Bersatulah
Dulu aku masih ingat
WhatsApp seorang rakan kepadaku
"Bersatulah."
Ujarnya padaku
Time tu jiwa nan remaja lagi
Api dekat peak lagi
What the hickup mamat ni
Al kisahnya tak perlu cerita
Cukuplah tahu aku keluar group kerana tiada persetujuan
Sampai sekarang
Tak pernah join lagi
Aku lah tu
Degil nak mati hidup balik
Tapi nak je aku tanya balik si dia
Apa maksud kau dengan bersatu
Adakah dengan aku join group tu
Kita semua dah bersatu?
Wow mudahnya
Aku bukan nak bersengketa
Cuma aku ni jenis orangnya
Ya mungkin cepat terasa
Dan terasa aku tu boleh jadi lama
Kalau tiada yang mintak maaf
Nasiblah.
Aku kagum dengan orang yang boleh mintak maaf
Lepas buat salah
Especially kalau dengan aku
Jarang orang mintak maaf if tergaduh dengan aku
Well mungkin 100% my fault all the time I dunno
Bersatu
Apa tu?
Definisi aku bersatu ni
Mudah je
Simple macam makan sushi (ok makan sushi tak simple sebab aku horror sangat dalam penggunaan chopsticks)
Simple macam jawab soalan English semalam
Bersatu ni
Bilamana kau orang
Balik kampung
Reramai
Nak tengok pakcik sakit
Bila kau orang
Rentas perjalanan 500km
Sebab nak tolong ringankan
Majlis kahwin cousins
Bersatu ni lagi
Bila korang duduk berjauhan
Tapi time rare and free
Korang ajak cousins and uncles main futsal sesama
Lepak mamak sesama
Even rumah masing-masing jauh
Nampak tak?
Keluarga.
Bagi aku bersatu tu keluarga
Bilamana dah rasa keluarga
Kita boleh bersatu
Walaupun zaman sekarang dah maju
Semua pakat duk tilik phone je balik kampong
Tapi sebab kita dah keluarga
Kita adalah satu
Bagi aku bersatu tu keluarga
Darah atau tidak
Tu bukan pengukur
Kalau kau sampahkan aku dalam layanan kau
Sorry lah family tak layan family macam sampah.
Comments
Post a Comment