Minggu Bayi Sedunia.


Assalamualaikum ladies and gentlemen, oh, ada ke ladies and gentlemen baca blog aku nih? Ahaks, tak ada kot. Oh, gambar di atas ialah cuzzie-sayang-diew-tetat-tetat-eww aku, Acik Farha. Alah, bagi peminat setia blog ni (which is none -,-) akan kenal dengan sepupu I yang vogue lagi elegant ni (elegant ke? kfine) Dia cuti selama 3 bulan minggu dan berhajat membuang waktu di kampung halaman iaitu kat Besut, rumah nenek aku-lah.

But first of all, stay semalaman dekat rumah aku sebab baru sampai dari KL naik flight, so she stayed. Malam tu pergi jalan-jalan dengan Eye City Terengganu yang baru bina tu. Awesome-lah jugak sekarang. Dulu pergi tak ada orang pun, sekarang penuh pulak manusia --"


See? Aku tak tahu lah diorang tengah main apa, yang dia baling baling kat langit tu lepas tu pusing pusing then bernyala nyala. Wah banyak gila kata ganda hahaha. Semua kat sini pelancong ni, tourists gitu. Seronok jugak tengok tourists datang lawat Terengganu ni, bangga pun ada. Kalau main wau malam-malam lagi awesome. Nak best lagi letak glitter terang-terang dengan wau/layang-layang tu :D

So, kiteorang pun jalan-jalan. Ambik gambar dua tiga kerat. Ahem.


Korang nampak tak mata aku? Aku tak paham ah, adakah mata aku sepet? Asal aku senyum je mesti mata aku macam tu. Lepas tu semua orang akan usik aku kalau aku ketawa or gelak or senyum or sengih. Nampak macam tutup je zzz


Ini Acik. Lawa pulak pokok ni. Kuikuikui. Motif apa gambar ni pun aku tak berapa pasti tapi agak menawan lah. Terselah ke'elegant'an Acik di situ. Wahahahhaa


Pokok ni sangat comel, aku berkenan gila rasa nak buat balik rumah je -.- Tapi kalau buat balik kang nanti authority, polis, bomba semua pakat kejar aku pulak. Isy takmau aku xD

The reason why Acik tinggal semalaman sahaja (eh rojaknya ayat ini OH MY ENGLISH! xD) sebab keesokannya aku, Ummi dan Walid ke Kuala Lumpur untuk melawat Ablong, Kaklong dan baby baru dan semua orang lah yang ada kat sana. So kiteorang pun terbang guna sayap Edward bagi pinjam -_-

Hari Selasa tu Ablong buat majlis aqiqah untuk Asma'. Siap order catering seekor biri-biri lagi. Best gila kot dengan pepper sauce nya. Nyumm! Cuma aku agak errkk sikit masa makan tu, mungkin sebab makan sorang-sorang kot semua orang tinggal aku wuuuu Tapi sedap jugak, and of course lah sedikit sebanyak pepper sauce tu kena tudung aku. Grrr, dahlah favorite tudung of all time -.-


At last, dapat jumpa Muhammad si bambam (nama baru aku untuk dia) xD Sungguh tembam beliau sekarang, rambut pun lebat kemain. Muka dalam gambar ni tak boleh tahan tuh, serious pelik. Sebiji Abcik aku -.- Mata dia memang macam tu lah setiap masa. Bulatttt geramm! 


Ohhhh and dapat jumpa Bareera si comelll polkadots. Kuikuikui. Walaupun Kakak Bareera lagi tua dari Adik Muhammad, tetapi Adik Muhammad lagi berat -.- Oh, Muhammad sangat sensitif pipi beliau, jangan dicubit, pasti akan mencebik dua inci dan akan mula menangis -________-" Dapat gene siapalah tu! Mata as usual bulat jelah, walau dalam apa ekspresi sekali pun -.-


Hai Encik Mata Bulat Bambam


Ini Fifi the making bak kata Amuh aku. Zzzz. Tapi Cufi masa kecik dulu takdelah pakai rock macam ni. Si Zunah ni setiap masa pakai seluar dan T-shirt, rock bebehh! Cufi dulu pakai gaun je, ala ala girlish gitu, walaupun sekarang ni taklah girlish mana. Tak main la girlish girlish ni, walaupun setiap masa pakai pink, tapi tak semestinya yang pakai pink tu girlish, sama macam takkan semua lelaki pakai pink itu JAMBU? xD


Ini anak sedara sulung aku, Riaz Fansuri. Hei, jangan main-main, tinggi pada aku lagi sekarang tau! Dengan kurus kering takdak isi. Nanti umur 18 tahun, aku tak boleh nak bayang tinggi mana budak ni. Isy budak-budak lelaki sekarang ni, kalau tak tinggi 170cm memang tak sah. Kerat kaki kang -.-


Hanis Qaisara, anak sedara aku yang keempat. Walaupun agak laser tapi dalam ramai-ramai dia paling baik dan berjurus (yang lain jangan jelly) dalam kalangan perempuan. Abang dia memang agak matang dahlah, dah Form 2 jadi takdelah nakal sangat. Nice and genius...and a bit nerrrrdy. But it's okay la. Who cares. Darah daging aku, tak kira ah nerd ke apa ke, tetap keturunan aku (eh tuanya aku rasa sekarang ni).

Aku pun kira dalam golongan nerd jugak. Cuma kat sekolah aku tu tak tahu nak klasifikasi macam mana. Nak nak budak kelas satu, memang nerd semua, buku sentiasa kat tangan. Tapi most of budak sekolah aku nerd lah kot, sebab budak sekolah lain cakap budak sekolah aku ni kalau ke mana-mana, asyik pegang buuuku je. Eh ye ke? Yelah kot. Wahahha


Kek Kakcik buat, Umm Muhammad. Sedap gila weh icing rose dia tu. Nyum nyum. Makan sekali confirm nak lagi empat kali lepas tu gemuk -.- Dahlah dah memang gemuk. Alahaiiii nasiblah badan oiii

Eh korang nak tahu tak Lionel Messi sekarang dah bukan manusia? Tapi kini telah menjadi werebear, iaitu beruang jadian. Tapi sangat comel, siap pakai jersi lagi. Terharu I. Nanti FIFA 2014 bolehlah bertukar jadi werebear. Kasi menang Argentina woots! -_-


Tadaaaaaaaa! Messi The Bear! Aku snap je ni dalam bilik anak-anak buah aku yang perempuan tu. Dah aku tidur kat bilik diorang, dan kamera pulak asyik di tangan so apa tunggu lagi snap jelah xD


Petang Selasa tu, aku naik basikal keliling taman perumahan Mutiara Indah tu. Awesome gila kot. Aku naik basikal Ablong aku, Riaz naik basikal dia. Pergi bertiga, balik berseorangan xD Masa tengah tengah pusing pusing taman tu, Hanis dah tak larat, padahal tak sampai 10 minit, so dia pun balik -.- Aku dengan Riaz meneruskan ekspedisi pergi tengok-tengok rumah megah berdiri kat sekitar tu.


Ini pemandangan lah kot. Riaz jadi model all the time, tapi dia memang tak suka ambik gambar, so takyah ngengada ah nak ambik muka dia nanti dia ambik kamera aku lempar ke bawah naya aku -.- See how panjang he is? Macam stretch je semua benda. Sekali tarik semua jadi panjang zzzzzzz


Basikal depan tu aku yang naik tak main aa fixie fixie ni walaupun terlalu baca buku pasal pixie -_-

Masa malam aqiqah tu agak meriah la dengan semua orang datang ni, mostly kawan Ablong. Sedara mara belah keluarga aku pun ada. Ramai sangat baby comels! Sekali tu Ummi datang bagi seorang baby kepada aku dan Ummi pun hilang ke dapur. Aku memang tak ada klu sama sekali anak siapa, so jaga jelah. Nasib baiklah baby tu tak menangis. Dia nak menangis je aku buat dia menari-nari sikit. Baby tu dahlah tak boleh duduk lagi, takkan nak biar dia merangkak pulak xD

Dan Asma', di tengah kesibukan orang sambut aqiqah dia tu, sesedap hati je tidur dengan penuh lena. Dah lah kecik comel geram aku. Nak cubit cubit je sampai lebam. Oh mak sedara kejam xD


TADAAAAA! Bergaya tak Asma' tidur?! Dia memang suka tidur macam ni -_-" Macam Walid and Ablong tidur je. Semua orang kat dunia ni ada cara tidur tersendiri yang membuatkan orang kenal mereka. Kalau dah nama pun family, memang kenal lah cara bercakap, tidur, berjalan dan lain lain lagi. Kawan sendiri pun korang tahu dia jalan macam mana walaupun diorang 40km jauhnya, apatah lagi keluarga, ye dak?

Masa sebelum majlis aqiqah tu Ablong buat misteri tentang ada tetamu khas akan datang malam tu. Aku tanya lah siapa tapi dia tak jawab, berteka-teki lah kunun. Then petang tu Riaz pun cakap Nazrey Johani datang. Pecah rahsia kau, Ablonggg! Ngahaha. Tapi aku buat dek je, sebab aku tahu Ablong dah lama kawan dengan Nazrey tu. Takdelah surprise sangat. Kalau tetiba Ustaz Don datang mungkinlah eksaited sikit xD


Comelnya semua orang dalam gambar ni! Awww xD Aku memang awal-awal reject nak join gambar, entahlah kenapa maybe sebab tudung aku basah bagai berendam dalam air kolam kot -.- Zunahhh shangat comell masa ni! Haaa, korang nampak tak budak lelaki kecik yang comel habis tuh? Yang berdiri depan Nazrey? Itu anak dia! :3 CHOMELLLLLLLL


Tada! Tada! Tada! Nama dia Shafie atau panggil Acim. EEEEEEEE geram aku budak nih! Style malu-malu gitu, memang cute gilagila rasa nak pengsan terlalu gembira dengan budak ni. Aku dan Kakak memang peminat setia budak ni ah. HIHIHI si budak comel. Abcik pulak pergi buat lawak, "Pe'i!" dipanggilnya budak tu. Si Acim atau Shafie ni pun macam tahu-tahu je, jeling sekilas kat Abcik dengan muka agak confused tapi COMEL!

Grrr, ni buat aku nak adik ni. Gonna miss you, Shafie. Walaupun aku tak cakap mana pun dengan dia, just sengih sengih senyum senyum je kat dia. Aku kan pendiam dan pemalu tak bertempat hoho -.-

K ah, aku rasa sampai sini je kot. Tengok ah blog aku yang Hufflepuff punya aku baru update tapi tak nak tengok pun tak apa, macam aku kesah xD Aku tak pernah kesah kan kan kan #._.# Esok Sabtu, lusa dah sekolah. Hai cik mak kakak, aku duduk Terengganu, inilah nasib aku. Ahad dah sekolah okay. Yang bestnya, akan melepas rindu dengan kengkawan semua! Yang tak best? Kerja sekolah, etc -.- Tapi sebagai pelajar, itu dah jadi tanggungjawab kami, kan? Hiks! * gelak gedik lempang kang baru naya

Miss you gilagila, semua orang 

Comments

Popular Posts