Masa kecik kecik dulu....

Assalamualaikum and respect.


Ni nak cerita. Aku ni kan anak bongsu dalam keluarga. Aku ada tujuh beradik. Umur aku dengan anak sulung tu jarak dia 22 tahun JER. Then anak kedua beza umur dengan aku 20 tahun JER. Sampai lah anak yang keenam tu, beza aku dengan dia HANYALAH sembilan tahun. Sepanjang sembilan tahun abang aku yang last tu ingat dia akan jadi anak bongsu. NEVER. Muahaha *kejam pulak*

Al kisah, aku membesar ketika adik-beradik lain dah masuk alam remaja, dah masuk universiti. Masa umur aku dua tahun, Ablong dah kawen dah. Tu sebab dapat anak sedara umur dua tahun je lebih muda -.-" Kiranya aku membesar dalam kalangan orang lain dah dewasa. Tapi bila aku masuk empat tahun, aku sengsorang dah. Abang dan Amuh duk asrama. Ablong dah kawen, duk KL. Kakngah kat New Zealand belajar. Abcik belajar jugak di KL. Kakak kat UIA.

Ummi and Walid pun masih bekerja sebagai guru. Aku duduk dengan keluarga angkat, Ma and Abah. Diorang ada anak dua orang, Kah dan Afiq. Both dah sekolah menengah. Rumah diorang dekat je, so diorang jaga aku siang. Petang tu Ummi and Walid aku ambik... Dulu aku comel tau. XD

Tadaa! Tu lah aku. Aku jumpa ceruk mana entah gambar ni -_- Dulu aku suka pakai gaun. Girlish sangattt! -.- Sekarang memang taklah aku nak pakai gaun. Dulu aku suka pakai mekap. Gincu segala. Mak angkat aku tu ada buka kedai facial macam tu ah. Sebab tu la kot aku suka mekap segala. Kalau dulu, habis gincu Ummi & Kakngah aku main. Ummi la mostly. Lepas tu aku teringat, satu hari tu Ummi ke Kakngah ke Kaklong entah yang beritahu aku, "Jangan pakai gincu kecik kecik, nanti bila besar bibir jadi gelap, tak merah dah." Aku pun dah tak pakai lepas tu -_- Sampai sekarang pun aku tak pernah sentuh dah gincu. Lip balm pakai ketika perlu sahaja, ketika bibir sedang mengeringkan dirinya -.-

Okay. Memandangkan aku membesar dalam kalangan orang dewasa, so aku ni jadi lebih matang dari usia aku. Bayangkan, bayangkannnnnnnnnnn! Umur tiga tahun aku tengok drama kat TV, aku menangis bagaiiiii! -Sumber: Kakngah -_- Aku pun ingat jugak ah dulu, aku pernah nangis sebab tengok cerita pasal ayah and anak terpisah lepas tu bila bersatu kembali... Fuyoohh, sedih tau. #Ehekkk

Aku ingat sangat masa aku sekolah rendah dulu, aku selalu mengadu kat Kakngah aku. Nak tahu apa aku cakap?
"Tak sabarnya nak besar. Nak kerja. Macam Kakngah."
And then korang tahu Kakngah aku jawab apa?
"Adik, adik kena appreciate masa sekarang ni betul-betul. Nanti bila dah besar, mesti adik rindu sekolah. Rindu kawan-kawan semua. Bila besar nanti banyak masalah nak kena fikir. So, habiskan waktu sekarang dengan perkara-perkara gembira. Jangan fikir lagi nak besar. Cherish every moment of your childhood. Kalau Kakngah, terasa nak balik semula zaman sekolah dulu dulu..."
Korang ingat aku dengar ke? Aku terus dengan impian aku nak jadi besar, nak jadi dewasa. Impian ke? Aahh, kanak-kanak tahu apa. Tak tahu erti kehidupan lagi. Yang ada cuma main main main. Kawan-kawan. Kawan-kawan. Ya, hanya kawan-kawan. Tak kenal erti SAHABAT pun lagi. Dulu tak tahu. Tak faham. Tak faham erti kesusahan dan beban yang akan menimpa, tatkala emosi mengawal diri. Ahh, itu takkan difahami kanak-kanak yang berjiwa suci dan riang.

