My life as a...IDK

Tumblr_lxfxwc84fz1qbeqcyo1_500_large

Assalamualaikum. Hari ini aku tak ada apa-apa pun nak cakap. Saja je rasa nak tulis entry. Sebab dah lama sangat aku tak tulis kan. Tengah busy bersekolah. Belajar belajar belajar. Minggu ni tak berat-berat lagi. Tak ada nota banyak lagi and all that. Biasa je. Dalam kelas pun aku dah makin diam. Kadang-kadang tu aku rasa macam aku sendiri tak wujud dalam kelas tu.

Boring seyh tak ada geng. Duduk blok atas tu pun tak ada geng. Semua geng aku duk kat bawah kelas 4 Bukhari. Ramai jugak kawan-kawan perempuan aku kelas tu suruh aku masuk 4 Bukhari. Tapi malulah beb, kita ni layak masuk kelas 4 Muslim je, takkan tetiba nak mencelah dekat kelas depan kan. Huhu. Keadaan kelas sangat awkward tanpa Sofiah. Dan rasa pelik bila tak nampak muka Sofiah dan Syafiqah T^T

Musim Mengadu -.-
Duk tingkat atas tu memang forever alone. Ada kawan, tapi tak se'best' Sofiah dan Syafiqah and all that lah. Waaaaaaa, aku nak nangis je tadi masa diorang beria-ria sekali dengan Dini, Wani, Didi suruh aku masuk kelas diorang. Tapi...apakan daya, takkan sesedap hati nak tukar kelas. Biarlah, aku duduk jelah kelas 4 Muslim tu, lama-lama okaylah.

Sekali lagi aku jadi bendahari. At first aku macam nak jadi je bendahari, terlepas cakap pulak dekat Wajihah. Lepas tu bila aku fikir-fikir balik aku tak nak jadi bendahari sebab sekarang aku kelas 4 Muslim, bukan 3 Ibnu Qudamah. 3A2 dulu keadaan tak awkward. Dahlah aku seorang je bendahari. Payah jugak aku nak kutip duit dengan budak-budak lelaki.

Aku sedih gila bila aku mintak duit dengan budak lelaki, diorang buat endah tak endah je. Aku sedih sebab aku teringat masa 3A2 dulu, aku mintak sekali diorang akan terus bayar. Diorang tak banyak songeh. Gila touching aku rasa bila hari ini dah hampir empat kali aku mintak tak ada pun yang bayar. Bila aku tulis dekat papan putih barulah ada dua orang yang bayar.

23sezys_large

Yang perempuan dah settle, of course. Orang perempuan tak adalah nak buat aku sedih sampai teringat-ingat 3A2. Dahlah aku dah memang sedih terpisah dengan kawan-kawan baik aku. Azrin lah paling baik dengan aku setakat ni, selalu tegur aku bila aku keseorangan :') Terharuuuu! Ok sekarang rasa macam nak nangis tapi aku tak nak nangis, eww -_-

Mujur cikgu-cikgu yang mengajar suka buat lawak, taklah muram je aku dalam kelas tu. Yelah, biasa ada Sofiah dan 'Ainul nak dikacau secara jarak jauh mahupun dekat, buat lawak rahsia dan gelak secara rahsia. Sekarang ni, siapa lah aku ada? SIAPA? SIAPA? Tak ada sesiapa. Everyone's so serious, jeling kiri tak senyum mata dekat depan, tengok kanan semua muka masam so serious. Huuu...

Kelas 4 Muslim dahlah kipas rosak asdfghjkl. Yang berfungsi hanya satu iaitu kipas hadapan. Lampu pun rosak kecuali yang hadapan menjadikan kelas tu sangat romantik di kala hari mendung. Panas tu tak sangatlah sebab angin kuat, kan duduk tingkat tiga. Tapi setakat pukul 11 pagi jelah. Bila dah masuk tengah hari tu tak ada mana dah angin, panas terik mentari jelah. Tapi adalah angin sikit.

HUWAA, kenapa aku sedih sangat rasa sekarang ni? Ya Allah, baru je tiga hari aku dah rasa macam ni. Aku memang akan jadi pendiam tahun ni. Aku kalau ada rezeki dan kalau boleh dan diizinkan aku nak jugak join 4 Bukhari. Malu tolak ke tepi asal aku dapat tengok muka Sofiah dan Syafiqah masa belajar. Seriously aku rinduuuu sangat nak tengok muka diorang masa belajar, muka yang ceria je kalau aku tengok diorang :')

Tapi apa-apa pun aku bersyukur dengan adanya Wajihah, Sakinah, Sarah, Azrin, Adni dan Afifah. Diorang selalu je usik mengusik aku terutama Adni -.- Actually aku dah lama berangan nak sekelas dengan Adni ni tapi tahun ni baru ada rezeki sekelas. Hehe :3 Azrin pulak memang baik, dia orang first tanya pasal aku adik beradik aku etc. Bagi aku biskut dia yang best tu :')

B0ae5265a19bfb1f090dd706a49b4ffc_large

I miss 3A2 so much. Bila lalu depan kelas 3A2 (yang sekarang dah jadi 1 Biruni), aku rasa sangat sayu dan rindu menerpa ke dalam hati. Entahlah, aku rasa kelas 3A2 paling best dalam hidup aku ni. Tak tahulah macam mana form 5 nanti, tapi 3A2...tetap di hatiku. Entahlah, maybe sebab hero ada dalam kelas tu kot. Cis. Bukanlah. Aku rasa sebab aura budak-budak 3A2 ni sangat ceria dan cerah. #Aku boleh tengok aura tau macam dalam cerita Angel -..-

Kan best kalau aku stay fififteen forever. HEHE. Nampak tak? FiFifteen! That's why I like being fifteen so much. Happy memories, happy names -.- Such great memories and love. I don't think it will happen again... Tsk tsk. 'M so sad! I'm sure this sadness will pass. But the question is...when? I hope it's sooner rather than later. Because being sad because you're in your own class makes you even sadder.

Terlintas jugak dalam fikiran aku ni nak tukar sekolah. Tapi ayah aku cakap tak payah duduk asrama. Kakngah aku pun tak kasi. Ummi aku pun tidak berapa setuju dengan idea aku duduk asrama penuh. So, kat Terengganu ni mana lagi sekolah agama yang cemerlang dan tak berasrama penuh? Kat manaaaa? Tak ada kan... Nak pergi Kolej Islam Kelang...tapi SBP jugak.

Aku boleh je nak pergi sekolah asrama penuh, tapi nanti aku 10 kali ganda lagi sedih daripada sekarang ni. Tambahan pulak tak boleh update blog T^T #Adakah ini alasan sebenar tak nak masuk asrama penuh, wahai Fifi?

Aku ingat kalau aku terus-terusan sedih bila kutip duit kelas, aku ingat nak resign jelah. Suruh orang lain pulak. Dah diorang tak nak bayar duit kelas kat aku, buat apa jadi bendahari?

Comments

Popular Posts