Saya Malas Update Blog.
Assalamualaikum comel-comel sekalian. Lamanya aku tak update blog, rasa macam berhabuk sangat blog ni. Pfffhhh pfffhhh * tiup tiup habuk yang wujud tapi sebenarnya tak wujud pun saja je menambah perisa blueberry * 18 Mei 2012?! Seriously memang aku malas sangat nak update sekarang ni. Idea nak blogging tu dah makin kurang sejak masuk Form 4 ni dan asyik fikir soal hati dan perasaan je
Cuti cuti cuti! KEBIASAANNYA para bloggers ni, kalau time cuti cuti Malaysia macam ni, akan edit blog supaya nampak lain dari sebelum ni. Walaupun aku ni terdetik jugaklah sesaat dua, tak sampai pun sesaat, maybe 1/10 saat untuk edit blog ni, tapi tak sampai hati. Eh eh eh, bukan tak sampai hati, bukan, tapi teramatlah malas tahap orang yang malas naik Gunung Everest. Actually ingat nak tukar header je, nampak serabai je header tu, entah apa-apa. Macam siput #Hah, ayat Nad di situ :P
Start cuti, eh belum start cuti lagi, hari Khamis lepas, habis je waktu sekolah, aku angkut dua orang budak kuning dan hijau bawak balik rumah xD Iaitulah Auni dan Wani (sampai sekarang terbelit, terpeleot lidah duk tersalah panggil dua-dua orang ni). Aku invite diorang untuk sleepover kat rumah aku yang permai lagi indah lagi tersangat comel ni -_-" After Asar, dua orang budak oren sampai, 'Ainul dan Kakti. Setelah lima jam menunggu, sampailah budak putih bersih lagi suci iaitu Alya si ulat gonggok xD
Planningnya nak tengok cerita seram, so last sekali tengok cerita Death Bell lakonan Kim Bum * eyes shining xD *. Okay, cerita itu bukan cerita seram, tapi sangat ngeri dan menggerunkan. So, aku sarankan tak payah tengoklah bagi mereka yang kecut perut tengok darah or aksi-aksi ganas yang sangat melukakan sanubari nan murni. Dan warning kepada mereka yang dah tengok, sila jangan berikan harapan palsu kepada kawan-kawan diorang dengan mengatakan 'seseorang' tak mati dalam cerita tu. Kay?
Oh, err, sejak bila aku minat Korea ni? -_-
Eh, tak, aku minat Kim Bum je xD Sebab dia caring dalam cerita Death Bell ni. Ohhhh Kang Hyeon and Kang Yi-Na (eh! adik-beradik ke? -_-)! Diorang sweet tau, walaupun Ina tu agak buat jual mahal. Tapi tapi tapi kan, 'Ainul ruined the moment 8.8 Hanya mereka yang tidur di rumah aku sahaja tahu kenapa, tak pun mereka yang suka stalk Twitter kiteorang (yang mana mungkin tak ada, tapi ada cuma tak ambik kisah wuu). Huwaaaaaaaaaaa! * masih tak terima hakikat xD *
I taknaklah bagitahu spoiler kat sini, kang uols tak tengok pulak cerita ni. Ish, seram pulak aku tengok gambar Kim Bum ni lama-lama. Sengih semacam je. Aku first kenal budak ni dalam cerita Boys Over Flowers. Apaaa? Hang ingat aku tak tengok ka? Che' tengok tau, cuma che' tak bagitau laa dekat sini, kang orang chop che' sebagai peminat tegar Korea pulak. Setakat Boys Over Flowers tu, Abelong aku and family tengok -_-" Aku tengok BOF ni sebab temankan Kakak aku je, suka sangat drama Korea * huh *
Tapi, last sekali, aku yang tengok sampai habis, Kakak aku tidur dah mimpi sampai ke bintang pun zzzz xD Aku tengok sampai ke saat-saat akhir sebab nak tahu pengakhiran watak yang dilakonkan Kim Hyun Joong :3 Kan aku minat dia....dulu xD Sekarang ni tak sangatlah, sebab lama tak tengok dia berlakon. Last cerita dia Playful Kiss tulah, sampai Kakngah aku nak beli CD untuk aku dan aku cakap, "Tak payahlah, baik simpan buat beli benda lain duit tu daripada beli CD Playful Kiss. Kalau beli Merlin Season 2, 3 and 4 tak apa jugak." xD #Ayat terakhir tu tokok tambah je :P
Baiklah, kita sambung cerita Death Bell. Spoiler memang tak ada kat sini, cuma cerita itu telah di'chop'kan sebagai 'media massa punca utama penyebaran jenayah' oleh Debater kita iaitu Auni Baharin yang comel lagi shweet. Walaupun asyik tutup telinga sepanjang masa, tetapi beliau tetap tengok hingga akhir. Wani yang asyik baca novel pun tengok. Aku? Aku tengok dengan penuh tekun (sambil kat tangan buku Jauh Dari Cinta). Lollzz!
