Jom bawak henfon ke sekolah! YEAYY!
Kerek gila kot tajuk entri ni. Ngahaha.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan salam 1Malaysia. Eh, tetiba xD Lately ni sibuk pasal isu kerajaan akan menghalalkan phone untuk dibawa ke sekolah. Walaupun berita ni dah lama, bukan hotstuff lagi, tapi kat sekolah aku masih tak femes sangat, so isu ni tak dibangkitkan langsung. Mungkin semua orang dah sakit hati kot -.-
Honestly, in my opinion, tak perlu kot bawak handphone pergi sekolah. Duk ikut sangat ke Barat tuh, untuk kemajuan negara-lah ni konon. Apabila pelajar sibuk duk balas mesej dengan pakwe makwe bawah meja dan tak fokus pelajaran, ya, diorang akan menjadi orang yang berjaya, tahniah -.- Orang Barat memanglah, most of them KAFIR, kau nak ikut orang kafir laknatullah sangat tu kenapa.
1. CALLING PARENTS/CERTAIN PEOPLE IN CASES OF EMERGENCY
Kot-kotlah terpatah kaki jatuh dari bangunan separuh tingkat ke, nak call ambulans on the spot ke apa. Or tertinggal kertas kerja yang perlu dihantar pada hari tersebut ke, boleh laaa call parents suruh bawak walaupun public phone kat sekolah ada dekat 60 ribu unit. Mungkin rosak semua kot...
2. CONTACTING PEOPLE IN THE SCHOOL ITSELF
Mungkin kawan kita tu kelas dia kat tingkat 40, kita pulak tingkat 88, so letih sangat kawan kita nak naik tangga (sebab kat sekolah mana ada sediakan lif), kenalah calling calling jika nak pinjam barang ke nak bincang apa-apa. Nak jumpa dekat bilik mesyuarat, tingkat 93 pulak, kantin tingkat 5. Jauh semuanya, so terpaksalah call kawan-kawan or cikgu. Sepatutnya sediakan lif supaya senang pergerakan. Escalator ke.
Hah, nak order nasi lemak ke apa ke. Senang cerita kan. Kalau nanti ada orang cipta boleh send makanan melalui handphone, lagi lah seronok kan kan -.- Makcik kantin tak kerja dah, duk rumah je masak. Ambik pesanan guna phone je. So bagus ah kalau nanti sistem macam ni ada, pelajar-pelajar boleh bawak handphone, senang nak order. #Jauh ke depan pulaak -.-
3. MAKING PREFECTS' LIVES HAPPIER
Pengawas-pengawas pun takyah rungsing nak rampas handphone lagi dah, tulis nama orang bawak handphone. Diorang boleh hidup dengan aman tanpa si pembawak-pembawak handphone ni buat gaya menyindir kat diorang style tayang-tayang phone depan diorang sebab diorang je ada phone kat dunia ni. Maklumlah, touch-screens... Mungkin anak orang kaya, kadangkala pabila dia ke Singapura -.-
Hidup pengawas lebih tenang dan diorang pun boleh bawak sekali. Bolehlah buat pengumuman tanpa ragu-ragu terjumpa fon di tengah jalan, "Perhatian kepada semua pelajar, sesiapa yang ada kehilangan handphone, harap maaf sebab phone anda telah hancur dimamah bumi."
1. SOCIAL PROBLEMS INCREASE AT A HIGH RATE
Memang akan bertambah secara mendadak. Sekarang ni pun dah agak teruk perkara ni. Gejala sosial ni memang payah nak dibendung sekarang ni, so langkah dia kena cegah dari awal. Bukan menggalakkan lagi, haiyooo yooo maiyooo. Yalah kan, mula-mula mesej orang sebelah.
"Hai awak, saya duk tepi awak ni awak sedar ke tak? Hihi."
Permulaan segala kes couple mouple nak makan epal sekarang boleh tak --"
"Eh awak duk sebelah saya ke? Tak sedar, tak layan."
Konon lah tu jual mahal. Lepas balas mesej habis kredit RM5.50, akhirnya...
"Jom couple? Kita kan duk sebelah menyebelah je. Saya hensem awak comel, sepadan lah kita berdua. Kan kan?"
Hmm, aku terima couplenya lah jawabnya -.-
2. UNFOCUSED STUDENTS IN CLASSES
Perkara ni memang akan terjadi. Tak kira ah sekolah mana-mana pun. Mesti duk sibuk mesej bawah meja ke apa ke. Kalau kat Twitter tu, tweet semacam gini; "What school really taught me 1) Texting without looking...." So, nampak tak kat situ? Siap boleh mengumpat lagi tau. Tambah dosa pulaaak. Hisy.
"Weyh, bosan gila cikgu ni ajar."
Padahal dia tu tak fokus or catat apa yang cikgu tengah ajarkan.
"A'ahlah, mengantuk gila aku. Ada cokelat tak?"
Apa lagi seluk beg lah cari cokelat ke gula-gula ke cotton candy ke.
"Nanti aku pass dekat minah sebelah ni."
Happy gila kawan yang mintak cokelat.
"Thanks! Sayang kau gila! Sahabat aku selamanyaaaa!"
Baru nak mengaku sahabat...
"Sudah sudahlah tu mengumpat saya. Saya suruh awak jawab soalan nombor tiga awak dengar tak?" - Cikgu mesej tetiba
.............
Erk tetiba cikgu pulak mesej macam tu memang ah cuak kan? -.-" Sejak bila cikgu ada nombor pelajar pun tak tahulah aku.
3. ENCOURAGING STUDENTS TO CHEAT IN EXAMINATIONS
Ahah! Pengawas peperiksaan bukannya setiap pelajar tu ada seorang pengawas, at least kalau dalam 120 orang tu ada 12 pengawas peperiksaan. Kalau dalam exam biasa (bukan yang awam punya), sekelas seorang cikgu. Macamana pengawas/cikgu ni nak detect kalau pelajar-pelajar ni pandai main sembunyi handphone untuk mesej kawan-kawan dia? Or even parents, family and other people luar sekolah?
Ambik kau! Last sekali salah jugak. Haa, lain kali tanyalah cikgu Geografi -_-" Ini kalau salah, kalau betul, kira menipu ler. Tak jujur... Bukan hasil usaha sendiri. Menipu je kerjanya, tak baik tahu?! And then mulalah nak bangga sebab ranking akademik seluruh negara naik mendadak. Tahu-tahu jelah kesedaran diri masyarakat sekarang dah makin kurang, so chances for students to cheat in examinations if handphones are allowed to bring to school are quite gruesome -.-
4. THIEVES AND LOSSES
Hmm... Memang akan meningkatlah kes kecurian kat sekolah. Remaja ni tak boleh tengok handphone orang lebih pada dia sikit, mesti nak sabotaj --" Sengaja rosakkan kawan punya phone and all that. And all these will lead to...? Unit Disiplin. Guru disiplin pening sebab terlalu banyak kehilangan phone, pengawas pun naik pening buat siasatan/spot check.
5. SHARING OF STUPID PICTURES AND VIDEOS
Yang ini common and will happen. Sekarang ni pun dah berlaku. Cumanya tak banyak (walaupun banyaklah jugak). Nanti kalau dah bolehkan bawak phone ke sekolah, haa... Imagine, bayangkanlah sendiri ye. Aku malas nak terang lebih-lebih. Perkataan 'stupid' tu pun dah ditapis, nak guna perkataan sebenar nanti kotor blog aku nih. Kayyy? -.-
Aku tak faham kenapa pulak nak halalkan segala bagai. Dah elok-elok haram phone, nak halal pulaak --" Lagi banyak buruk dari baiknya. Kalau nak kira sebab ada kebaikan/advantages, semua benda kat dunia ni kena HALAL lah termasuk minum arak and makan babi. Betul ni aku cakap. Minum arak ada kesan baik, makan babi pun ada kesan baik, tapi disebabkan kesan buruk tu lebih banyak dari kesan baik, Allah telah mengharamkan kedua-duanya.
Haa...kan berkait dengan arak dan babi pulak tetiba. Just contoh je.
Yep, semua orang cakap ini permainan politik. What?! Umur 21 tahun baru boleh mengundi, okay! Mana ada budak sekolah umur 21 tahun -_____-" Takde maknanya budak-budak sekolah yang umur 7 hingga 18 tahun nak pergi cakap dengan mak ayah diorang suruh undi itu ini. Budak-budak sekolah ni malas gila nak pikir soal politik sebab terlalu complicated. Biar orang tua jelah yang berpolitik, bila sampai masa nanti kiteorang lah yang ambik alih.
Kiteorang?
So sekarang ni boleh kita katakan,
NAMPAK TAK PERMAINAN DIA? ;)
Salam Ramadhan and Happy Fasting to All Muslims ♥
Eee untung lah boleh lukis comel-comel. Kita ni..... u_u
ReplyDeleteJelly with Fifiey ~ *bace 2 bulan lalu tpi baru komen* xD
ReplyDelete