Salam Ramadhaannnnn!
Assalamualaikum.
Hari ini dah masuk hari ketiga Ramadhan, dah dua hari kita berpuasa penuh. Weeheee. Nyaman je rasa bila Ramadhan masuk. Nyaman sebab takyah sibuk-sibuk nak makan kan XD Okfainggg, perasaan tenang tu tetiba je menerjah apabila masuk bulan Ramadhan. Fikiran pun clear je bila nak buat something tu. Alhamdulillaaaaaaaaaah. No more dendam dendam or pendam pendam perasaan bila masuk Ramadhan ni *kriik kriik*. Hahahaha.
Sebelum masuk bulan Ramadhan, aku ada konflik sedikit. Yang post sebelum ni yang la tahzan tu -.- Entah kenapalah aku emo sangat dua tiga menjak ni, tapi tak apalah konflik tu dah selesai. Aku dah berjaya memaafkan. Kenapa hati aku keras sebelum Ramadhan, tak pasti....kriik... Tapi teringat-ingat lirik lagu Jamal Abdillah "Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu yang aku maafkan kamu, tolong teruskan hidup jangan sebut namaku" wkwkwkwkwkwk tapi macam kejam sangat je so...biarlah, aku paksa jugak diri aku ni memaafkan.
Kadang-kadang apabila orang buat salah dengan kita, susah bagi kita nak beri kemaafan tu, lebih-lebih lagi bila hati dah terasa sangat-sangat.. Biarlah susah, biarlah sukar, namun biar kemaafan itu tetap ada.. kerna kemaafan itu terkadang bukan dari hati.. Hanya kata yg terlafaz di mulut yg sering menipu.. Kerna kemaafan itu tidak semudah menyanyikan lagu "Aku Maafkan Kamu" by Jamal Abdillah.... Terkadang kita perlukan masa untuk memaafkan... Ambillah masa.. Fikir.. Biarkan kemaafan itu membuat kita tersenyum nanti.. -dedicated to me, so that I terasa pffft-
"Biarlah susah, biarlah sukar, namun biar kemaafan itu tetap ada, kerana kemaafan itu terkadang bukan dari hati, hanya kata yang terlafaz di mulut yang sering menipu."
Setelah aku pikiaq masak-masak, aku rasa aku maafkan jelah. Sebab orang tu baik *wakakakaka*. Yelah, bila aku pikir-pikir balik, selama ni dia bukan selalu buat salah dengan aku. Inilah orang selalu kata (dan selalu buat), orang yang selalu buat baik kalau sekali buat salah, terus benci. Mungkin ada explanation yang munasabah kenapa orang tu terbuat salah. Jadi, aku let it go dan cuba terbitkan keikhlasan dari hati untuk maafkan dia. *wah ayat* XD
Macamlah salah dia tu besar sangat. Tapi. Ada tapinya. Salah dia tak besar mana. Tapi banyak tersangkut, terkait dengan perkara yang membuatkan aku terasa, kecewa dan sakit hati. Okay tak nak ungkit nanti marah balik. Wakaka. Lagipun dia dah mintak maaf. Dia made the first step, so if one apologised, why wouldn't we forgive them? Sedangkan Rasulullah ampunkan ummat, apatah lagi kita ni....manusia biasa je.
Diorang semua ni, terutama Nad, Kakti & Irfan, banyak membantu, topping the list is Nad. Oh Nad Nad Nad Nad!!! Entahler macamana nak describe perasaan kat diorang ni. Kakti lah yang teruk sekali keadaannya, terpaksa melayan kerenahku yang emo bagai. Habis semua nak bersangkut paut dengan perkara yang sama wkwkwkwkwk I'm sorry Titioittss!
Sebab dah masuk bulan Ramadhan, jadi aku tak nak bermusuhan dengan sesiapa, bermasam muka dengan orang yang baik *wkwkwkwk*. Biarlah benda tu semua lepas, selesai. Jangan simpan dendam.
Alya said: ....saya percaya hati awak lembut....
Nad said: ....awak bukan pendendam....
Thank you everyone! And happy fasting! May this Ramadhan be better than the last one. Let's fill this month with doing the sunnahs and good deeds. Yay! Hayati Ramadhan kali ini, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Sungguh rugi orang-orang yang membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. InsyaAllah Ramadhan kali ini penuh makna. Moga Allah Redha.
Round and round and round ♥
Comments
Post a Comment