When I was younger, I wanted to be older. But back then I was just a kid. I knew nothing.

Tumblr_mkf8pqfllh1rmvc21o1_500_large

Tak sangka pulak bila dah meningkat dewasa ni, malah belum pun sampai tahap dewasa, dah terasa bagai nak terkandas di zaman remaja ni. So much for getting older, right? Haha. Aku rasa macam the joke's on me T_T Tak sabar sangat nak jadi dewasa, so this is it. Enjoy your teenage years, teenager. Tak best kan bila rasa macam ini. Kekadang tu rasa macam nak gila ada jugak. Cuma kerana secebis iman senipis-nipisnya, masih waras lagi hingga ke hari ini T_T

 HAAAAAAAA! Ini masalah utama. Perasaan cinta. Of course-lah, time remaja ni mula nak berkembang. Bak kata aku kepada Auni dan Alya, "blooming". Wahahaha. Satu hal lah yang payah, nak simpan perasaan cinta ni. Nak kena hadap orang yang dicintai tu *errr* tanpa orang tersebut mengetahui yang kita mencintai dia. Eeeeeeee gelinya. But that's the fact. Semua ada masalah.

Kalau yang berpendirian sekolah agama, yang say no to couple. Problemnya ialah? Terrrrrrjatuh cinta even though taknak. Dan terpaksa tahan perasaan sampai rasa nak pecah. Or worse orang yang disukai tu dengar-dengar cerita dah berpunya or suka dekat orang lain blablabla. Problem meh. Second is, yang tak berpendirian sekolah agama *lol*, yang COUPLE. Hmm. Gaduh. Break up. Putus cinta patah hati.

Hmm. Kalau ingat-ingat, dulu masa kecik-kecik takde nak terjatuh hati semua ni. Semua pakat main je, siap main kawen kawen lagi dengan kawan lelaki. Bertempuk tampar perkara biasa, tetapi itu semua zaman jahiliyah. Wahaha.

 Friends. Maybe dah jumpa sahabat. Kawan dan sahabat ni lain tahu! Ada yang dah jumpa sahabat, ada juga yang belum. For me, aku sendiri tak pasti. Maybe sudah. Hahaha. Problemnya timbul bila kawan-kawan ni diorang jenis tak ambil berat. Tak nak tahu hal kita. Orang yang kita anggap kawan baik, langsung tak rasa yang kita ni kawan baik dia. Pernah rasa? Hmm. Lalala.

Ada pulak yang jenis suka cari gaduh. Then timbullah puak-puak yang memusuhi antara satu sama lain. Yang membenci. Yang menjadi rival di sekolah dan di sana sini. Aiyo. Bash di Twitter, Facebook dan sebagainya, seperti orang tiada waras lagi -_- Kalau dulu budak-budak, siapa biasa "Tak nak kawan" dengan kawan-kawan dia? Dulu tak tahu erti kawan. Sekarang?

Ada jugak kawan yang jenis tak reti bahasa. Orang tegur, nasihat tak dengar. Hmm, macam macam ragam.

Dan kawan-kawanlah yang mencorak siapa diri kita sebenarnya. Sebab kita banyak habiskan masa dengan kawan. Ada kawan pun bagus jugak, boleh berkongsi rasa. Ada sahabat laaaaaaaagi best, susah senang bersama. Menangis bersama, ketawa bersama, jangan buat aku nyanyi kat sini #Lol


Family? Hmmm. Kepada yang ada masalah family sahaja ya. Or mungkin terjebak sama dalam masalah kemelut keluarga. Maybe tak ada sangkut paut dengan diri kita, tapi kerana keluarga ada masalah, kita terasa sama. Cuit paha kiri, paha kanan terasa jugak. Huhu. Keletah adik-adik yang suka kacau kita. Bising bising. Mak ayah suka gaduh ke. Or terlalu pressure ke. Problem lah tu. Teenagers.

Aku tak ada sangat masalah family ni. So tak tahu nak terang apa lagi. =.=

HAAAAAAA! This is the biggest of all! I think. Bukan study sebenarnya, tetapi dalam konteks SEKOLAH. Nak study, nak dapat cemerlang exam, sebab harapan ibu ayah semua. Tapi pada yang sama kena urus itu ini. Urus masa. Ada kerja pengawas, kerja persatuan, cikgu suruh masuk pertandingan itu ini. Mana satu kita nak buat? Masa untuk diri kita nak campak ke mana? Huihhhh banyaaaak tuh!

Kalau macam aku, sibuk dengan segala bagai, pengawas siber lagi, persatuan, kelab, rumah sukan, memang kekadang aku rasa nak gila jugak. Lepas tu tahun ni memang tahun SPM kan, so sangat busy dengan kem dan kelas tambahan, sampai kekadang kena tinggalkan and then punyalah susah nak cover balik pelajaran yang tertinggal tu. AND THEN! Tuisyen! Bayar mahal-mahal, hujung minggu biasa ada program atau aku malas (yang ni tak boleh buat apa dah kecuali ubah attitude diri sendiri).

Then aku ni teringin jugak nak baca novel-novel Inggeris yang aku selalu baca tu T_T Tapi terpaksa-lah berkorban. Blog ini juga. Terpaksa update sekali-sekala sahaja.

Aim kita straight A+'s. Tapi usaha kita untuk dapatkan semua A+ tu terganggu dek kerana kita sibuk dengan menda lain. Huhu. Tekanan perasaan lagi. Dengan stresnya. Ya Allah, hanya Allah je yang tahu perasaan kita kan? Ya, hanya Allah...

599973_10150898282550686_19914912_n_large

The solution to all the problems is easy. Turn to Allah. He's never far away, put your trust in Him, raise your hands and PRAY. Subhanallah. Ingatlah, walau banyak dugaan menimpa, even dugaan yang berbunyi "dulu aku nak jadi dewasa sebab rasa bebas dan best tetapi kenapa bila aku dah dewasa ni keadaan semakin tunggang terbalik dan rasa macam nak pecah kepala dan nak menangis setiap saat dan nak memberontak oh tidak". Yep, that kind of feeling.

Aku pun dua tiga menjak ni sangat tak stabil. Bermacam perasaan datang bertandang. Sebab tu entri ini wujud. Terrrbaca pulak cerpen dalam buku Simfoni Cinta karya Hilal Asyraf, yang menggambarkan situasi aku betul-betul. Tapi yang menjadi perbezaan ketaranya, semua watak dalam cerita tu sangat rapat dengan Allah, tapi aku ni haaa? Dari situ aku cari kekuatan dan kelebihan.

Aku tahu aku kuat. Memang kuat. Tapi tak cukup kuat sebenarnya. Sebab itu aku kena cari sesuatu untuk kuatkan aku. Dan sesuatu itu ialah mendekatkan diri aku dengan Allah, lebih rapaaaaaaaat lagiiiiii. Rapat rapat rapat. Aku hampir jatuh, hampir nak tersungkur, tapi aku terpaksa kuatkan diri. Sebab kalau aku tak kuat, siapa lagi? Nasib baik ada sahabat-sahabat aku yang memahami dan menguatkan aku, tak lupa juga ada yang memberikan sindiran pedas lagi bernas yang punya potensi untuk jatuhkan aku lagi.

Mujur sahabat-sahabat lain tu mampu meng'cover' balik. Tenang di situ.

Tapi tak cukup tenang. Mengadu. Pada. Allah. Yang. Satu.

Semoga aku lebih kuat hari ini, esok dan selama-lamanya 

Comments

  1. sama-sama . saya dulu pun tersa nak cepat besar , bila dah besar dah jadi budak2 balik arghhh haha(cehh besar ke hoho )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts