Oh nikmat!

Tumblr_mdav11kptq1qed3v1o1_500_large

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Assalamualaikum. Mesti korang pernah terserempak dengan lirik di atas kat mana-mana kan? Alah, takkan korang tak dengar lagu Najwa Latif. Siapa tak kenal Najwa Latif maknanya dia orang Singapura *eh* atau Thailand *eh jugak* atau Laos *sekali lagi eh*. Hahahaha. Okay back to Najwa, nanti kang menyempang jauh pulak, tersebut pulak nombor 3-0 marah peminat-peminat Harimau Malaya. Aummm! Ngehngeh.

Ceit, aku bukan peminat Harimau Malaya. Aku tak minat bola Malaysia. Too much stupidity. Banyak sangat politiknya. Tak pasal-pasal prestasi merudum. Pffft. Um, cik kak? Awak nak cakap pasal Harimau Malaya ke nak cakap pasal apa ni? Uh uh. Okay okay, sorry. #Ini dinamakan monolog luaran, study literature please

Baiklah, usah kita berbicara tentang Harimau Malaya kerana tak lari harimau dikejar *peribahasa fail*. Sila korang tenung dan hayati bait-bait lirik lagu Najwa Latih tu. Tajuk dia AdaMu kan? Okay wait. Kalau korang nak tahu, aku ni jenis manusia yang dengar lagu not based on music, tapi lirik. First time pun, aku mesti hayati lirik. Aku amati lirik. Kalau lirik aku tak suka, confirm aku buang jauh ke dalam semak berhampiran Singapura *eh*. Hahahaha.

Tumblr_m6t4hsfqrp1r1z303o1_500_large

Nikmat.
Tahukah anda? Sebenarnya hari-hari kita dapat nikmat daripada Allah. Ya ya, saya tahu anda sudah menyedari tentang hakikat ini. Nikmat kehidupan, nikmat harta, rezeki dan macam-macam lagi. Saya tahu ramai yang menyedari, tetapi tak ambil kisah. Hah, teringat pulak kisah program tautan hati bersama-sama adik-adik di sekolah tempoh hari. Akh fasilitator merangkap sahabat saya yang mengendalikan program itu bertanya;

"Sekarang pukul 9.30 pagi. Siapa di sini yakin yang dia akan masih bernyawa pada jam 9.32 pagi nanti?"

Diam. Tiada jawapan. Malah akhowat fasilitator (termasuk saya) pun diam. No one put their hands up. Terfikir sejenak kata-kata akh tersebut. Alhamdulillah tiada yang berani angkat tangan. Tiada yang dapat bagi jaminan bahawa dia akan hidup dua minit kemudian. Dan alhamdulillah juga, setelah dua minit berlalu, semua yang berada dalam program masih bernafas biidzinillah.

Nikmat nikmat...
Hari ini kita dapat bernafas tanpa sesak kan? Dapat berjalan tanpa terhincut-hincut, bukan? Tak sakit pinggang, tak sakit belakang, tak sakit kepala kan? Alhamdulillah hari ini kita masih dikurniakan kesihatan. Bayangkan mereka yang sedang bertarung dengan penyakit mereka? Anak-anak kecil yang seawal usia sebulan sudah ditimpa penyakit? Allah... Besar ujian Allah untukNya. Tetapi kita? Masih boleh berada di depan laptop untuk baca entri lagi, kan...?

420990_438419799550190_271919584_n_large

Adalah satu kisah ni. Budak perempuan ni kaki dia macam terlipat gitu masa tengah main dengan kawan-kawan dia. Then seminggu jugaklah tak boleh berjalan. Mula mula panggil tukang urut, dia cakap sebulan jugak ambik masa untuk sembuh. But last sekali pergi kat doktor, doktor bagi painkiller dan beberapa lagi ubat. Alhamdulillah lepas seminggu dah boleh berjalan seperti biasa. Sakit ngilu sikit je. Tapi nak cerita masa seminggu dia tak boleh jalan tu;

  • Terpaksa solat atas kerusi, memang tak boleh duduk antara dua sujud T_T
  • Tak dapat pergi sekolah dan mengalami kebosanan melampau di rumah -.-
  • Toilet rumah dia tinggi dari lantai sebelum pintu masuk toilet (macam ada tangga), so satu hari ni dia nak masuk toilet, tak tahu nak buat macamana, dia try guna dua-dua kaki lepas tu dia terjatuh depan pintu toilet tu HUWAAAA KESIAN DIA! Tak ada orang pulak tu di sekeliling dia, last sekali dia bangkit dengan linangan air mata (ini betul tak tipu) sebab kaki yang sakit, dan melompat sebelah kaki masuk toilet :')
  • Kalau nak jalan ke mana-mana kena guna satu kaki sahaja dan melompat-lompat ala-ala kanggaru (bukan Kang Gary eh?)

Oh sungguh tak best perasaan sakit itu. Masa tulah budak perempuan tu baru terfikir tentang orang yang lumpuh, ada penyakit berkaitan kaki yang tak boleh jalan. Sobs sobs. Allah...masa tu baru nak terfikir kan...? Selama ada nikmat boleh berjalan tak pernah terfikir, kan? Identitas budak ni dirahsiakan kerana takut Aditas akan mengamuk. Eh pulak.

Baiklah. Allah dah bagi kita segala macam nikmat (yang kalau saya list kat sini jenuh la awak semua baca entri saya ni sampai pengsan), apa yang kita perlu lakukan?

"Ucaplah alhamdulillah, syukur kita kepada Allah." Haaa, gitu Raihan nyanyi. Tak susah pun, kita hanya perlu melahirkan rasa syukur kepada Allah atas segala kurniaannya ini. Ketahuilah setiap kurniaNya hanyalah pinjaman semata-mata. Kelak nanti akan kembali kepada Pencipta semuanya. Kalau Allah nak tarik bila-bila masa sahaja kerana Allah itu Maha Kuasa...faham kawan-kawan comel sekalian? Perasan lettew -.-

Tapi kebanyakan manusia sekarang ni tak reti nak bersyukur. Tak reti ke buat-buat tak reti saya pun kurang arif -.- So kita janganlah jadi 'kebanyakan manusia' ya. Kita tukarkan 'kebanyakan' tu jadi 'hanya segelintir'. After that kita boleh achieve stable octet electron arrangement kepada 'tiada', so ayat dia jadi macam ni, "Tiada manusia sekarang ni tak reti bersyukur." Jeng jeng jeng. Jadikan itu satu realiti! OHYEAH. #SemangatItuPerlu

Jadilah umat Islam yang cemerlang. SHRINGG!~ *bunyi pedang*


Nikmat paling besar ialah nikmat Islam 

Comments

  1. thanks fifieyy sbb sudi update blog akhirnye! hewhew :3 ye, sy mmg pembaca yg chomells xD

    ReplyDelete
  2. Piqah ah tu hor komen kat atas --'

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts