Pink is obviously NOT my favourite colour.

423797_279668525428973_100001574822621_796583_1051651222_n_large

Assalamualaikum! Wee, dapat update blog! Seriously sangat busy lately ni. Aku on je Facebook dan Twitter tapi nak update blog ni ada kekangan masa sikit (padahal on Facebook dan Twitter berejam-jam). Tak ada cerita sangatlah. Actually ada, tapi malas nak cerita -.- Macam-macam cerita lately ni sebab...err..sebab, sebab aku kan dah start pakai baju pink.
#Sebab tu blog ni terlalu pink semacam je kfine -,-

Hari Khamis, aku start pakai baju uniform pink aku iaitu tudung dan baju sekolah pink, serta kain hitam (jangan buang tebiat pakai kain pink jugak -.-). Then semua orang kaget melihatku begitu pink! Wahaha! Aku seorang sahaja pengawas siber Form 4 perempuan yang baru dilantik memakai uniform pengawas siber lengkap. So, famouslah sikit lol. Ditambah pulak dengan aku yang memang suka warna pink nii.

Mana taknya, beg sekolah aku warna pink, kotak pensel warna pink, pensel mekanikal tu warna pink jugak. Then kebetulan pulak fail Biologi aku warna pink jugaaaaak! Memang matching ah -.- Aku malu-malu je dengan semua orang pada awalnya sebab terlalu menyerlah gitu xD Terutama dengan geng-geng aku dan classmates aku. Aku tak berani nak bertentang mata dengan semua orang, nanti pipi aku jadi pink jugak -.-

So, aku teruskanlah hidup seperti biasa. Tapi aku rasa aku sangat famous pada hari itu kerana aku sangat pink xD Alya cakap, rasanya semua orang menyedari transformasi yang aku lakukan pada hari itu xD Kak Alia (kakak yang temuduga aku hari tu :3) pun asyik sengih je tengok aku, aku sengihlah sekali x] Kerap kali jugak jumpa dengan Kak Alia. Haaaa, ku tidak mengetahui bahawasanya Kak Alia tu kakak kepada adikku Amiraaaaa xD

Tumblr_ly3ztryb031rngdcyo1_500_large

Hari Khamis tu jugak ada Usrah Perdana Pengawas Siber SHAMS. So, aku, Aina, Naddy dan Ain ni berdebar tahap gaban-lah sebab tak tahu bagaimanakah rupa usrah (kiteorang dah lama jadi pelajar biasa kan, so memang awkward xD). Adalah sesi tazkirah at first, then ta'aruf daripada pengawas-pengawas yang baru dilantik. Aww malu aku xD Dahlah seorang diri je pink dalam line aku tu --"
#Tapi taklah malu sangat, dah jadi pengawas takyah nak awkward awkward lah, kalau nak awkward, pergi tulis kat Twitter -_-

Kemudian, pengenalan dari bendahari, setiausaha, timbalan ketua pengawas dan ketua pengawas. Yeay dah kenal (kfine, darat -.-)! After that, lantik-lah Amir dan Amirah untuk setiap Form. Amir - ketua, Amirah -ketua perempuan. Untuk Form 4, majoriti memilih Afwan sebagai Amir walaupun Afwan langsung tidak ada di tempat kejadian sebab ada hal lain -.- Pelantikan Amirah tak payah ceritalah, ok? Zzzz.

Kiteorang dibahagikan kepada biro/lajnah yang berlainan. Aku selajnah dengan Farah Hanim T^T Oh my sistaaa! I love youuu! xD So, aku harap aku dapat menjalankan tugas dengan baiklah sebagai pengawas siber yang serba pink ni. Ayat KP, "Harapannya, tak adalah yang jadi pengawas siber ni semata-mata nak pakai baju pink..." OK FINE TERASA xD

Hei, aku bukan jadi pengawas siber sebab nak pakai pink lah -.- Niatku ikhlasss ingin mendalami ilmu ICT dan membantu para pengawas lain menaikkan kembali bi'ah Islamiyyah di SMK(A) Sheikh Abdul Malek yang telah banyak berjasa kepada kami, jadi kiranya kami ingin membalasnya dengan mengembalikan suasana penuh penghayatan terhadap Islam seperti ikhwan akhowat dahulu!

Tumblr_lxpq9rhzfi1r0cjklo1_500_large

Dulu aku pernah mintak jadi Pengawas Disiplin, tapi temuduga pertama pun tak pass. But I moved on, aku tak meroyan sebab tak dapat jawatan tu. Aku ingat lagi senior aku masa Form 1 pernah berkata, "Biasanya kalau orang yang dapat jadi pengawas disiplin, kemungkinan individu tersebut akan jadi pelajar sekolah agama yang tak macam sekolah agama langsung." And it turns out it was wrong. Aku tengok semua kawan aku yang tak dapat pengawas disiplin semua akhlak mulia je.

Maybe sebab kakak tu cakap macam tu kot, so semua orang rasa tercabar, jadi semua orang berperangai baik. Alhamdulillah So, ada hikmah jugak mengapa aku tak dipilih sebagai pengawas disiplin tu, sebab sekarang aku dah jadi pengawas siber. Aku pun boleh tahan jugak bab-bab komputer/internet/ICT ni dan warna pink tu memang favourite aku walaupun tajuk entry ni sangatlah bertentangan dengan statement aku ni xD

Erk, jangan marah ye header blog aku ni terlalu besar perkataan 'PINK' tuh xD Aiii, aku cuba sedaya upaya edit blog ni supaya sama-lah sket dengan template blogskins. Aku malas gila nak pakai blogskins, cerewet. Nak edit blog ni pun terpaksa curi waktu buat homework, study apa semua. Huhu.

Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang pesan-memesan dengan kebenaran, pesan-memesan dengan kesabaran. [Surah Al-Asr]

Homework tidak pernah lupa namakuuu! Padahal aku tak pernah pun nyanyi lagu "Jangan Lupa Namaku" dekat homework aku tu -.- K nak pergi menyambut seruan Mr Homework. Awww, my new boyfriend! Mr Homework, don't worry, nanti saya datang kejap lagi date dengan anda yaaa, Mr Homework! Zzzzzzzz -.-

Comments

  1. Care to join a contest? :) http://sitimaisarahzulhaimi.blogspot.com/2012/02/express-giveaway-by-bukan-calang-calang.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts