Mak dan ayah.
Kerap kali kita tengok
Kita baca
Kita perhati
Pasal mereka
Ada yang kita baca
Kisah ayah yang sanggup redah hujan naik motorsikal
Semata-mata nak bank-in duit untuk anak-anak
Walaupun baki belanja untuk dirinya hanya seringgit dua
Tapi biarlah, demi anak-anak
Ayah sanggup berlapar
Ada yang kita dengar
Perihal seorang mak ni
Tertunggu-tunggu anak-anak semua balik
Bila semua dah balik
Gembiranya hati mak
Mak masak sedap sedap
Anak-anak makan sampai kenyang riang
Kemudian mak kat dapur kemas kemas
Dan mak tengah makan kerak nasi
Biarlah mak makan kerak pun
Asal anak-anak mak tak lapar
Dapat makan mak masak
Banyak lagi kita dengar
Mak dan ayah
Yang berkorban dari kita kecik sampai dah besar macam lori (ouch)
Tu baru kita seorang
Kalau adik-beradik ada 10?
Kalau ada 12?
24?
Basuh berak kita
Pastu kita muntah atas diorang (-_-)
Nak ajar kita berjalan
Ajar kita bercakap
Nak didik kita jadi manusia
Haa tu lah
Baru kita seorang
Lagi 23 orang tu?
Mestilah mak ayah buat benda sama
Dulu pernah
Seorang cikgu aku ni cakap
"Awak tak tahu betapa risaunya mak ayah awak kat awak. Risau esok nak bagi awak makan apa... Hah Fifiey, Ummi awak tu walaupun tengah sakit macam tu, susah hati jugak dia pikir makan pakai awak esok."
Yelah kalau mak ayah gaji tinggi
Alhamdulillah
Yang tak seberapa tu
Ya Allah risaunya
Gusarnya mereka kat kita
"Anak aku nak makan apa esok ni?"
Tambah-tambah lagi yang jauh di mata
"Apa la anak aku buat sekarang ni?"
"Dah solat ke anak aku?"
Risaunya
Bimbangnya
Kalau pandai jaga diri
Baguslah, kurangkan gusar hati mak ayah
Selalu kita dengar
Dah muak dengar mungkin
Kalau mak ayah marah tu
Bukan tanda benci
Tapi tandanya mereka sayang
Siap ada lagu lagi tentang ini
"Marah bukan kebencian, tapi tanda sayang"
Tapi kita?
Guna alasan dah dewasa remaja
Nak bebas buat apa sahaja
Pejam mata kejap
Kejap je
Imagine diri kita kat tempat mak ayah
Anak yang dikandung 9 bulan
Dibesarkan dididik ditatang bertahun-tahun lamanya
Bayangkan perasaan mak ayah kita
Bila dapat kita
Sedangkan ada ramai lagi insan kat luar sana
Yang nak anak, tapi Allah belum bagi rezeki kat diorang
Dan dari sudut lainnya mak ayah kita
Dapat kita
Sukanya mereka
Macamana mereka tak sayang?
Kita.
Tanggungjawab kita sebagai anak
Buat yang berada di sisi kiri kanan mak ayah
Luangkanlah masa dengan mereka
Berguraulah bermesralah
Letak tepi handphone semua
Tatap wajah mereka
Buat mereka senyum
Makan sama-sama
Buat yang berada jauh di mata mak ayah
Telefonlah
Mak ayah nak dengar suara kita
Kita yang kena call
Sebab mak ayah tahu kita mungkin sibuk
Call lah mereka
Biarlah habis kredit pun
Sebab
Bukan orang lain pun
Mak dan ayah kita jugak
Duit topup tu duit mak ayah jugak kan
Mak ayah kita.
Kerana sesungguhnya
Siapalah kita ni tanpa mak ayah kita
Pejam mata lagi sekali
Dan bayangkan tiap kali kita call mereka
Ayah tanya
"Haaa berapa hari lagi Along/Angah/Acik/Adik nak balik?"
Tiap-tiap kali
Mak tanya
"Nanti balik nak mak masak apa?"
Nampak tak
Rindunya mereka
Mak cuma satu.
Ayah pun cuma seorang.
Allah pinjamkan dua insan major dalam hidup kita.
Sayangi mereka.
Tak ternilai mereka tu.
-fifiey-
Comments
Post a Comment