Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.


6 Mei 2013. Tarikh macam familiar je? Hari Guru? Muahahaha lambat lagi tuh --" Jadi, berakhirlah sudah Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia atau nama singkatannya PRU13. Dan dan dan.... slogan #IniKalilah perlu dikuburkan untuk sementara waktu. Sabar ya, penyokong-penyokong PR yang setia! Untuk kali ke-13, BN memenangi pilihanraya dengan kemenangan tipis, tahniah diucapkan.

Sebelum 5 Mei 2013

Kalau diikutkan dekat timeline Twitter, news feed Facebook, para penyokong PR semua bersemangat, berfikiran optimistik dan inginkan perubahan! Tak dinafikan, aku sendiri pun sibuk duk tweet sokong PR apa semua. Hihihi. Nak buat camane, dah otak sudah dicuci dengan warna hijau. Ada jugaklah aku duk tweet kenapa aku tak sokong BN, tetiba line internet rumah aku putuih. Haktuih sangat rasa masa tuh -_- Tetiba BN disalahkan di situ hahaha xD

Aku nak tweet, hari tu ada-lah aku berbual dengan seorang rakan aku tuh. Tentang politik. Mula-mula aku masih tenang. Mari kita ikuti perbualan kami;

Kawan: Saya rasa BN takdelah teruk sangat.
Aku: Ye ke? Hmm...
Kawan: Sebab BN dapat majukan negara dengan baik selama ni. Teknologi semua...
Aku: Tapi PAS janjikan pemerintahan Islam untuk kita.
Kawan: Saya rasalah, kita bukan perlukan pemimpin yang kurang jahat, tapi pemimpin yang dapat majukan negara. Lagipun BN pentingkan kaum Melayu.
Aku: Habis tu kita ni Melayu dulu ke Islam dulu? Melayu nombor satu ke Islam nombor satu? Or Islam nombor dua?
Kawan: Tapi kita kat Malaysia ni Melayu tu Islam. So sama-lah.

Okay sampai situ je petikan perbualan kami. Aku tak jawab dengan rancak ah sebab aku tak nak ah nampak 'bias' dengan PR, aku try jadi neutral. Ayat "kita bukan perlukan pemimpin yang kurang jahat" tu macam tak betoi jer. So korang nak pemimpin kita jahat ah? Kira kita ni boleh pilih pemimpin yang jahat? Allahurabbi -_- Kan ke tanggungjawab kita untuk pilih pemimpin yang adil? Dan siapa cakap pemimpin PR tak boleh majukan negara? Dah kita sendiri pun tak bagi peluang untuk mereka tadbir negara ni, nak cakap macam-macam pulak.

Large

Cuba tengok Kelantan. Adakah negeri mereka mundur? Orang yang tak pernah pergi Kelantan dan cakap Kelantan tu mundur sebenarnya orang itu ialah darat terlampau sangat. Aku dah cakap sebelum ni, aku paling benci orang kutuk Kelantan. Korang tahu tak, Kelantan tu maju, lagi maju dari Terengganu? Dan aku yakin Kelantan tu bumi yang penuh keberkatan sebab bila sebut Kelantan, kita akan bayangkan keadaan yang tak mundur, tapi dalam masa yang sama taklah terlalu maju. Tapi sedang-sedang sahaja.

Seriyesli aku cakap. Aku tak tipu dan aku tak bias. Kelantan tu diperintah oleh kerajaan PAS dan tak mundur. Bagi sesiapa yang ingat Kelantan tu mundur ke apa ke, please ko pergi tempah tiket bas ke kapal terbang ke, sila ke Kelantan sekarang. Even aku pergi Kelantan five years back, aku masih ingat keadaan kat sana tu lagi osem pada Terengganu ni. EVEN THOUGH TAK ADA CINEMA KE HAPE KE.

Diorang siap buat qiamullail beramai-ramai lagi woiii dekat Kelantan, di saat semua penghuni Malaysia sedang nyenyak tidur. Yep, that's rakyat Kelantan. MUNDUR sangat KAN? Tsk. Orang yang bangun qiamullail ni Allah bagi kekuatan jiwa hangpa tau dak? Malam diorang buat qiamullail tu, aku dan batch form five sekolah aku pun buat jugak. Tapi bukan untuk PRU, untuk SPM kami. Hehehehe.

And then there were those tweets from Norman KRU. In case korang tak tahu, pergi ah search sendiri dekat Twitter or Google ke. Kudos to Faizal Tahir for giving the most appropriate answer in the world.


And hari dan malam 4 Mei 2013, aku tengok timeline, news feed semua penuh dengan PR punya supporters. Cuma ada seorang hamba Allah dari batch aku ni yang duk sibuk nyokong BN -_- Tapi takpe, it's okay. Hak masing-masing nak sokong sesiapa pun. Tapi bila aku bagitau Kakti, Kakti dengan selambe dek jawab, "Kalau saye ah kan penyokong BN, saye malu nak tweet macam tu sekali. Dah terang-terang kot semua orang sokong PR kat Twitter tu...." OK.

Pada 5 Mei 2013

Large

Lol. Macam-macam ah aku dengar, baca pada hari mengundi ni. Dakwat kekal tak kekal lah. Bangla pengundi hantu lah. Blackout secara TAK sengaja lah. Huhu. Kesian SPR dan BN kena kutuk tak henti sepanjang hari. But whatever. The most important thing is....semangat penyokong-penyokong PR yang tak henti-henti berdoa dan berharap. Terharu rasa :')

Pasal isu dakwat kekal tu, aku boleh simpulkan something;
Dakwat kekal tu hanya kekal pada jari orang BN, dan tidak kekal pada jari orang PR. Kerana setakat yang aku lihat posts di Facebook, rata-rata penyokong PR mengatakan dakwat itu tidak kekal, manakala penyokong BN siap post lagi gambar dakwat kekal pada jari mereka yang sudah sedikit tanggal sebenarnya tetapi mereka masih mengatakan ia kekal. So, kalau nak tahu kekal ke tak, kena tanya diri kita penyokong PR ke BN. Hahaha.
Siang tu takde apa-apa yang berlaku. Cuma malam tu, masa tengah tunggu keputusan tu. Memang lama gila kot. Puh-lease. Janji pukul 8 malam, pukul 12 tengah malam tak umum-umum lagi wey apa kejadahnya baq hang! Kat Twitter kata lain, keluar TV lain pulak. Not that I trust the TV 100% but they are still the most reliable source we have *yea right*.

And malam tu aku rasa macam bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh sebab semua orang duk tanya aku soalan sama "Fiey, esok sekolah ke?" dan aku selaku bakal PM ke-7 pun mengulangi jawapan yang sama kepada semua orang yang bertanya -_______-" Then dekat Facebook tu ada orang tanya, kawan aku jawab, "Cuti ah kalau PR menang..." pastu yang tanya tu tanya lagi, "Kalau BN menang?" aku pun apa lagi, terus menghentam dengan lembut, "Orang PR tahu keputusan PR je... Keputusan BN, tanya orang BN ah." sebab yang tukang tanya tu aku nampak dia duk nyokong BN je kat Twitter wahaha kejam -_-

Keputusan tak keluar-keluar jugak. Ramai yang membuat andaian SPR mengira undi dengan menggunakan teknik Gwiyomi. Peace. So mari kita berterima kasih kepada Tony Stark -.-

Embedded image permalink

First time aku tengok gambar Tony macam ni, aku gelak bagai nak rak. Huduh benar muka! XD So aku pun buat ler gambor ni. Malangnya takde hasil. Lepas aku buat gambar ni pun masih takde lagi keputusan. Pukul 12.30 aku tidur, still takde keputusan. Hmmm tidur dalam keadaan redha jelahh.

Selepas 5 Mei 2013

6 Mei: Bila aku bangun Subuh tu, aku check mesej dari Kakti berbunyi;
Molek2 menang... Blackout...peti undi baru... Kire smula.. Bn menang... Oh what the chicken --'
Aku memang tak pergi sekolah hari ini, sebab nak hantar parents pergi epot, diorang akan mengerjakan umrah huuuuuuuuuuuu tinggallah aku bersama Kakngah dan Amuh di rumah ini :'(( Sad Phyphy is sad -_- Jadi selepas breakfast, aku bukak Facebook. Wahai.......... aku rasa sedih sangat. Ramai gila kot post status tentang ketidakberjayaan PR T_T Harapan dimusnahkan begitu sahaja. Kerja aku pagi tadi hanyalah duk nge'like' status jelah. Huk huk huk :'(

Antara status yang meruntun;


Mana tak emo aku tengah scroll news feed tu. Lepas scroll down, habis part politik, aku back to top and read everything all over again. Bangun bangun tidur pagi tadi pun Kakti call, meluahkan rasa tidak puas hati dan kesedihan. And then after that mesej-mesej dengan Sofiah. Adohai. Parah betul anak-anak muda sekarang ni. Umur tak cukup nak mengundi tapi sokongan padu tu sangat utuh.
"Kalau kita kalah, kita kena bertenang, itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaitu kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang." - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Ingat, k, perjuangan belum tamat lagi. Apa-apapun, jika kita nak kerajaan Islam mentadbir negara kita ni, kita kena mulakan dengan diri kita dulu. Islam tu agama yang syumul dan kamil. Kita kena belajar Islam, cuba hayati Islam. TAK TAHU, TANYA. Cuba ubah diri kita. Jangan tuding jari kat orang lain. InsyaAllah jika diri kita ini boleh dibentuk menjadi seorang yang berakhlak mulia, kita akan jadi contoh teladan kepada orang lain. Ingat 7 tingkatan amal :D


Dan pada hari ini jugak (6 Mei) aku tertanya-tanya, kenapa dekat Facebook tu ramai pakai display picture gelap takde gambar? Aku mula-mula tak dapat detect lagi, tapi dah tahu ada kena-mengena dengan PRU13 neh. And then tetiba...lampu mentol menyala! Ops! DP gelap tu diibaratkan sebagai BLACKOUT! Yang terjadi semalam tu -_- Lolololol.

Aku pun sebenarnya tak paham apa maksud blackout tu, peti undi baru blablabla. Seriyes tak paham. Tapi bila orang bagitau secara teori, aku boleh tangkap maksud diorang. Cumanya....takde bukti yang jelas. Yelah, orang SPR jelas itu ini, but sometimes susah nak percaya sebab kepercayaan telah dikhianati sebelumnya. Macam belajar tentang saksi. Kalau saksi tu bagi kesaksian palsu, kesaksian dia takkan diterima selama-lamanya dah.

Sebab dah terbiasa menipu orang, jadi orang susah nak percaya. Berilah bukti atau kata-kata apa sahaja pun, susah dah orang nak percaya. Mesti akan ada orang cakap bukti tu EDIT lah, SABOTAJ lah. Memang takkan lari daripada semua itu. Sebab itulah kemenangan BN dipersoal. Always. Even diorang bagitahu yang betul pun, susah orang nak percaya sebab kepercayaan dah banyak kali dikhianati. Tengok jelah kat TV, macam-macam duk kata kat PR, tapi langsung tak bagi chance untuk PR bersuara di media massa.

But still, walaupun kita dah banyak tahu tentang BN ni, kenapa diorang masih lagi berkuasa? Sebab masih ada lagi rakyat yang sokong diorang.

Photo: Ini Kalilah! let's go...

But it's okay, kami PR dah biasa tak menang dalam PRU. So kami dah ready mental and fizikal. Cumanya, sebab rakyat dah kebanyakannya memilih BN, diharapkan BN dapat menepati janji-janji manisnya yang dibuat sebelum PRU13. Pulihkan kepercayaan rakyat terhadap anda. Aku tengok banyak orang duk tweet, post status "Kan best kalau BN dan PAS bergabung... BN jaga hak Melayu, PAS jaga hak Islam." See? They post things as simple as that, but it's never simple and it never will be.

Kita nakkan perpaduan berlandaskan Islam...tapi kita berusaha ke, ke arah itu? Takpe ah, apa-apa pun benda dah berlalu. Hidup mesti diteruskan sebagaimana biasa. Tertarik dengan kata-kata Inche Gabbana: Jika benar mereka zalim, menipu dan menganiaya, wahai, Allah kan ada....? The word 'jika' means something. APG always knows how to make people feel good :')


InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, in five years time, 2018, I will be one of the voters! :) Berpakat doh ni ramai-ramai! Harapnya istiqomah!
Hari ni, aku memang tunggu masa air mata nak tumpah tapi tak tertumpah. Sebab apa air mata aku tak tumpah? Sebab aku rasa sangat lemah jika aku nanges. Dan bila kita kalah, kita taknak nampak lemah. Kita kena tunjukkan yang kita ni kuat dan akan bangkit untuk PRU14 nanti, insyaAllah. Harapannya semoga anak-anak muda masih lagi setia dengan PAS/PR dalam masa 5 tahun ini. #IniKalilah masih boleh digunakan untuk tahun 2018 nanti. #Lama kot lagi 2018, undi pos undi pos T_T


Hadoi hai. Semangatnya aku post entri ini. Biarlah, biarlah. Nak khabarkan kepada dunia bahawa, walaupun aku ini belum layak mengundi, tapi aku berhak memberi pendapat dan sokongan! Aku berhak memilih, sebab apa, sebab aku dah mumayyiz, dah boleh beza baik dan buruk. Dan boleh beza kaca dan permata, insyaAllah. Cuma...ada satu perkara lagi.

Aku takde hal dengan orang yang sokong BN. Seriyesli takde hal. Okay je, hak diorang nak sokong sesiapa pun. TAPI! Apabila statement diorang menyokong/membela BN tu ibarat menegakkan benang yang basah, that, my brothers and sisters, I cannot accept. My logic doesn't register that much rubbish. Dah terang-terangan salah dan orang cakap salah, masih lagi nak betulkan! Bukan-lah dalam semua perkara, tapi dalam sesetengah perkara yang dah memang nampak salah. Terang benderang lagi salah.

Ada ke cakap pengundi hantu tak wujud? Dah jelas kot perkara tu sejak sekian lama. Takkanlah tetiba je kot wujud istilah "pengundi hantu" jika pengundi hantu betul-betul tak wujud? Takkanlah mat mat bangla ditangkap hampir di semua kawasan mengundi kat Terengganu ni? Amboi. Kalau takde angin, pokok tak bergoyang, cik kak abang oi. K, malas malas malas nanti orang banned blog aku ni arghhh! XD

Kalau internet putus kat rumah ni sebelum dan hari mengundi, tahu apa aku cakap?
BN potong internet kita sebab tahu kat sini ramai orang PAS. -pembaiki internet kat rumah-

Large

Entri ini berdasarkan mata pemerhatian seorang anak muda yang belum mencapai umur layak mengundi, mempelajari sedikit sebanyak daripada peristiwa Pilihanraya Umum yang ke-13 dan berharap yang terbaik daripada kerajaan. Selamat mentadbir negara dengan penuh telus, adil dan saksama.

Done PRU13, we'll wait for PRU14, but before that.... SPM13 -.- 

Comments

  1. Sedap ayat ni..

    "Kan best kalau BN dan PAS bergabung... BN jaga hak Melayu, PAS jaga hak Islam."

    ReplyDelete
  2. "Ya, tak dinafikan di Kelantan pembangunan tak sehebat negeri2 lain, mungkin sebab itu digelar negeri yg mundur. Tapi sekurang2nya kami diajar dan diasuh dengan AGAMA, adanya kuliah Jumaat, solat hajat, bangun awal pagi utk bermunajat bersama pemimpin kami TANPA PAKSAAN atau bayaran dari pemimpin kepada rakyat. Di sini, model2 wanita di papan iklan WAJIB bertudung. Ya, ramai yg cakap rakyat Kelantan pun ramai yg tak bertudung tapi sekurang2nya kerajaan negeri berusaha tangani. Saya membesar disini, lalui semuanya disini. Disini aman je walaupun orang luar cakap Kelantan mundur, tapi saya tak nampak dimana kemunduran itu.Tak kaya dengan pmbangunan takpe, asal tak miskin dengan ilmu agama. Syukran TOK GURU kerana memimpin dan mengasuh rakyat Kelantan dengan sehabis baik. Halalkan segala ilmu yg diberi untuk kami amalkan. I ♥ U, TOK GURU. Semoga ALLAH merahmatimu.

    -kau tak hidup disini, jgn sesekali kau hina. kau tak kenal dia, lebih baik kau diam."

    ayat ni Isya copy dari post ni >https://www.facebook.com/photo.php?fbid=480328752039469&set=a.144683298937351.35029.100001870451868&type=1&ref=nf

    ekcelli as rakyat kelantan, banyak yg sy nak luahkan.tapi sy tak reti la nak buat ayat sedap2 macam orang laen. cuma mampu menganggukkan kepala bile jumpe ayat2 macam kat ats tuh.

    btw, tahniah fifiey sebab berfikiran terbuka.. sebab ramai orang sekarang ni minda dah tertutup oleh uang, kesenangan, dan pembangunan moden. sehinggga sanggup ketepikan pembangunan Islam dan sahsiah umat Islam di negara ni.

    ape pun, kami di Kelantan bersyukur kerana masih diKekalkan dibawah pemerintahan Ulama'....

    *sori la, malam ni mood tulis komen panjang2. hehe...*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts