Hidup orang dah dapat lesen kereta

Assalamualaikum

Dah lama tak update ye kat sini. Saja tiru Alya sebab dia pun tak hapdet blog dia jugak. Dengar kata nak update tahun 2081, tu pun saya tak percaya mana. Agaknya dia akan extend sedekad dua lagi tu.

Cetttt.

Alhamdulillah, I had my JPJ test on 16th March 2014 and aku lulus dengan jayanya oyeah! (tak jaya mana pun, berdebar nak luruh jantung nasib baik encik JPJ tu baik dan orang Kelantan dan pakai spek mata hitam xD). Nak bagitau betapa semangatnya aku ni ha, keesokan harinya tu dah pergi pejabat JPJ nak buat lesen.

Kuciwa gua bila kakak staf tu cakap, "Adik kena tunggu 3 hari dulu..."

...........................................

Dahlah pergi pukul 8.00 pagi! Then balik tu pergi mana entah -_-

Lepas tiga hari, yakni hari result SPM, aku keluar rumah sebelum pukul 8 lagi sebab nak pergi buat lesen. SEKEJAP JE WA CAKAP LU! Dahla takde orang sangat. Tapi tang ambik gambar tu leceh la. Tak kira satu dua tiga pun tetiba "Ok adik boleh duduk dan tunggu nama dipanggil ye" and I was like "K."

And thereeeeeeee, finally I got my car license dan semenjak hari itu, Fifiey tak pernah duduk rumah lagi....

Melampau engko, pergi airport ambik anak sedara la, pergi UMT la, pergi rumah 'Ainul, rumah Kakti, rumah Piqah, rumah Piah. Bawak semua orang gi jejalan. Bawak Aishah pergi pantai.

HAH! Masa hari Khamis baru ni, Piah dan Alya ajak pergi pantai. And thennnnnn aku pun drive gi pantai tup tup tersekat pulak kereta dalam pasir apakah!!!!!!! Aku pun tak tahu kenapa aku bawak sampai dalam pasir, k.

Masa terlekat apa semua tu, semua orang (aku, Piqah, Piah and Alya) tak lah panik mana tapi duk gelak guling guling tak tahu punca -_-" Then ada satu kereta putih ni lalu en, Alya dan Piah lompat lompat lambai lambai mintak tolong. Tapi kereta tu tak berhenti pun.

Piah: .... *muka konfius*
Alya: Pak cik tu angkat tangan je ke saye. *muka sedih dan kecewa*

Aku: What?! Angkat tangan je?! Apa, dia ingat dia artis ke?!!??!

Huwaaaaaa takde orang tolong xD

Tapi beberapa saat lepas tu, Alya tahan seorang pakcik yang tengah naik motor ngan anak beliau dua orang, dan seorang lagi pakcik dari pondok nelayan sampai.

Yang sedihnya, masa takde orang tolong tu, aku, Piah dan Alya yang tolak kereta melampau dahlah pakai baju kurung jilbab apa semua x))) Nak tambah drama lagi, tengah hujan separa lebat. Habis la basah kiteorang semua ni. Syafiqah selaku pro bawak kereta yang duk tekan pedal minyak semua benda.

Pakcik yang dua orang tu tolak kereta terus gerak tau! Hairan aku, masa aku Alya Piah tolak kereta tu tak berganjak walau seinci tau takkkkkkk.........!!!!

Alya: Masa pakcik tu tolak kereta, saya rasa macam lemah sangat.

Aku: Lemah sungguh wanita ni kan xD

Alhamdulillah pakcik berdua tu tolong. Pastu nak lagi memalukan, masa pakcik yang bawak anak-anak tu lalu depan kereta aku lepas tu, aku tertekan hon. Pakcik tu gelak je -..-

Masa minggu sebelum tu, aku keluar dengan Piah je. Pastu aku bawak kereta terkena lubang, habis terpelanting rim tayar belakang belah kiri!!!!! Aku tak tahu ah, ni semua salah Piah! Salah Piah! XD Asal naik dengan dia, ada je something yang tak boleh blah berlaku xD Masa aku naik ngan 'Ainul dan Piqah takde pape pun! Huuuuuuuu xD

Harini pergi rumah Kakti. Abang dia yang sulung kawen. Sekarang ni, all her elder siblings dah officially married. Next one in line is definitely KAKTI. Kakti cepat la kawen, cepatla cepatttt! xD

Ok sekian sajaaaaaaaa~

Comments

  1. Wahhh.. Kalau first time memang seronok kan! Hihi.. Amboi, salahkan kawan tu pula bila jadi apa2 ya! Hikhik! :D

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak je cerita kereta tu haihhh.
    Hehehehe kakti cepat kahwinnnnn hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts