Akhirnya blog ini tidak usang lagi......

24.1.12


Assalamualaikum, wiwittt wiwiittt. Wah wah wah, lamanya gua tak hapdet blog. Gua hapdet pun sebab birthday Mr Handsome gua iaitu Logan Lerman. Hahaha. Apasal gua bergua-gua ni? Okay, tukarlah. Serabut je guna 'gua-gua' ni. Kata nak jadi gadis Melayu terakhir. Derrrr, kalau semua nak jadi gadis Melayu terakhir, tak panggil dah gadis Melayu terakhir, akan dipanggil gadis-gadis Melayu terakhir.

So far, sekolah takdelah best mana pun. Hoyeah, really? Fifi cakap camni? Ngahaha. Seriously, rasa macam kosong je hidup ni. Kalau dulu semangat nak pergi sekolah tu 8/10, sekarang 4/10 sahaja. Yang 4/10 tu pun sebab masih lagi sesekolah dengan 'Ainul, Sofiah, Alya, Kakti dan Syafiqah. Huuu.... Inilah nasib diriku yang keseorangan. #ForeverAlone Start lepas ni, aku seorang jelah yang akan forever alone. Sebab Kakti pun dah berhijrah -.-

Aku update ni pun setelah mendapat kesedaran melalui kakak ipar aku iaitu Kak Asnie xD Ayat beliau, "Ada orang tu tak update blog, sibuk sangat main Galaxy S II." aku ingatkan sapalah (padahal dalam rumah ni aku seorang je ada blog pffffft), lalu aku bertanya siapa dan Kak Asnie jawab, "Adalah orang pink tu..." Okay fine, akulah tu -_- Semua nak pink je dua tiga menjak ni. ARRRRRRRRRRRRR.

Bestnya cuti Chinese New Year ni. Tadi dapat tengok tarian singa dekat Ri-Yaz Heritage xD Makan hi-tea kat sana sebab sambung belated birthday Abang. Birthday aku sambut dengan Primula Beach Resort. Makan macam gajah semua orang -..- Lepas tu, tengah-tengah singa tu duk menari, Bareera dapat buah limau dari mulut singa tu. Dan Kak Asnie mogok dengan Abang sebab tak ambik gambar Bareera dapat limau tu -.-

Tapi seriously aku takut tengok singa tu, sebab macam resemble hantu/setan sikit. Yelaaa kan. Bukan Islam punya tu. Nama pun Chinese New Year punya tarian.

Masa birthday aku hari tu, aku invite 'Ainul, Sofiah dan Syafiqah. Kiteorang makan makan makan, dan bermain di pantai. Feeling Ombak Rindu jugaklah kejap PFFFFT Lepas tu aku duk menjerit nyanyi lagu, "UNTUKMUUUUUU!!!!" dengan penuh perasaan lepas tu gelak. And then main pahlawan-pahlawan -.- Semua orang dapat batang kayu, aku dapat buluh panjang xD 'Ainul tak puas hati, "Mana aci, awak buluh, saya kayu!" LOL


Actually aku masih lagi nak tulis betapa aku tak puas hati dengan kedudukan aku sekarang ni. Huuu. Aku sangatlah kesunyian dan kesenyapan serta ke'hilang-arah'an di dalam kelas 4 Muslim tu. Mana nak sama kan kawan baik dengan kawan biasa yang baik. Kawan baik yang sengkip (seperti Alya) tak sama dengan kawan biasa yang baik dan friendly. Kawan baik yang jelly sentiasa seperti Kakti tak sama dengan dengan kawan biasa yang suka berkawan dengan kita.

Kawan baik yang comel dan funny dan otak sama mereng dengan aku ('Ainul, Alya, Sofiah, Kakti dan Syafiqah) memang tak sama dengan kawan biasa yang tahu buat funny jokes dengan kita. Huuu. Haruuu tau, haruuuu. Duk kelas tu macam tak wujud je, kadang-kadang tu aku sendiri rasa aku tak wujud. SERIUS, OK. Sebab biasa aku bising, aku boleh dengar suara sendiri, sekarang ni hmmmm.... Toink toink. Fifi's gone.

Kalau nak bertanya dekat cikgu pun aku dah berapa nak berani sebab tak ada sokongan moral dari kawan baik aku. Bukannya aku perlukan, "Go Fifi! Ask the teachers! YEAHHH! You got it, girl!" bukan macam tu. Kawan yang join aku sekali bertanya. Contoh bila aku tanya, "Cikgu, soalan 2(a-b) ni macam mana?" lepas tu cikgu akan jawab dan kawan aku pulak akan menyampuk, "Jadi jawapan dia 2a-2b lah cikgu?" Yep.

Tapi, nak buat macam mana kan. Aku tak naklah jadi seorang yang lemah dengan meminta cikgu tukarkan aku ke kelas sekian sekian. Aku bukan jenis orang yang suka mengalah. Aku sebenarnya nak buktikan kepada diri aku sendiri bahawa aku boleh berdikari walaupun kawan-kawan baik aku tak ada. Aku nak buktikan kat orang lain jugak, kalau diorang tak nak cuba berkawan baik dengan aku, aku takkan mudah-mudah putus harapan.

Actually aku dah arrange dengan budak kelas 4 Bukhari aku nak exchange dengan dia, but in the end, aku fikir-fikir balik, aku rasa tak jadi-lah. Aku relakan hati aku bertahan. Walaupun perit dugaan ni, kenalah hadapi kan. Tak lama pun, setahun je, tak setahun (kalau aku tak berusaha untuk sekelas dengan Sofiah dan Alya dan Syafiqah), dua tahun. Lepas tu aku akan bersendirian lagi, ke matrik ke universiti ke. Kan kan?

So, kesimpulannya, aku seorang je forever alone sekarang ni. HAHA, taklah forever kan. InsyaAllah adalah tu hikmah di sebalik kejadian ini semua. Special thanks to budak-budak asrama kelas aku iaitu Adni, Afifah, Sarah, Sakinah dan Fatin kerana sentiasa bersamakuuuu di saat budak-budak luar tak sudi berteman denganku T^T Oh sedihnyaaa ayat. Serious wey, aku sentiasa tersesat dalam kalangan budak enam orang tu -.-

Hidup hendaklah sentiasa ceria! :) InsyaAllah, Allah akan berikan aku kekuatan. Alhamdulillah, ada diselit kegembiraan ketika dalam kedukaan ini. Aku berjaya jadi Pengawas Siber SHAMS. Wahaha, baju pink tuhhh! Susah dapat peluang kemerahjambuan ni xD Lagi lagi, aku dilantik oleh majoriti ahli Puteri Islam menjadi Naib Bendahari Persatuan Puteri Islam -_-" Seriously, princesses, tak ada jawatan lain ke nak bagi dekat aku ni?

Dahlah jadi bendahari kelas jugak. Nasiblah, Fi, nak sangat kutip duit. Rasa nak dancing dancing je bila dapat pakai baju pink setiap hari lepas ni! Okey, tak jugak, baju ada dua pasang sahaja -.- Dan hari wajib pakai Ahad dan Khamis sahaja. Aaaaaaaa! Pink pink pink! Ok, tahniah, lepas ni aku akan menyakitkan mata kawan-kawan aku dengan memakai baju pink seterang-terangnya xD


Dua tiga hari ni duk jaga Bareera jelah. Si comel yang sentiasa buas -_- Letihla jaga dia, tak reti duduk diam (!!!) Biasa letak dia dalam walker je, lepas tu dia akan merayau rayau. Then, tariklah balik dia, lepas tu dia akan merayau lagi. Hehhhhh, kalau letak atas tilam dia, memang dia akan bergolek dari utara hingga selatan. Zzzzzz. Training jadi parent ke apa aku tak tahulah. Baru 16 tahun -..-

Semalam Farhana datang rumah aku. Dengan Aida. Farhana cuti seminggu wokkkk T^T Aku cuti sampai hari ni je, esok sekolah balik xD  Cakap-cakap banyaklah jugak dengan diorang. Farhana buat kek coklat yang best untuk aku. Terharuuuuuu T^T Nak lagi! Nak lagi! Topping banyak sket eh -_-" Coklat cair tu banyaaaaaaaaaaak sket letak lol. Ingat nak pergi sekolah rendah esok atau lusa, tapi dah aku sekolah...hmm, tak tau ah tu macamana.

Sekolah rendah aku tak cuti pun Ahad baru ni zzzzzzzzzzzz. Kalaulah Farhana bagitau lebih awal, boleh pergi hari Ahad baru ni. Takpelah, tak ada rezeki lagi kot.

Post a Comment