Marilah Mengundi, ohoi haii!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh
Memandangkan sekarang ni musim politik bagai, hari ni aku nak tulis sikit pasal politik. Sikit je, tak banyak. Sebab aku serabut sebenarnya. Dekat Twitter, dekat Facebook, penuh dengan BN, dengan PAS, dengan everything political lah. Aku sebagai seorang pelajar, masih bawah umur, tak boleh mengundi, jadi takyahlah politik sangat kat laman sosial! -_-
Okay, nama pun laman sosial, but please. Undi itu kan rahsia? Takyah lah menampakkan ke'obvious'an anda menyokong mana-mana parti politik. Aku bukan marah sangat, bukan anti-politik, cuma serabut tahu tak? Dengan fitnah berterabur sana sini, just untuk menjatuhkan politik pihak lawan. Come on, matanglah, budak-budak duk bukak FB tengok golongan dewasa duk lempar fitnah macam-macam kat orang yang tak disukai. Camtu ke generasi tua memberi teladan kepada generasi belia yang bakal memimpin negara? If that's so... no wonder... *sambung sendiri ayat yang korang rasa mampu disambung*
Ha, satu lagi ni makcik Fifiey nak membebel sesangat, perlu ke sampai semua tempat nak ada iklan tentang politik tuh?! Sampai setiap kali tengok video kat Youtube tu, ada jeeee iklan kat bawah tu -.-" Mengganggu ketenteraman jiwa nak tengok video. Dan lagi! Tadi aku bukak emel, tadaaaaaaaaa tengok aku dapat apa!
Tiga kali pulak tu hantar. Dahlah aku ni tak cukup umur lagi nak mengundi, kenapa susah susah hantar emel bagai? Masa aku tengok emel tiga biji atas tu tadi, reaksi aku macam "HUHHHHHHHHHHHHHHHHH?" Then aku trylah bukak satu-satu, rupa-rupanya semua isi sama. Adoyaii. Dan aku save lah untuk dipertontonkan di sini.
Kuatnya mengempen, sampai dekat budak-budak ni pun nak jugak. Sepupu aku umur 19 tahun dapat parcel apa entah daripada BN. Habis seluruh ahli keluarga tergolek gelak gelak mendengarkan cerita tersebut xD Mak sedara aku share kat group family di Facebook. Alahaii laaah!
Bendera sini-sana kat jalan raya. Cikgu aku cakap hari tu, "Jalan jammed ke? Ustazah rasa jammed. Jammed dengan bendera." Lololol. Tapi yang bestnya, tengok hasil seni pihak parti masing-masing. Setakat ni aku jumpa, kereta kebal, peluru berpandu, pelantar minyak, motosikal. Kreatif! Yang pelantar minyak tuh tak sangka. Hari ni tengok ada orang (buatan) atas pelantar minyak, esoknya dah takde! Ribut malam menumbangkan orang tersebut xD
Aku tak paham sangat pun pasal politik nih, penamaan calon, bla bla bla tuh semua. Aku malas nak ambik tahu, sebab kalau aku tanya takde orang pun jawab -______- Masa parlimen bubar hari tu pun aku macam 'kriik kriik' kenapa parlimen bubar, apa kena-mengena semua ini dengan mengundi? See? I'm so outside the lines. Cuma aku tahu dari dulu, orang gi mengundi kat sekolah. Lepas tu malam tu mesti orang semua sibuk tunggu keputusan. Hah tu jelah aku tahu -.-
Ada sekali tu, aku pernah tanya siapa entah, ataupun aku terbaca kat mana-mana, mengundi tu wajib ke tak. Tak pasti tulis wajib ke tak, tapi kalau sesiapa yang tak mengundi tu dia berdosa sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Mengundi tu untuk memilih pemimpin yang adil, yang menjalankan dasar-dasar Islam dengan betul, so kalau tak mengundi, lepas tu pimpinan jatuh kat tangan orang yang tak sepatutnya ke, akan berdosa... Macam tulah aku paham. Dah lama aku terbaca/terdengar benda ni, cumanya aku tak pasti. Aku rasa betul dah tu...
Jadi, sesiapa yang tak daftar mengundi lagi tu, cepat cepatlah berbuat demikian. Pilihlah, you have a choice. Ada orang tak dapat mengundi, terpaksa ke luar negara, or dah tempah tiket mengerjakan umrah. Tapi yang layak mengundi, tak daftar...? Ayuhlah jalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang berjati diri dan memilih pemimpin yang hebat!
Tah pape aku duk membebel pasal benda politik ni -_- Akulah mangsa politik! AHAH! Betul! Kerana politik, pelajar-pelajar yang lahir tahun 1996 dijadikan tikus makmal. First batch to learn EVERYTHING IN ENGLISH, and without mercy, they make us learn EVERYTHING IN MALAY after nine years of making ourselves adapted to English Science and English Maths! Bayangkan modul SPM tu kena buat in BM, just because...huh... Do you know well-developed is BERKEMBANG MAJU in Malay? I was like asdfghjkl.
So, kerana kami ni tikus makmal, kami ikut jelah rentak yang diberikan. Cikgu-cikgu pun terpaksa ajar in BM balik, kelam kabut jugaklah. Ingat senang ke nak menyesuaikan diri? And in fact, AFTER ONLY TWO FREAKING YEARS of SAINS DAN MATEMATIK, we're going to have Science and Maths back in colleges and universities. OK.
Alamak, teremo pulak xD
So aku geng Mat Luthfi ah kira? Jiwa kosong. Ngehngeh. Tapi jiwa aku tak entirely kosong. Hanya berjiwa kosong dengan benda bernama politik. Alerjik dengan politik yang kotor. Hmm. Tapi apa-apapun, pilihan di tangan anda! Siapa lebih ikhlas? BETTER NATION! Lololololllllllllllllllllllllll.
Aku juga kurang mengerti dengan anak-anak muda yang belum layak mengundi, taksub di Facebook dengan share status, post status berkenaan parti politik yang mereka sokong. Baiklah share benda lain daripada itu semua, menyerabutkan pandangan orang ramai sahaja. Aku benar-benar serabut. Bukan apa, bila nampak kejahatan yang dibongkar tentang sesuatu parti politik tu, muncul sangka buruk lah apa lah. Aku tak tahu benda tu betul ke tak. That's why lah. Tak best tengok diorang duk berpolitik kotor.
Kbaiiii, selamat mengundi! XD
Comments
Post a Comment