SHAMS itu apa sebenarnya?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.
Sebelum anda memulakan pembacaan, ketahuilah anda bahawasanya penulis blog ini ialah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek yang terletak di bandar Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu yang fehmes. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1984 (pengambilan pelajar-pelajar pertama). Sebuah sekolah yang banyak melahirkan pejuang Islam dan insyaAllah akan mengeluarkan lebih ramai lagi pejuang Islam, insyaAllah. *terharu*
Orang biasa panggil sekolah kami ni "Sheikh Malek" or "SHAMS". Contoh ayat; 'Awak sekolah Sheikh Malek ke?' atau 'Adakah awak pelajar SHAMS?' but I think "Sheikh Malek" is more popular than SHAMS since there is another SHAMS in Seremban -_- yeaaa, kebiasaannya orang akan cakap 'budak Sheikh' or 'budak Sheikh Malek', 'budak SHAMS' jarang tapi SHAMS digunakan untuk singkatan nama sekolah.
Jadi, apakah maksud sebenar SHAMS ni?
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya SHAMS ni, singkatan ke apa ke, ada maksud tersirat ke. Dan yang dah tahu, mostly tahu yang SHAMS tu Sheikh Abdul Malek Secondary School. K, mesti pelik jugak kenapa tak SAMSS? Kan kan kan siapa rasa pelik? PELIKKKKKKKKKKKKKK SANGAT?
Sampai baru-baru ini aku ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, wakil sekolah acara lempar cakera, ada-lah wakil sebuah sekolah ni yang berbual depan aku dengan kawan dia. Dialognya lebih kurang
Si A: SHAMS tu ape ah?
Si B: Sheikh Abdul Malek School...
Si A: Oh puh-lease lah...
Oleh sebab dialog mereka itulah aku rasa nak tulis entri pasal SHAMS ini. Terima kasih kerana memberikan saya idea tersebut. Dan saya rasa perlulah saya jelaskan di sini SHAMS tu bukanlah hanya sekadar Sheikh Abdul Malek Secondary School. Kiteorang tak heranlah dengan nama omputeh camtu. Takde makna pun. Malah lebih tak bermakna dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek sebab tak ada 'AGAMA'.
Sheikh Abdul Malek Religious School.
SAMRS? K maybe not -.-
MATAHARI
Untuk yang tidak mengetahui, marilah saya memberitahu anda agar anda mengetahui -_- Shams maksudnya ialah matahari. Shams itu Bahasa Arab. So SHAMS is not just a name, it symbolizes the school itself, a SUN. Not just a sun, a bright shining sun in the morning. Bagi akulah, SHAMS tu memang matahari sangat sangat sangat. Sangat special untuk aku. Sebab matahari itu sentiasa bersinar tak kira waktu. Tempat mekarnya bi'ah islamiah.
Dulu ada ustazah pernah cakap,
"Apa? Awak ingat SHAMS tu Sheikh Abdul Malek Secondary School? SHAMS tu asy-syams! Matahari! Ada dalam Al-Quran, salah satu surah!"
Bukan calang-calang singkatan yang dipilih. Nak bagitahu dekat sini, even nama singkatan pun kena ada makna tau *eh kenapa diri ini yang terasa XD*. Sheikh Abdul Malek tu seorang tokoh ulama' yang terkenal. Ada sebab kenapa nama beliau dipilih untuk dijadikan nama sekolah kami. InsyaAllah supaya ramai kelahiran SHAMS yang akan menjadi ulama' suatu hari nanti!
Adakah anda sudah jelas akan maksud SHAMS tu? Semoga SHAMS, matahari kami terus bersinar.... :)
Sebenarnya aku sentap mendengar mereka yang berdialog di atas sana tuh. Memang sentap gila. Tapi aku senyum jelah masa tu. Sebab diorang tak tahu. Tapi buat-buat tahu -_-" It's OK. They don't know SHAMS, so dimaafkan. Cuma kita sebagai hamba Allah ni, jangan pandang rendah dekat orang lain. Never ever do that. Jangan ingat kita ni tinggi sangat (saya tidak berbicara soal fizikal, sekian xD).
Saya tahu sangat sekolah anda sentiasa dapat keputusan terbaik Terengganu. Sekolah saya pun sama jugak. Tapi adakah itu bermakna kita boleh memandang rendah terhadap sekolah lain? Siapa kita ni nak tengok orang lain dengan pandangan sebelah mata sahaja? SO PEOPLE, please...do not, ever, underestimate others. Because you never know them.
Hanya Allah sahaja yang tahu dan boleh nilai hamba-hambaNya.
OKlah, korang jangan sedih k. Maybe this is my last entry before SPM. MAYBE OK. Korang macam tak kenal aku. Tapi please make doa for me supaya aku stay istiqomah. Sebab sayangkan sekolah, sayangkan SHAMS, nak matahari lebih bersinar, aku kena berkorban sebanyak ini. Pengorbanan okay. Dan aku mungkin akan berkorban lagi.... Allahu. Doakan aku dapat buat keputusan tepat.
Doakan, doakan. Bukan setakat 11A+ SPM, tapi doakan aku jadi Muslim yang solehah. Muslimah solehah. Berakhlak mulia. Dan doakan aku agar mempunyai keyakinan diri tinggi dan percaya pada diri sendiri. Thank you korang. Adios.
Bertemu lagi di puncak kejayaan, 11A+ SPM 2013 ♥
Comments
Post a Comment