Raya.

Ibu yang mengandungkan Walid, nenek kami, kami panggil Che'.

Telah pergi bertemu Pencipta sewaktu aku darjah tiga. 2009.

Dah lama.

Tapi, insan yang seorang ini sungguh special di hati Walid. Sebab Walid jarang senyum dalam gambar, kecuali gambar yang ada Che' sekali.

So, petang tadi Amuh ikut Walid pergi ziarah kubur Allahyarhamah Che'.

Dan Amuh berbunyi di group WhatsApp.

"Esok lepas solat raya, kita terus ke rumah Ayahlong. Kemudian, balik ke Kg. Raja. Pukul 10.00 pagi sampai Kg Raja dan pukul 11.30 pagi pulang ke Taman Haji Da dan solat Jumaat di Pengadang Baru. Sekian laporan dari pusara Che'." -Amuh

Abang antara yang respon... "Kirim salam kat Che'."

"Che' tengah tidur."

*****

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf zahir dan batin. Kalau ada tersalah kata, terguris hati dan sengaja buat salah, aku harap dapatlah korang cari secubit rasa ikhlas dalam hati tu untuk maafkan aku.

Dan untuk Che' dan Bapak (arwah atuk belah Ummi) juga Atuk Omar, ayah Walid, (yang aku dan semua adik-beradik tak pernah jumpa), semoga tenang di sana.

Al-Fatihah.

P/s: Sepatutnya Hari Raya Fitrah disambut dengan kegembiraan, tapi harini macam sayu pulak. Tambah tambah bila Amuh jawab Che' tengah tidur tadi. Sobs. :'(

Comments

Popular Posts