2013

Assalamualaikum.

2014 | via Tumblr
takyah cari pun gambar ni, dah terpampang depan sekali kat weheartit.com

Fuhhhhhhhhh, it's almost 2014. Berdebar tak? Apa kejadahnya nak berdebar -____- Aku tak rasa apa-apa, tapi rasa jugaklah sikit. Dah tua aku ni. Uhuks. Lepas tu, orang lain pi sekolah esok, aku tak pergi dah. Kengkawan 0913 pun duk rilek saja di rumah, or pergi kerja. Aku, of course lah, menganggur -..- Semalam baru je lepas praktikal 3 jam untuk lesen memandu kereta. Asek drift je aku ni, tak reti nak brek, kata cikgu aku. Huahuahua. Pastu bila brek, brek agak mengejut, cikgu tengah cakap tepon masa tu. Kesian cikgu. Hahaha.

Sepanjang 2013 ni, banyak jugaklah yang aku belajar. Of course la, setiap tahun banyak benda yang kita belajar. Belajar dalam kelas tu yang pasti, sebab 2013 aku masih bersekolah. Tapi bukan tu je, yang aku belajar erti hidup ececewahh ayattt! Family, friendship, school, usrah, leadership, struggle, studies, ups and downs, betrayal dan macam-macam lagi. Benda-benda ni semua akan jadi berharga untuk aku, pengalaman untuk aku jadi matang. InsyaAllah. Moga-moga dapat bantu aku nanti, dengan izin Allah.

Dan 2013 ni, penutup bagi aku sebagai seorang pelajar sekolah, lepas ni dah tak sekolah dah. Masuk IPT lah pulak (oh my I sound so old xD) Five years in SMKA Sheikh Abdul Malek, 2013 is the final year. SPM pun aku dah. Sekejap gila masa berlalu. Rasa macam semalam *oh typical ayatnya!* baru masuk kelas 1 Jauhari Sekolah Kebangsaan Kepong dan nanges-nanges tak bagi Kakak balik. Ahahaha ingat lagi tuh. Mestilah. Ingat lagi crush dari darjah 1 sampai darjah 6 wakakakakakaka kbai xD

Form 5 ni aku semakin rapat dengan Kakti, aku tak tahu ah kenapa mungkin sebab...ahahahahahah gelak la gelak -_- Entah ah, rasa maca terlebih rapat je, walhal selama lima tahun kat SHAMS tu tak pernah pulak kiteorang sekelas. Tapi tahun ni, kalau stres, nak nanges, apa-apa je, mesti dia datang kat aku. Aku ni dahlah jenis keras bendul sikit, tak reti nak pujuk, tapi takpe, pinjamkan bahu je pun dah cukup enn? XD Aku tak biasa nangis kat Kakti sebab dia pun tak pandai pujuk xD Aku jarang nangis 2013 ni, sebab aku tough dah sekarang *muka tough gila. jpg* xD Kalau aku nangis pun, aku gi kat 'Ainul dulu, sebab dia pandai pujuk owang :3 (Kakti jangan sentap pls? XD)

2013 ni jugak aku sedar, manusia boleh jadi sombong dan different bila dia tengah sibuk kejarkan sesuatu yang betul-betul dia nak. Contohnya, belajar gila-gila hardcore sebab dah nak SPM, sampai kawan pun layan macam tak nak layan je. Asyik nak marah-marah, sebab tensen. Padahal sebelum ni mesra dan friendly je. Huhuhu. Mungkin aku kot suka main-main sangat. Takpe ah, aku tak kesah pun. Aherrherr padahal kesah jugak sebenarnya tapi malas nak panjang-panjangkan, lebih baik diam dan buat taktau jer. Nanti okaylah balik. Hihihi.

Lagi...apa lagi ek? Oh, aku sedar jugak, aku ni sama je dari dulu. Tak berubah pun. Oh okay mungkin dulu aku TERLEBIH GEDIK sikit. Gedik yang macamana tu? Aku gedik dengan diri sendiri. Kalau korang tengok diari aku yang dari sekolah rendah sampai form 4, boleh dikatakan aku rasa nak bakar lah diari-diari tu semua. Even kalau terjumpa diari sekolah rendah tu, aku cepat-cepat je letak kat tempat yang aku dan orang lain tak nampak. Aku sendiri pun malu nak bukak, let alone someone else yang nak pegang. No way. Don't touch my past. XD Alhamdulillah sekarang aku lebih rasional dan...hah, biasa-biasa je. Tak gedik. K.

Mujurlah aku ni gedik dengan diri sendiri je, tak gedik di khalayak ramai. Kalau tak, mesti aku menyesal tak sudah -____- Tapi kalau korang tengok entries aku yang Form 1 dan Form 2, mesti korang rasa nak tampar aku sekarang. Aku mintak mahap bagi pihak diri aku yang dulu. Aku nak nyanyi sikit eh, supaya korang tak terasa nak tampar aku, "Aku yang duluuuu bukanlah yang sekaranggg..." k aku taktahu lagu tu lagu apa, tapi Ummi aku selalu nyanyi -_- Dulu, alah, tak matang lagi. Bebudak hingusan lagi. Biasalah. Baru masuk sekolah agama, bajet gila aku dulu. Bajet alim. Zzzzzzzzt enough, Fifiey xD

Kalau korang nak tahu, aku ni, in real life, takdelah pandai sangat bercakap. Kalau diajak berdebat, confirm aku ni tak menang. First, aku kurang ilmu. Adalah jugak, tapi even yang aku tahu pun, aku tak pandai berdebat. Kedua, aku memang tak suka berdebat, lawan kata-kata ni. Bising. Hohohoooo. Aku prefer diam je, sebab...entah ah. Memang jenis aku macam ni kot. And kalau ada apa-apa perkara yang aku tak setuju, aku diamkan jer. Biasa aku diam. Kalau aku bersuara pun dekat besties aku. Tu jer. One more thing, kalau orang kata apa-apa kat aku, aku pun diam jugak. Tapi, kalau ada orang sakitkan hati aku masa aku tengah moody, haaa.... Orang tu takde apa-apa pun, aku tak bertindak balas. Kawan-kawan baik aku la jadi mangsa, habis aku meluah perasaan kat diorang. Biasanya macam ni jer, kat chat;
Aku: tsdysuifhdsgarwjpgoheriafpioaihoersijfd[erpwihjdfgp
Bff 1: Why Fieyyy
Bff 2: Fiey u ok?
Aku: shsofidshoupoia[fudhofjkdshrwupogtk'dfs;lhghdfklgdfsg'losfd
Bff 1: ...
Aku: dshogsdigugpojhgsiiorw[euewrtoi[erwghwthgio
Kalau kat sekolah pulak, macam ni;
Aku: *masam mencuka tak layan orang*
Bff 1: Fiey awok ok dok ni?
Aku: Hmmm
Bff 2: Bakpe ni?
Aku: Adop mende.
Bff 3: Kalau ade masaloh, cite ah..
Aku: Adop mende, dakyoh care ah.
Sometimes
Bff 1: *cakap dengan aku*
Aku: *ignore*
Bff 1: k. *blah*
-_-

Haih, banyak kenangan 2013 ni. Tak terkata. Manis ada, pahit ada. Masam ada, masin ada. Crush aku? Wahahahaha. Nasib baiklah sekadar crush, setakat ni tak jatuh cinta lagi puiiiiiiiiiii xD Alhamdulillah, aku masih single dari dulu sampai sekarang. Syukur sangat. Aku dan kawan-kawan baik semua. Ya, kami memang baik dan sengaja tunjuk baik kami single dari duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! Weeeeeeeeeeeee~ xD Tapi gataiiinya tu adalah sikit. Ehek. But kalau korang tanya kengkawan aku, siapa paling gatai, mesti diorang jawab aku. Huh. Whatever -_- xDDD Aku tak pernah ngorat, OK! K tu jer. Kiteorang define 'gatal' tu lain. Peace.

Studies? Hehe. Aku rasa result aku bertambah okay. Meningkat dari mid-year ke trial. Alhamdulillah. Aku harap SPM jugak dapat 100% A+. InsyaAllah dengan izin Allah juga semua tu :) Kadang-kadang aku down jugak dengan result aku, tapi aku bangkit jugak, sebab semua orang keliling aku support aku. Biasa aku mengadu menangis dengan kawan-kawan, dengan family aku tak berani, sebab aku bukan jenis open. So dioranglah yang akan nasihat aku itu ini. Kekadang tu sampai gaduh pun ada (Hai Alyaa! XD) Dan tahun 2013 ni mengajar aku untuk belajar, menuntut ilmu bersungguh-sungguh, jangan main-main! Sebab untuk dapatkan sesuatu, kita tak boleh sambil lewa jer. Dan JANGAN. SKIP. KELAS. Masuk universiti nanti, insyaAllah, aku tak nak jadi apa-apa dah, tak nak pegang jawatan dah, aku nak study sampai aku dapat jadi doktor yang berjaya. Dan kalau boleh, kalau rezeki Allah bagi, aku nak lanjutkan pelajaran selama mungkin di Ireland. My biggest wish. Doakan ek, korang.

Auni dapat masuk Darul Quran. Hafizah lah seorang kawan aku tuh. Alya terpaksa ke PLKN. Huuu. Aku sedih gila diorang nak tinggal aku dah. And jealous, Auni dah dapat sambung belajar. Even more jealous tengok budak MRSM yang dapat lanjutkan pelajaran awal ke UK states, huuuuu gila engko tak jeles. Aku duk rumah ni tak tahu nak buat apa. Nak study ok, nak study. Aku nak tebus balik kesilapan aku ponteng kelas dulu. T________T Aku nak studyyyyyyyyyyyy huuuuuuuuuuuuuu. I miss studying, a lot T_T Haih. Ni lah kan orang cakap, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. Allahu, takpe, pisang takkan berbuah dua kali, insyaAllah! >.<

Esok dah sekolah, Terengganu tak ambil cuti tahun baru. So, aku rasa kepelikan sebab aku takyah sibuk-sibuk tidur awal, gosok baju, gosok tudung pa semua, tengok jadual, susun buku teks. Esok takyah sibuk, ada perhimpunan ke tak, bawak blazer tak. Takyah SMS tanya ustazah Hanita, takyah mesej Nadhirah Ali, or terima bertubi-tubi mesej dari Nad. Dan takyah forward mesej Nad tu kat semua MT aku, hahaha. Rileks je aku ni. Kosong jer. Kosong~ Kosong~ ong ong~ Huhuhu. Those moments you left behind, you're gonna miss every bit of them. True, true. Haih, sesibuk mana pun aku dulu, aku tetap rindu kesibukan itu. Hmm :')

2014? Azam? Hmm. Entahlah. Menjadi lebih baik dari diri aku yang 2013. My 18th birthday is approaching, and...uh, that age kinda doesn't fit me. Ahahahaha. K. Salam cinta dari aku untuk semua pembaca blog ni. Sayang semua orang, thanks for staying tuned throughout this year, walaupun aku tak hapdet mana, sibuk study ler katakan. Huhuhu. Doakan aku, berjaya di dunia dan di akhirat. Dan impian aku untuk dapat 11A+ dan melanjutkan pelajaran ke Ireland seterusnya menjadi doktor, tercapai. Love you all. Terutama yang setia dengan blog ni, yang tak jemu baca, even aku selalu bajet cakap BI. Tapi post ni tak, OK. Hahahaha.

Tootles, assalamualaikum.

Bismillahirrahmaanirrahiim, 2014. 11:59pm, the last day of 2013. Love and respect.

Comments

Popular Posts