And the final chapter reaches its final page
Assalamualaikum semua! Memandangkan sekarang ni dah masuk 1 Januari 2016 (HAPPY BIRTHDAY COLIN MORGAN!), so... Happy New Year! Main reason aku buat post ni adalah untuk mengenang detik-detik 2015 yang telah berlalu. Sepatutnya update sebelum 2016 la kan tapi nak buat cemana cerita kat TV ada tayang Guardians of the Galaxy MESTILAH KENA TENGOK KAN???? Walaupun untuk kali kesejuta! Heh.
PASUM
Rasanya macam bukan tahun ni aku mengalami momen-momen indah dan parah di PASUM. Padahal baru je habis bulan April lepas. Terasa macam dah berzaman aku tinggalkan PASUM. Hihihi.
Eh mana gambar SH3 takdak hahahaha. Walaupun masing-masing dah kat tempat lain, and aku dah leave group *mwehehehe* aku takkan lupa diorang ni. Because at some point they came into my life and our paths have crossed ever since. Everyone from SH3, Hayat 1, QH3, The Original KUAZians, my roommates Wahidah Syisyi Amal.
Yang paling aku rindu KUAZ. Kolej kediaman tu. Entah ah kenapa. Maybe sebab food kot. And the environment maybe? OHHHHH how I miss my time back in PASUM. (eleh dulu nanges tiap bulan nak balik wahahahahaha)
FASILITATOR PELAJAR (MSKP)
Yang ni rindu jugak. Aku dulu takdela konfiden sangat boleh jadi FP ni tapi dah rezeki dapat buat kawan lagi ramai, nak buat cane. Hewhewhew. Actually rindu gila ngan diorang ni, and nak lagi sedih most of them dapat masuk UM. Aku and a few others tercampak dekat mana-mana jelah hahahahaha. Memang kalau boleh nak sangat masuk UM balik, sebab diorang ni memang macam family gila namatey, keluar together gether lepak gazebo damn nak jugak :(
Mana tak rindu, orang yang tak pernah dikenali masa PASUM, tetiba boleh bergurau menari apa semua masa training FP. Pastu yang kenal sebab dia femes, kenal dari jauh je, ehhhhh tetiba sekarang dah main mention mention selalu :') YELA DULU JTK SEMUA PEHMES KITA TAK PERNAH CAKAP NGAN JTK SEKARANG NI SELALU KACAU WAN HAHAHHAHAHAA :''')
Kalau boleh putar balik waktu, aku nak lalui balik perjalanan MSKP ni huhuhuhu
JAPAN TOUR
IF I COULD TURN BACK TIIMEEEEEEEEEEEEEEE, I WOULDDDDDDD GO BACK TO JAPAN !!!! Seriouslaaa I had so much fun in Japan, getting to bond with new girls, who are awesome as heck *emoji love love mata*
Nanti kumpul duit *azam tahun baru* pastu pergi traveling dengan gegirls I ke Korea so we can buat macam #5FriendsInSeoul! #byeAlya #AlyaNotJoining #AlyaKekTanah
Indeed, traveling ni memang sangat best dan menenangkan, macam lari dari masalah gitew ye lah Malaysia ni banyak sangat masalah yang entah apa-apa, so apa kata kita ke negara orang lain tengok masalah diorang pulak hahahahahahabye
CIKGU ADDMATHS SHAMS
Standard la kan ada kelas kita suka and ada kelas kita kurang suka. Macam aku, aku bonding dengan budak kelas 5 Farabi, so suka la 5 Farabi. Pastu kelas 5 Muslim memang la bias sikit sebab dulu aku 5 Muslim SO BIARLAH NAK BIAS 5 MUSLIM 4 LYF!!!
Jadi guru memang tak mudah, tapi aku rasa bila dapat tengok students kau faham apa kau ajar and then bila diorang jadi lebih minat nak belajar dan berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka, kau rasa bahagia dan rasa nak mengajar lagi dan lagi. Aku respek semua insan yang bergelar guru, sebab walaupun kat luar kau nampak cikgu macam baik kelakar and tenang, tapi realitinya tak semua yang tahu. Tak tahu betapa strugglenya, especially kalau kau sekolah yang orang pandang tinggi tapi tetiba result merudum ke apa. Huhuhuhu #ouch
HELLO UNISZA!
Perancangan Allah takde sape tahu kan. Walaupun aku tak dapat medik, aku dapat universiti dekat dengan rumah aku je. Aku sebenarnya tak kesah mana-mana, asal dapat teruskan pelajaran. Tapi yelah kan sedih la jugak sebab selama ni pasang cita-cita nak jadi dukturrrr tapi tuptup ambik bahasa pulak. Takpelah, dah terima dan redha dah :)
Sepanjang kat UniSZA ni, yang paling aku enjoy ialah aktiviti kokurikulum. Aku masuk memanah. Sumpah best oi. Silalah belajar memanah kays. Sekaligus boleh belajar teknik memanah ke hati crush korang awhhh :3 tapi masalahnya sampai sekarang hati crush aku tak terpanah panah lagi ni cemana :( eh lupa plak aku manada crush heh.
Geng Memanah. Finas, Aina, Ipy, Mummy |
Mummy tu Ulfah. Dia dah kawen and tengah pregnant so panggil Mummy la hahahahahahah <3 Satu je tak best perihal memanah ni, muka kau akan hitam sebab shoot tengah padang sasar tu time matahari bersinar indah terang menyuluh bumi :') biarlah hitam muka asal hati tak hitam #HarapnyaBegitulahYa
Ni family BEN 1! To be honest aku still adapting dengan depa semua ni. Huhuhu. Dan walaupun kiteorang ni asyik merungut setiap minggu perihal pelajaran dan UniSZA, alhamdulillah, kami dah habis final!!!!!! WEEHOOOOOOT!!
Banyak lagi benda yang berlaku dalam 2015 ni yang tak terbilang nak mention. Amende do ayat keling -_- sebagai contoh, tahun ni semua orang dalam family ni dah menamatkan zaman bujang mereka kecuali yang bongsu. Dapat kakak ipar and abang ipar baru dan terakhir :')))) Lepaih ni takdak kenduri dah rumah ni melainkan kenduri Fatin Athirah Azmi jew. Jemput la datang ye huks kbai lambat gi oi
Kemudian, dapat anak sedara baru, iaitu Yayam the chubbycheeks and Abrar cumcumgewamtitew! Tahun depan maybe dapat 4 orang lagi kot hehehehe insyaAllah doakan lah yeeee :)
Happy 2016 :) |
Dan sempena tahun baru ni, nah hadiah! CHOCOLATE OREO CHEESECAKE YANG AKHIRNYA TEKSTUR JADI MACAM AISKRIM HAHAHAHHAHAHAH
Comments
Post a Comment