Tema sleepover kali ini ialah 'LOVE' or 'CINTA' or 'MAHABBAH'. Right, Auni? :P Semua orang baca buku cinta, kecuali Auni, tengok cerita romantik (bukan aku yang pasti), yang suka jiwang jiwang ni biasanya Kakti, 'Ainul dan Alya. Wani memang constant variable untuk experiment ni, baca novel berterusan tanpa henti (kecuali untuk makan dan solat). Kakti pun tanpa rasa bersalah baca tweets semua orang dengan kuat. Dan kiteorang ramai-ramai jadi stalkers >:)
Auni dan Kakti tidur semalaman je, sebab Auni hari Sabtu tu dia nak ke KL rumah grandma and grandpa dia :3 Kakti pun nak pergi ke kenduri sepupu dia hari Ahad, tapi parents dia tak kasi stay lelama. So, tinggalah empat orang iaitu aku, 'Ainul, Alya dan Wani (yang masih baca novel). Alya telah bertemu cinta sejatinya dengan Mr Ulat Gonggok yang duduk berdekatan lipas yang mati disembur Blacktop Cockroach Killer oleh aku sendiri muahahaha ;3
Kiteorang tengok cerita apa entah (ke tak tengok pun?), tapi kiteorang banyak mengusik itu ini antara satu sama lain. Wani yang static baca novel tu telah ditegur oleh 'Ainul. "Wani, boleh tak awak berhenti baca novel?" lalu Wani pun menjawab dengan nada biasa, "Okay." Dan beliau menyambung bacaannya sehingga pulang ke rumah pada hari Ahad -_________-" Aku baca novel Jauh Dari Cinta lagi, yang dipinjam dari Alya yang telah meminjamnya dari Aishah Munirah. Cerita itu sangat best....dan menyentuh hati xD
Eh jap! Kiteorang ada tengok cerita Sumpahan Kum Kum pada pagi Jumaat tu, dan semua orang agak menjerit dan ending cerita tu agak ASDFGHJKL. Ending Death Bell pun lebih kurang je --' Masa ketiadaan Auni dan Kakti beserta 'Ainul, kami sempat menonton Sesuatu Yang Tertinggal. Ending dia gila buat kami berdendam dengan semua cerita yang ada kat dunia ni -_- Dan kami tengok Death Bell 2: Bloody Camp yang sangat errr, ada beberapa part aku tak tengok sebab terlalu 'merah' dan ngeri T_T
Ehhh! Cukup enam orang! :D Walaupun sekejap je Auni dan Kakti dapat tidur, tapi tak apa, nanti akhir tahun kita ajak lagi! * erk, lambat lagi tu -_- * OKAY, setelah baca novel Jauh Dari Cinta, aku pun agak mengamuk sebabnya semua nama nak ganti I dengan Y, contohnya heroine nama Nysa. Huhh. Aku pun pergi tukar nama semua orang jadi Fyfy a.k.a Fatyn Athyrah, Aynul Munyrah, Nur Athyrah, Alya Aqylah, Auny dan Syazwany. Eww, geli kan?
Tapi, setelah diorang balik, dan aku sambung baca novel The Iron Queen, aku disakitkan hati sekali lagi dengan nama hero dia iaitu Ashallayn'darkmyr Tallyn. I'm like, "Tak boleh ke susah lagi nama tu? Nak sebut macamana tu?" Huhhhh. Tapi orang panggil Ash je, pffft. Dahlah aku tak berapa berkenan dengan hero dia tu, I love Puck a.k.a Robin Goodfellow :3 A Midnight Summer's Dream pulak tetiba kan? Hohoho, bangkit pulak hal William Shakespeare kat sini. I'm no literature girl :P
Actually, aku ajak Sofiah tidur rumah aku dah banyak kali. Cumanya....kakak dia tengah busy nak kahwin (dah kahwin pun alhamdulillah), hari Ahad baru-baru ni. Then, sepupu dia empat orang akan kahwin xD Aku tak tahulah sepupu dia tu ramai mana, sebab setiap kali cuti, ada je sepupu dia kahwin. Okay, actually esok sepupu aku kahwin jugak xD So esok aku akan ke Besut seusai Subuh.
Kakngah aku pergi Jepun TAK AJAK AKU. Okay fine, bukanlah aku nak ikut sangat, tapi aku boring gila kat rumah ni -_- Kakngah aku tak ada, tak bolehlah aku ajak dia pergi jalan-jalan. Biasa kiteorang suka jalan sama-sama, sweet sisters gitu xD And of course, setiap kali cuti kalau dia ada mesti akan ke Kuala Lumpur, pergi shopping buku untuk aku -_-v Tak pun pergilah memana tempat yang best, Kakak pun mesti ada sekali.
Dahlah abang-abang aku tak ada pun yang balik! So, forever alone kat rumah ni terutama weekends. Parents I pergi kenduri youuu, aku ni mana lekat pergi kenduri sebab ramai orang dan aku sangat awkward bila berhadapan dengan ramai orang >.>" Aku pun duduk rumah, baca novel English aku yang ada lapan bijik lagi aku belum habiskan. Hadoyaiii. Bilalah aku nak habiskan ni? Kalau novel Melayu, sehari boleh habiskan dua bijik xD
Aku akan bukak laptop ni malam-malam je. Sebab tak best on siang-siang sebabnya tak ada orang -_- Lagi satu aku nak fokus baca novel je. Sekarang ni aku dah habiskan The Iron Queen, tinggal nak tamatkan The Iron Knight je, and then I'm done with the series. Lepas tu aku ingat nak baca Forgiven or City of Lost Souls, tapi nanti The Power of Six, Passion and Silence rasa betrayed pulak, since aku beli diorang dulu. Forgiven dan CoLS baru sampai hari Selasa yang lepas xD
Yuuuhuuuuuuuuuuuu! Siapa nak tahu aku dah dapat anak sedara baru? Jejejejennggg! Anak kepada Abelong aku dan Kaklong! Perempuan jugaaak. Lelaki seorang je setakat ni, yakni yang sulung. Haihh, jenuh laaa si abang nak jaga adik-adiknya yang semua perempuan tu. Hopefully Abang, Kakak dan Abecik akan bagi Ummi dan Walid cucu-cucu lelaki dengan lebih ramai. Kakngah dan Amuh tunggu masa je nak bina masjid tu. Aku? Hamboihhhh, SPM tak lepas lagi tau! XD
Ha! Comel tak comel tak comel tak?! Nama seperti yang tertera, aku ingat nak panggil Lya je, sebab aku tahu takkan ada yang akan panggil Ulya, semua orang akan panggil Asma' je sampai ke besar. Aku nak panggil Lya supaya mengingatkan aku kepada kawan baik aku seorang ni, iaitu Alya Aqilah Hassan! Dan mungkin Lya akan jadi mangsa aku reka nama-nama baru seperti Lilish dan sebagainya xD Hisy, comel betullah mata anak sedara aku seorang ni, bangga Cufi tauuu :P
Aku dan adik-beradik yang lain berbincang dekat WhatsApp nak letak nama apa dekat baby ni mula-mula. Abelong dah memang nak Asma' kat depan. Aku pergi cadang Ainul Mardhiah lah, Iman Nadhirah lah, Fatin Athirah lah -__-" Mula-mula Abelong nak letak Asma' Sofiya tapi tak jadi, tak tahu sebab apa. Mungkin sebab Ummi aku cakap, "Nanti kuat ketawa." Okay sorry Piah, saya tak terkata :> Aku cadang Auni tapi memang tak ada orang layan -.-
FYI, Abelong aku ni takkan letak nama anak-anak dia pendek-pendek atau nama biasa. Semua anak dia nama pelik-pelik seperti nama beliau sendiri iaitu Azroul Shahrain dan isteri, Zolidiayanti (aku tak reti eja -_-). Anak sulung Abdillah Riaz Fansuri. Selain Jamal Abdillah dan Abdillah Riaz Fansuri, siapa lagi yang nama Abdillah dekat Malaysia ni, cuba korang fikir? xDDD Anak kedua pulak maybe biasa dengar, Rabiatul Adawiyah, itu pun yang paling normal.
Third pulak Saidatul Hannah. Haaa, kau pernah dengar? Tak, kan? :P Then, Hanis Qaisara, comel kan nama? Hihi, macam orangnya jugak. Then, kelima ni pulak Zunah Solehah, kau pernah ke dengar nama Zunah selama kau hidup ni? Tak? Aku pun sama -_- After that, Asma' Ulya... Kakngah aku cakap memang confirm confirm takkan ada orang panggil nama Ulya tu. Tapi, aku awal-awal memang nak panggil Lya :P Rindu la pulak dekat si Zunah yang montel lagi berpipi tembam. #Oh, Zunah ialah klon aku sekian (sumber: semua ahli keluarga -.-)
Wahah! Itik! :P Itik penguinnnnn :3 Toink toink toink~ Walaupun aku ada seribu satu masalah dalaman sekarang ni, tapi aku tak kisah, aku tenggelamkan masalah itu sebab aku ada Auni, Nad Ali, Alya, 'Ainul, Kakti, Piah dan kawan-kawan aku yang lain! Dioranglah yang membuatkan hidup aku kini ceria, dengan Percy, Peterpan, Cato etc. Walaupun mereka takkan dapat merungkai siapakah Cato setakat ini xD Tunggulah setahun dua lagi ye -_-
Missing Nad Ali very much XOXO Lama tak jumpa, biasanya berkepit macam belangkas kat sekolah Y.Y Berkepit tiga orang, aku si pink, Auni si kuning, dan Nad Ali si oren. Hari Selasa hari tu, pergi teman Auni bertugas dekat library dan kiteorang dilarang keluar dari library selagi Auni tak siap bertugas. Then, bila nak keluar dari library tu, punyalah mencabar sebab pelajar lelaki pergi block jalanan penuh berliku. Ouch, terasa itik! #Kenapa itik pulak nak terasa -_-
Love is a strong feeling TEEHEE ♥
Fifiey ni suka tulis panjang2 T.T Hai by the way :)
ReplyDeletecantikny blog awk.
ReplyDeletemana ade asma" ulya? Asma' jerrrr kan.....
ReplyDelete