Assalamualaikum.
Amboiiihhhh tajuk entri kelassss uolls!
Baiklah harini nak bercerita pengalaman first time pergi travel dengan kengkawan rapat. Yezzaaa baru ni aku, Piah, Piqah, Aisyah dan Mirah pergi enjoyyyyy ke Langkawi!
Actually semua ni last minute plan tapi since kiteorang pakai pakej kan, so no sweat lah even last minute plan pun. Lagipun kiteorang tak naik flight sebab nak merasa naik feri, so hadaplah naik bas 8 jam uhuks!
Okay pada Ahad malam 24 Julai 2016, kiteorang ambik bas SP Bumi dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Perlis. SANI and Transnasional takde dari KT ke Kuala Perlis or Kuala Kedah, so terpaksalah kami memilih SP Bumi yang bawak laju nokhorom tu *emoji gelak nanges* Kalau tak silap, Adik Beradik ada kot dari KT ke Kuala Perlis tapi kami tak sempat nak check haritu, terus je beli SP BUMI.
Harga tiket bas pergi RM64.80, return pun sama gak. So total lebih kurang RM130 la pergi balik.
Aku tak pernah lagi naik bas pergi belah utara Malaysia (atau mana-mana bahagian kat Malaysia ni kecuali Kolumpo) so aku mana la nak tau jalan Grik tu macam ular kena palu ye dok. So tak tidur mana lah aku ni since naik bas pun jarang-jarang pastu jalan pun macam S berterusan dan drebar bas bawak laju kemain huwaaaa
Last sekali terlena jugak tapi kejap je, tetiba dah sampai Kangar. Selang 15 minit kemudian kot baru sampai Terminal Bas Kuala Perlis. Masa tu aku confused Kuala Perlis ni kat Perlis ke Kedah sebab erm entah? Noob kot huhuhuhuh
Sampai je Terminal Bas Kuala Perlis tu, BAPAK LAH SUNYIIIIIIIIIIIIIII DAH LAH TAKDAK ORANG! Ada dua orang foreigners dari China je. Turun turun bas tu tetiba ada pakcik sapa kiteorang.
"Mari sini."
Tak ke creepy samdol oi?
Pastu foreigners tu approach la kami (diorang tak reti English sangat tapi bolehla), sambil pakcik tu duk suruh kami pergi kat dia. DAH TU?!
Kami buat tak layan jela kat pakcik tu sampai last sekali dia macam meninggi suara sikit, "Sorang mari sini! Pakcik nak cakap ni!" Erm helo? Berdebar k?
Aisyah pun pergi kat pakcik tu, nak tau menda yang pakcik tu nak. Rupanya nak bagi nasihat/petunjuk kat kiteorang cemana nak gi Jeti Kuala Perlis (which is 5 minutes from the bus terminal by foot) maybe sebab kiteorang macam lost kot turun-turun bas tu. Masalahnya masa tu dah 6 lebih and tak solat Subuh lagi. Memanglah lost, nak cari tempat solat tak jompa!
Lepas tu kami redah je lah bus terminal yang sunyi dan krik krik tu. Terjumpalah tempat solat. And toilet. Toilet dia masyaAllah. Mohon pihak berkaitan ambil tindakan. Tak jadi nak guna tau dak. Huhu! Oh by the way, dua orang foreigners tadi ikut kami since diorang pun nak gi Langkawi jugak naik feri.
|
With Shu and Wu Xian kat Terminal Bas K. Perlis |
Dah solat Subuh semua, kami pun jalan kaki ke terminal feri. Masa sampai kat kaunter tu, tiket untuk feri pukul 7 pagi baru je tutup sistem. So kami terpaksalah beli yang pukul 8.15 pagi punya. Selang waktu untuk feri tu lebih kurang sejam suku or 1 jam 15 minit kalau korang tak paham.
Sementara ada waktu sejam lebih tu kami gi la cari tempat untuk breakfast. Banyak je kedai makan sekitar jeti tu so kami pergi pekena roti canai dekat kedai depan jeti tu. Tak sangka pulak kedai makan biasa macam tu ada promoter heboh kat depan kedai suh pi kedai dia. Tanjat boboi bila diorang serang promote kedai masing-masing. Tak sempat ambik gambar. Lulz
|
Testing hambik gambar on the way ke jeti |
|
Dah sampai jeti, posing dulu seround. Momen momen sebelum beli tiket |
Ok so ni gambar kat kedai makan. Entahlah kat kedai makan pun kena bergambar ke. Dahlah tak mandi, muka berminyak dan sedikit tak wangi.
|
Ni Piqah. Obviously, duh |
Sepertimana yang diberitahu tadi, kiteorang order roti canai telur. Sedap, especially kuah dia sebab kuah dia campur kari, sambal and kacang. Air macam biasa aku dan Piqah order Milo dan seorang Fifiey yang gemok tetap order MILO AIS pagi-pagi buta. Hmm
By the way yang Cina dua orang tu diorang ambik kuey tiaw ke apa menda entah, tapi diorang cakap tak sedap. Aisyah pun membebel katanya, "Tulah, lain kali makan yang aku recommendkan je, huh," tapi in Malay lah so Cina tu tak paham pun lulz
|
Piqah dan Piah (dan air Milo panas) |
|
Kesian Piah perasan orang ambik gambar dia, orang nak ambik gambar air wu |
Harap maaf gambar makanan tiada sebab maybe semorang kebulur kot masa tu, so dapat je makanan terus makan selahap-lahapnya. Chinese dua orang tu pun kata roti canai telur tu best. Eeeee sedapnya. Rugi pulak tak order lima. Kk gurau je
Haa lepas makan tu, kiteorang gerak balik ke jeti, or nama lain dia Terminal Feri Kuala Perlis, tapi malas lah nak taip terminal feri bagai taip jeti jelah ye. Sempat lah ambik dua tiga gambar buat kenang-kenangan.
Aku takdak dalam gambar sebab yelah aku tukang ambik gambar. Ada dua keping lagi gambar yang ada aku, tapi si Wu Xian tu ambik gambar tak nampak pulak tulisan Terminal Feri Kuala Perlis kat atas tu, so baik takyah letak sini. Buat sedih je sebab gambar tak jadi :(
Ok move on, lepas bergambar siap posing bagai, kami pun masuk la kat tempat menunggu. Ala ala boarding room kat airport tu. Selesa la tempat menunggu dia, takde la kotor ke apa ke kan. Of course laa kena jaga penampilan tempat sebab ramai kot tourists datang, contohnya Ipy and Friends.
|
Tunggu feri sampai |
|
Aisyah acah-acah je. By the way yang tepi Ecah tu Shu. |
Lebih kurang 10 minit ke 15 minit kemudian, kiteorang pun naik lah feri. Aku, Piah dan Piqah duk bertiga manakala Ecah dan Mirah duk berdua kat seat lain. Terpisah kejap kami huks.
Masa perjalanan tu, aku, Piah dan Piqah duk berperang mulut pasal Pulau Dayang Bunting dan duk tercari-cari terjenguk-jenguk melalui tingkap feri tu. Setelah letih mencari tak jumpa-jumpa, kami pun duk rilek main ngan budak kat depan. But since aku ni jenis cepat bosan dengan kanak-kanak (Piah pun sama), kiteorang akhirnya bebuat tido. Piqah setia main ngan budak tuh.
|
Ecah and Mirah |
|
Langkawi bound peeps |
Sejam lebih macam tu, sampailah Jeti Kuah kat Langkawi yaayyyyyy! Duk angkat-angkat barang turun tu, kami pun call lah Kak Alia (pemilik agensi pakej kami tu), bagitahu kami dah sampai. Kak Alia kata suami dia datang hantar kereta kat Jeti Kuah tu.
|
Bahagianya muka sampai Langkawi |
|
Holoh hok ni pong |
Kak Alia cakap tunggu depan Starbucks, nasib baiklah kami jumpa Starbucks tu. And then sambil tunggu suami Kak Alia, kiteorang duk kira duit baki yang nak kena bayar dekat Kak Alia. Separuh dah bank-in sesiap, so tambah lagi separuh masa sampai.
|
Piah je ke ready nak bergambar -_- |
Suami Kak Alia sampai bawak kereta Mitsubishi Attrage warna putih. Lawa ok. And rasa macam "Wow!!" "Kereta ni ke diorang bagi kiteorang bawak?" Lol. Suami Kak Alia bawak kiteorang kat tempat berhenti kejap untuk terangkan serba sedikit pasal tiket and hotel and kereta.
Masa nak serah kereta kat kiteorang tu, cuak gaklah muka dia. "Drive leklok na," yelah sebab kereta nampak macam baru dan suami Kak Alia tu pun hensem orangnya (eh? tetiba hahahaha), pastu kan masa dia explain tu rasa macam nak suruh dia teruskan bercakap je sebab adore nya bahasa Utara! Huwaaaaaa
|
Ecah bersedia untuk drive sebab aku malas hahahahahahah |
Si suami Kak Alia kata boleh check-in selewat-lewatnya pukul 2 petang. Aku dah pelik masa tu tapi go on jelah. Kami pun bukak Waze and GPS and data untuk cari hotel kami, iaitu Landcons Hotel, berhadapan dengan Coco Valley dan Underwater World Langkawi. Beriya la ni ikut jalan Waze bagi.
Alhamdulillah tak sesat tapi kat hotel tu macam payah sikit la nak parking, so Aisyah parking jauh sikit. Kiteorang pun nak pi check in la ni tapi tetiba receptionist tu kate check-in paling awai pukol 2. Haaaa rupanya tersalah maklumat la tadi. Nasib la kami ni tak turunkan bagasi lagi dari kereta uhuks.
|
Landcons Hotel |
Tepi Landcons tu ada banyak kedai makan yang foreigner gitu. Oh Landcons ni dekat area Pantai Chenang, so jauh la sikit kan drive sebab tadi dari Kuah.
|
Site visit swimming pool sikit |
|
Baenya!!!! |
Masa kat reception desk tu, kami tanya la, "Parking hotel ni kat mana?" lepastu akak tu selamba je jawab, "Hotel ni takdak parking. Parking tepi tepi jalan ja."
K.
Langkawi people so chill.
After we were denied check-in lol, kiteorang pun proceed lah dengan plan kiteorang, yakni pergi Taman Burung since tempat tu agak jauh lah dari tempat-tempat lain yang dalam pakej. Oh lupa pulak nak bagitau. Pakej kami macam yang tertera kat bawah ni;
Pakej 4H3M 5 orang (RM320/pax)
- Landcons Hotel (Pantai Chenang)
- Kereta
- Taman Burung
- Underwater World
- Island Hopping
- Cable Car
- 3D Museum
Before pergi Taman Burung, kami singgah Petronas untuk isi minyak penuh and beli makanan alas perut sikit. Al maklumlah semua jenis kebulur huhu. Kami terjumpa jugak stesen minyak BuraqOil tapi Ecah membebel cakap takyah lah berhenti kat situ. I ok jer bukan I yang drive lol
Sekali lagi menggunakan Waze (dan juga bantuan signboard tepi jalan), kami pun bertolak ke Taman Burung. Tiket-tiket yang Kak Alia bagi semua open ticket so ikut suka kiteorang la nak pergi bila-bila pun. Cuma island hopping je dah fixed second day pagi.
Dari awal kami memang target Taman Burung ni boring and takde pape pun. Especially Piqah. Ayat dia macam ni, "Alah, Taman Burung ada apa je?" Haaaaaaaaa. Kalau boleh aku lempang si Piqah ni dah lama dah lempang tapi sebab thahaboud, tak jadi lempang.
|
Happy nampak |
Before masuk tu, ada sesi fotografi dulu dengan burung-burung. Gambar situ takde kay erm sebab, nantilah cerita huhu. Awkward gila pegang burung tu -_-
Okeh, then kiteorang proceed la masuk taman tu. Dekat entrance taman burung tu ada macam tempat jual makanan burung. Mula-mula tak nak beli, tapi setelah sampai kat part itik kelaparan, aku dan Piah berlari pergi beli makanan tu. 1 pack RM6, banyak jenis jugakla makanan dalam tu. Semangat tuw!
|
Flamingo |
|
Posing sikit. Yang belakang sana tu serius sangat awatttt |
|
Oooo selfie rupanya |
Jalan tengok-tengok burung, ayam dan sebagainya....tetiba sampai kat itik!
|
Taadaaa! Ni la itik kelaparan yang aku cakap tadi |
Ada sejenis burung ni yang biru biru tu nama apa entah. Piah hulur tangan bagi makan jagung kat dia. Lepas tu burung ni ada ramai tau. Dan bising.
And then pergi section seterusnya, ada binatang berbulu yang sangat comellll!!!!!!!!!! RACCOON dia OMG SO CUTIE PIE!!!! Time bagi makanan kat raccoon tu, dia yang ambik food from our hands, lepastu semua macam "Aaaaa!!! Geli!!!" asdfhfgjfkgl ada video tapi Aisyah tak hantar lagi so takde la kat sini huks
Setentang dengan sangkar raccoon tu ada musang yang badan kecik tapi telinga besar tu. Nama apa entah tak ingat. Jap nak google.
FENNEC FOX! Tapi takde gambar pulak. Musang ni takleh bagi makanan kat dia. Mungkin sebab tengah diet kot.
|
Say hi to our new friends! |
Next, kiteorang masuk section C pulak kot. Kat sini macam haiwan tak duk dalam sangkar dah lah. Diorang berterbangan sesuka hati. Ada kolam boleh bagi makan ikan and dekat tepi tepi tu ada baby kancil.
|
Masuk section baru haruslah ambik gambar |
Masuk je section C tu, pekerja wildlife park tu suruh kami duduk dan buat tangan macam mangkuk and diorang pun letak biji apa entah kat tangan kiteorang. And then burung pun datang and SNAP!
|
Yang pakai baju pink tu sebenarnya cuak sebab tapak tangan tengah geli |
Section C ni kira ada dua parts. Yang membahagikan dua bahagian ni ialah kedai jual batu delima. Lol? So terpaksalah kiteorang masuk and buat-buat macam interested sikit. Lepas tu ambik gambar dekat dinding kosong. Tak sempat pulak nak berOOTD sebab yelah baju semalam buat tido dalam bas apa yang OOTD nya :(
|
Epal Pink tak cukup |
Masa ni Aisyah ngan Mirah buat buat mengada-ada sebab diorang kata kiteorang ajak diorang datang trip Langawi ni sebab tak cukup orang, diorang cumalah pelengkap dan pengcukup. DASAR! Nasib baik sedar diri HAHAHAHAHAHAHAHHAAH gurau je :P
After kedai batu delima tu, pergi tengok landak. First time tau tengok landak depan mata!!!! Rasa macam nak tarik je duri dia yang terpacak tu ARGHHHH GERAMNYA lepas tu si landak di makan je semua benda yang orang bagi kat dia. Adakah landak sejenis omnivore?
Kami dah penat dah lepas part landak tu, so duduk kejap dekat waterfall buatan. Ambik gambar sikit. And nak habiskan makanan haiwan yang dibeli tadi, sebab banyaaaaak lagi lebih. Pastu kan gambar kiteorang berlima takde lagi, and dan dan pulak ada pekerja wildlife park tu lalu, suruh la dia ambikkan.
Pastu orang wildlife park tu kata, "Comey comey belaka!" Awh fhanks! Then dia kata jap lagi ada sesi bersama helang. Kami pun apa lagi, excited la! Tunggu lah kejap dekat tempat tu and then dia bawak datang helang bernama Daniel!
|
Ipy CYT sikit boleh tak macam Piah |
And then pekerja tu tanya, "Nak pegang tak?" EHHHHHHH BUKAN SELALU DAPAT PEGANG HELANG KAYS! Terus pegang ramai noks!
|
Yayyy!!! |
|
Si Daniel tu tak tengok kamera la pulak. Usha Piah ker tuw |
|
Piah gaduh ke ngan burung helang tu |
|
I took this shot |
|
Baju Piqah sama kaler ngan bulu helang hihihhi |
|
Masa Mirah nak pegang tu, pekerja tu ragu-ragu sikit takut tak larat lol |
Lepas tu kami ke section D. Banyaknya sections dah letih dah masa tu. Dengan laparnya lagi. Uhuhuhuhu help! Tapi tetiba ternampak burung merak, burung unta, buaya dan banyak pulak lagi haiwan lain -_- Section ni more tu binatang besar-besar sikit kot. Buaya semua pemalas duk berendam je.
Piah cuba nak bagi makan ostrich (kawan Chick-a-boo kot) tapi ostrich tu nak makan dari tangan pekerja wildlife tu je. Masa Piqah bagi makan tu, Piqah gi jerit. Amboih dari tadi duk bagi makan haiwan, asyik jerit je. Pekerja wildlife tu dah tergelak-gelak dah.
Last sekali Piah bergambar je dengan ostrich memandangkan hajat nak bagi makan tak kesampaian.
|
Tu yang dalam paper bag tu ialah makanan burung/landak/raccoon dll |
Jalan sikit lagi ada keldai pulak. Eh ke rusa. Rusa pun ada tapi tak sempat bergambar sebab masa nak ambik gambar tu dia dah pusingkan bontot dia ke kita. Huhuhuhu nasiblaaa
|
Ni keldai kan? |
Lepas part keldai tu ada landak lagi. Berapa banyak landak ada dekat wildlife park ni sebenarnya? Haa masa ni lah kami campak je semua makanan yang ada dalam paper bag tu bagi kat landak. Lerrr patutla landak ramai, makan banyak so proses perkembangan pun maju jaya la. Ok ok i faham
After landak ada kedai snack gitu. Ecah nak beli nasi lemak tapi semorang macam tak layankan dia so tak beli la. Lagipun nasi lemak situ mahal, biasalah kan.
Laaaaaaaast sekali adalah bahagian arnab dan hedgehog dan hamster. COMEL!!! Tapi aku tak sanggup pegang sebab nanti takut alerjik pastu gatal pastu tak best dahlah nak berjalan-jalan.
|
Mirah dan arnab |
|
Piah dan arnab omey dan Ipy omey |
|
Happy nau Aisyah dapat pegang bunny! |
|
Ni akak tukang jaga bahagian bunny and hedgehog and hamster babies |
Lepas tu kami basuh tangan, dannnnnnn keluar dari taman burung tuuuuu! FUHHHHH letih baqhang. Daripada "Taman burung ada apa je" kiteorang spend time situ dekat 2 jam la jugak. Keluar tu ada lah gambar kiteorang yang diambil masa awal-awal masuk tadi. Gambar tu kena beli....
Tapi tak beli la sebab....muka semorang berminyak...... Just. No.
Afterwards, Piah gi cari shades and Aisyah setelah membelek-belek beribu shades tak beli satu pun. -_-
Masuk kereta, dah nak dekat pukul 2 and kiteorang semua dah memang lapar dah. Aku cari lah kat internet kedai makan mana best and terjumpa Shellout Kuah. Dah on the way ke Kuah dah pastu search lagi rupanya tak buka lagi. Lalu depan HIG, ternampak la food court dia, so kami makan jela kat situ.
Aku and Piqah makan nasi ayam penyet, Aisyah makan kuey tiao kung fu, Piah nasi goreng USA, Mirah aku lupa pulak!!! SORRY MIRAH!!! HUHUHUHU! Masa tengah makan tu ternampak cendol durian...............tapi tak beli lah sebab entahlah. Masing-masing dah kenyang kot.
|
Haji Ismali Group (HIG) credit gambar Google |
After that, pusing-pusing bahagian jualan tepi food court tu and last sekali dekat pukul 3 dah kami drive ke Pantai Chenang nak check in hotel. Jalan yang kami lalu second time ni berbeza dengan jalan masa kami dari Jeti Kuah tadi. Takde orang sangat pun jalan tu. So okay jelah drive pun selesa.
Dah sampai Landcons Hotel, kami pun selesaikan urusan check-in dan terus masuk bilik. Bilik dia dua katil queen and ada extra tilam dia hantar later that night. Semua dah rimas dah sebab tak mandi dari semalam, and then semua washed up and rehat sebentar untuk sambung jalan-jalan lepas tu.
Ended up semua tido petang and then malam tu baru keluar melihat dunia.
|
Jalan-jalan malam |
Nak dijadikan cerita, si Ecah ni bawak DSLR tapi charger tak bawak......so..... malam tu beriya-iya la kami cari kedai yang ada jual charger DSLR Sony. Ternampak kedai jual GoPro, tapi kat situ takde and dia suruh cari kat satu kedai ni.
Finally tak beli charger pun sebab charger dia memang takde, tapi charger dia macam sama dengan charger laptop, so tuan kedai yang kami pergi tu bagi pinjam dia punya. Jadi jika anda tertanya-tanya kenapa dah takde gambar sedari 5 perenggan yang sebelum ni, sebab kamera dah habis bateri. Ada je gambar dalam phone tapi malas nak letak sini.
(Owner dia sangat baik, nama kedai Orbitz, cari lah kalau ada nak beli apa-apa barang elektronik)
|
Ni la kami ngan Uncle Orbitz |
That night kiteorang berShellout (finally) dekat kedai selang dua tiga buah dari kedai pakcik tadi. Sedappppp gilaaaaaaaa huwaaaaaaaa nak lagi :( Area Pantai Chenang jugak kedai tu sebab Pantai Chenang memang 'hidup' la malam-malam. So try la pergi makan kat situ! Confirm tak menyesal. Search or Waze je Shellout Pantai Chenang.
|
Nyummies! |
Lepas makan, around 12 tengah malam camtu, kiteorang balik bilik untuk berehat, since pagi esoknya tu akan ada van datang ambik kiteorang pergi dekat jeti Island Hopping, Teluk Baru nama dia. So tak nak lah bangun lewat and tertinggal kan. Hewhewhew
OK next part lain hari pulak ya! Lambat gila update sorry :P
|
Bye! |
p/s: kalau nak pakai pakej oleh Kak Alia, boleh gi kat Facebook Langkawi Agency - FA Agency. Banyak ada pakej, pakej 3 orang, 2 orang, honeymoon. Mostly 3 hari 2 malam tapi aku terjumpa yang 4H3M somewhere on Facebook jugak
Comments
Post a Comment