Profesor Muda? Saya Dekan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


Tajuk entri profesor muda, tapi gambar kat atas profesor tua-tua belaka. Dah itu je yang ai dapat bila ai search dekat weheartit. Hmm motif tulis entri hari ni sebab tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana, tapi aku rasa lebih kepada perasaan yang negatif. Entah lah, tetiba nak terasa, padahal kat sekolah tadi biasa je, takdelah hard feeling segala. Kat sekolah maintain cool je sebab...dah nak buat apa lagi, takkan nak melolong.

So, dekat sekolah aku ni, adalah program mentor-mentee untuk Form 5 yang dipanggil Program Profesor Muda. Untuk setiap subjek, ada-lah dilantik mentor yang akan mengajar mentee, dan mentor ini dipanggil Prof Muda. Kiranya mereka yang menguasai subjek-subjek tersebut perlu mengajar kawan-kawan yang masih lagi lemah ini. Subjek yang ada Prof Muda ialah Bahasa Arab, Fizik, Kimia, Biologi, Add Maths dan Matematik.

Al kisah lah, senarai nama Profesor Muda diedarkan ke seluruh tingkatan. Dan aku dapat merasakan bahawa nama aku tak ada pun, sebab aku ni bukanlah boleh dikategorikan profesor lagi -_- Prof Muda ni diambil berdasarkan result akhir tahun, tak pun yang Sumatif 1 baru-baru ni. Aku memang awal-awal agi dah boleh agak, nama aku takkan ada. Sebab markah aku untuk semua enam subjek tu sangatlah mendukacitakan.

Dan tekaan aku tepat. End of story.

See? Takde apa pun. Saja je nak touching touching pulak -.- Aku okay je mula-mula, tapi aku tengok kawan aku seorang ni, macam sedih je. Aku tahu, walaupun dia tak kata apa-apa, tapi aku boleh agak dari reaksi dia. Hmm. Aku pun cakap dengan dia macam ni;
Tak pentinglah profesor muda ni. Biarlah tak jadi prof muda pun. Kita jadi dekan jelah. Kita belajarlah sungguh-sungguh sampai SPM. Tak kisah prof muda ke tak. Belajar je. Jangan ambik kisah sangat prof muda ni.
Aku cakap macam tu. Baik tak aku? Tu sebenarnya nak legakan hati aku yang juga agak sedih (aku sedih sebab tengok dia sedih, terasa macam senasib sangat T_T) Then aku teringat pulak ada guru tu cakap, "Untung tau jadi profesor muda ni. Untung sangat sangat. Dapat beri ilmu kat orang." OK. No hard feeling lah kan? Hmm. Tapi takpe, aku akan ikut cakap aku sendiri (rujuk ayat di atas xD). Lagipun aku rasa aku dah cukup busy --"

Tumblr_mjzbt6zhbs1rmge1so1_500_large

Dan aku memang takde bakat mengajar pun. I had enough, enough of teaching my friends xD Memang mencabar okay! Aku tak boleh, aku bukan seorang yang penyabar dalam mengajar. Or maybe benda yang aku paham tu lain dari orang, so kalau aku terang kat diorang, diorang tak paham, makin pening ada ah kot -.-" Aku OK je, serious. Cuma aku sedih terkenangkan si sahabat yang terkilan tak terpilih jadi prof muda.

OK lupakan profesor muda. Cerita pasal benda lain pulak.

So setelah kekalutan program prof muda tu berlalu, pukul 3.15 petang ada jamuan semua badan pengawas Form 5 untuk guru-guru yang dulunya guru penasihat badan pengawas tertentu tapi sekarang dah tak lagi. So kiteorang kena tunggu cikgu-cikgu habis meeting dalam pukul 4.00 petang macam tu ah. Sambil tu, MPP ambik alih majlis (padahal memang MPP pun handle majlis dari awal xD).

Mula-mula Fadlan si Presiden MPP bercakap. Cakap pasal kerja sama, ukhuwah semua pengawas and so so on. Aku duk meroyan situ, "LAPARRRR!" After that, Afwan (emcee) menjemput sesiapa sahaja yang ingin memberikan ucapan tazkirah or anything di hadapan. Memang tak ah muslimat nak melangkah ke hadapan sebabnya jarak antara stage dan tempat duduk sangatlah jauh. Awkward lah nanti duduk meroyan sorang sorang atas stage tu XD

Then, ada scene terharu-nak-nanges apabila Afwan panggil Fatih ke stage, dan mengucapkan Happy Birthday Fatih kerana hari Ahad baru ini birthday Fatih. Amir Khair pun wakil MPP menghulurkan hadiah kepada Fatih. Ohh semua orang terharu (yeke? XD) Dengan penuh perasaan pilu, Fatih pun peluk Amir Khair T______T Rasa macam nak menitiskan air mata, tapi itu tak macho lah, marah Wani. Lepas peluk Afwan pulak, Fatih pun berucap dengan ucapan yang aku kategorikan sebagai speechless. Memang ah speechless kalau terharu -.-

Tumblr_m3e0nyj5qt1r5njkm_large

AKHIRNYA, hampir pukul 4.30 petang, Fadlan pun memutuskan untuk semua orang makan. OK. Aku pun tengok je orang ambik makanan, lepas lima saat aku pun join orang ambik makanan. Nasi kukus ayam berempah ada nanas dan timun dan kuah gulai. Sangat sedap hingga makan Auni punya *sebab Auni malas nak habiskan sebab dia nak balik (?)*

Then, pukul 5 lebih lebih tu, start susun meja kerusi dalam kedudukan macam dewan exam. Aku tak sempat nak tolong sampai habis, aku terpaksa pulang jam 5.30 petang. Jadi tamatlah kisah untuk hari ini. Aku pun tak tahu motif aku cerita semua benda ni mungkin faktor mengantuk dan letih sehinggalah keluar segala perkataan yang macam-macam ni. Hopefully korang paham lah.

Sebab, dua tiga menjak ni orang semua dah tak paham ayat aku. Aku pun tak paham gak.

Okbaibai.

Comments

  1. eleh,dok jdi prof. mude pom mrkah addmath fifi tinggi dri org...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts