator akan bagi one word, and then the groups take turns to sing any song that has the word given. For example, the word given is "one". Group A starts first and then one of them sings, "One, don't pick up the phone you know he's only calling 'cause he's drunk and alone." And then Group B pulak nyanyi. "I'm the one yeah I'm the one yeahhh I'm the only one." Hah gituw

CP8: Draw Your Mind


Game ni aku tak sure jugak sebab aku tak dapat tengok. Dah lupa dah masa orang explain since benda ni dah dua minggu berlalu ahaksssssss! Basically ada kaitan dengan lukis melukislah. Sorry tak membantu.



Aku bukanlah penjaga CP pun, aku hanyalah runner (amazing right, gemok gedempol gini jadi runner ahahaahah) tapi aku jadi cameraman jugak. Lantaklah man ke woman ke :P Aku bergerak dari satu CP ke satu CP untuk ambik gambar dan observe apa yang patut. Mostly ambik gambarlah.


Dah nak dekat habis, after 2 to 3 groups dah berjaya habiskan kesepuluh CP, maka fasilitator yang dah selesai jaga CP diorang pun berkumpul di dewan (starting point). Ikhmal selaku ketua modul BI ni gigih mengira markah di bilik PA system yang gelap gulita.


Lepas tu, ada sesi penyampaian hadiah yang disampaikan oleh cikgu sekolah diorang jugak. Semua kumpulan dapat hadiah tapi tiga yang pertama tu hadiah diorang besarlah sikit. Yang lain-lain saguhati je, tapi at least dapat hadiah jugak kan untuk penyertaan.

Dah selesai semua tu, kami pun bergerak pulang ke balairaya sambil ambil gambar together gether and the kids all balik asrama masing-masing.

Aktiviti seterusnya adalah bebas tapi Tari tiba-tiba announce yang semua akan pergi mandi sungai (lelaki) dan jeram (perempuan). Maka, kami yang perempuan ni berjalan kaki ke Air Terjun Jeram Gajah (betul ke nama dia ni). Ibu bagitau nama dia Jeram Gajah sebab ada batu macam bentuk gajah gitu kat situ.

Mencabar jugak jalan ke jeram tu. Not accessible by car, jalan kaki dalam 5 minit gitu baru nampak jeram. Lepas tu kena panjat panjat sikit untuk ke kawasan yang orang biasa mandi (I'm not used to this jadi tak tau panggil apa).

The only air terjun aku pernah pergi is Air Terjun Sekayu dan dah berapa tahun lamanya aku tak jejak tempat tu.

Masa kami kat sana, dia macam hujan hujan gitu. Ibu kata time lepas hujan kat jeram banyak pacat. HMMPHHHH saya sebagai seorang budak bandar yang tak pernah nampak pacat rasa sangatlah T________T so sepanjang kat jeram tu aku macam very the extra careful la and paranoid pun ada tetiba rasa macam ada benda kat kaki padahal takde pun!!!


Air jeram tu sejuk and nyamannnnn je. Since pergi pukul 11 pagi gitu, dengan cuaca yang nak hujan, memang extra sejuklah. Tapi kami mandi je walaupun sekejap. Setengah jam gitulah rasanya, kemudian kami berjalan menuju ke tempat kereta Hilux Ibu menunggu.

Sampai kat rumah Ibu, aku gi bilas kaki tetiba berdarah. Ahaks! Kena jugak dengan pacat seekor. Tak sakit pun dan tak nampak pun pacat tu. Tahu tahu dah berdarah. Then, kami masuk rumah, ambik giliran guna bilik air, mandi, ambik wudhu', solat dan makan tengah hari. Lepas tu kami tidur.............

Tak pernah lagi la aku ikut mana-mana program banyak gila masa tidur. AHAHAHAHAHAHAbye

Petang tu kami bersiap-siap nak ke balairaya lagi untuk Sukan Rakyat bersama penduduk kampung.

Ze cute kids (highlight sikit yang baju purple tu)

Budak baju purple tu suka zumba! Tetiba tengah makan-makan orang pasang lagu dia duk menari situ. Comel gila.

OK, untuk SUKRA (Sukan Rakyat), game pertama ialah passing tepung. Alah mak kepala otak dia la :')))) Namun begitu aku redho je main passing tepung atas kepala. Kena pass pass sampai orang belakang. Game ni takde apa-apa ganjaran pun, main tepung je takde pemenang pun :/

Sebelum (bahagia je muka)

Kucar kacir kehidupan (bersama tepung)

Hamboih tu dia

Untuk game yang seterusnya, baling belon berisi air. Yang ni kena ada partner. Aku partner dengan Fairuza a.k.a Shark. First round, jarak dua langkah dari partner. Shark baling belon kat aku. Orang lain baling kat partner masing-masing la takkan semua nak baling kat aku pulak. Yang mana belon pecah terburai, dikira out.

HELOKKK sangat lepas main tepung, main air pulak

Aku & Shark lama jugak lah bertahan. Ada sekali belon jatuh tapi tak pecah jadi on je lagi. Ending dia budak BAS menang. Azira & Sabariha second kot. Walaupun menang ke kalah, hadiah tak dapat jugak hahahahahahah sesaja je main untuk kegumbiraan :')

Gigih hoooo

Lepas tu, budak-budak umur 7 tahun ke bawah dipanggil masuk ke balairaya untuk game apa aku tak pasti sebab aku kat luar tengah mengah lepas main belon air. Main lempar belon je, over je nak mengah LOL

Permainan ketiga ialah pecahkan belon orang lain. Beberapa belon diikat di kaki, kemudian kena pergi berperang pecahkan belon orang. Yang ni aku tak main sebab aku memang tak boleh nak main belon berangin ni. Dia ada satu perasaan gitu yang mana kau rasa belon tu asyik nak pecah je dan kau tak boleh brain bila belon tu pecah entahlah panggil apa tapi bila aku describe gitu macam paranoia je HAHAHAHAHHAA


Dah habis permainan ketiga tu, ada cabutan bertuah. Cabutan bertuah ni ikut keluarga angkat. Ingatkan bila ada aku family angkat jadi tak bertuah, tapi kami dapat the grand prize okeh! Ahaks!

Ayah selaku JKKK penyampai hadiah

Kemudian, kami semua kena kutip sampah dan bersih halaman yang kena tepung tu, sebelum balik rumah masing-masing untuk BEREHAT (probably tidur lagi tu -_-). Balik kena sental tudung baju seluar la sebab kena tepung dan air huhuhuhu sambil-sambil berebut bilik air x'''D

Dah bersihkan diri semua, kami tolong ibu kat dapur sebab ibu-lah penyedia makanan untuk BBQ pada malam tersebut. Tak tidur dah kay. Pastu makan nasik sebab lapar sangat, lauk telur masak lemak (masak lemak lagi ya ampun gemokla saya ibu kk dah memang gemok bye) dan ibu bagi cuba rasa sambal budu YA AMPUN SEDAP GILA NAMAMPSSSSSSSSSSS TOLONGGGGGGGG SEKARANG NI KECURRRRRR AIR LIUR GUE TERINGAT SAMBAL BUDU T_T

Malam tu, kami berBBQ. Takdelah kami, budak lelaki yang bakar membakar. Yang perempuan bersimpuh bersembang dalam balairaya, dan tak lama lepas tu main rebut kerusi tu. Gambar BBQ takda tapi kami sempat merasa ikan bakar sahaja (yang ibu perap) dan sedap gilaaaa!

Selesai je BBQ, kami balik dan kemas-kemas barang sebab esok paginya dah nak kena angkat beg ke balairaya sebab dah nak balik dah.

Sambil berkemas, sambil bersembang. Then, kami tidur... Aku masa tu tak sabar nak balik dah hshshshshs dasar takleh jauh dari rumah lol

Pagi esoknya, kami tak berebut bilik air (aku la tak berebut hahahah orang lain taktau). Breakfast nasi goreng (sebenarnya aku lupa, ni aku taip dah bulan 12 ni huheuheuheuhe) kemudian gerak ke balairaya dengan mengangkut segala beg bagasi yang pelbagai saiz. Seperti biasa, rumah kami rumah paling lambat sampai balairaya. SORRY GAIS!


Sampai je balairaya, ada majlis penutupan untuk program ni. Ada Sir Kumi (Timbalan Dekan FBK merangkap lecturer aku jugak), Dr Zulazhan (Dekan FBK), YB Kuala Klawang (kot, lupa la!!! sebab dah lama huwaaa).



Ni semua duk tengok montaj gambar sepanjang program

Habis je majlis, kami semua bergambar ramai-ramai kat balairaya tu. Hihihi nah belanja gambar ngelast!


Selesai posing #SoaringUpwards tu kami semua BERLARI pergi kat tempat makanan sebab #sentiasalapar. Lauk hari tu ialah ayam goreng berempah, cendawan meme masak lemak, dan ada apa lagi lupa dah tapi ingat dua tu sebab sedap gila cendawan meme cendawan meme hshshshshsh sorry gila sikit

Bila perut dah kenyang, kami semua slow slow angkat beg letak dalam bas (yay bas UniSZA dah sampai!). Sebelum meninggalkan Kampung Simpang Gelami kami semua ramai-ramai ucap, "Timo kaseh omak ayah!" menunjukkan kami pelajar yang mengenang budi dan sentiasa muafakat (apa benda kau merepek fi). Ada beberapa orang yang tak naik bas balik UniSZA sebab cuti midsem diorang terus nak balik kampung dari Negeri Sembilan tu (atau memang kampung kat N9).

Maka, dengan itu tamatlah perkampungan kami di Kampung Simpang Gelami. Naik bas lama gila nak sampai UniSZA. Gerak pukul 2 petang macam tu, sampai pukul 10 malam, berhenti sekejap di Kijal/Chukai untuk solat Maghrib/Isya'.

ALHAMDULILLAH HABIS JUGAK ENTRI NI. DAH BERBULAN DALAM DRAFT! Boring sikit la sebab aku dah tak ada mood nak menaip. Ni tak boleh nak lelap jadinya sambung entri ni sampai habis.

Secara keseluruhannya (sorry la skema sikit), aku rasa program ni beri satu pengalaman yang bermakna jugaklah buat aku. Aku seorang budak bandar yang tak pernah rasa duduk di suasana kampung gitu. Even kampung nenek aku pun bukan macam kat Kampung Simpang Gelami tu. Aku memang dah lama nak merasa suasana kampung gitu, dan alhamdulillah dapatlah kali ni. Memang berbeza suasana. Aku rasa aku macam karakter perempuan dalam cerita klisye di mana dia anak orang kaya dan hidup selesa lepas tu kena rasa duduk kampung HAHAHAHAHAHAH

Related image
Siapa ingat Aku Mahu ke New York? HAHAHAH | Credit: THE W

Tapi sejujurnya, aku mula-mula sangat keberatan nak pergi program ni tapi bila sampai rumah ibu rasa ok dan geng-geng pun ok jer. Ada lah tak selesa kat situ dan sini tapi biasa la, nak selesa kat rumah sendiri la paling selesa #homesweethome kan :p

K dah habis! BYE!

Comments

Popular Posts