Permata.
Dan dengan itu,
Pergilah seorang permata,
Seorang insan yang dikasihi,
Bukan kerana rupanya,
Bukan juga kerana pangkatnya,
Tidak pula kerana hartanya,
Tapi sayang untuknya
Kerana perjuangannya,
Kerana pengorbanannya,
Kerana kebaikannya,
Kerana jihadnya di jalan Tuhan,
Insan yang mulia,
Ulama' pewaris nabi,
Alllahu...
Perginya beliau pada malam yang berkah,
Maka mungkin makhluk selain manusia juga turut menangis,
Perginya seorang tok guru,
Perginya beliau,
Meninggalkan kita semua,
Di dunia yang kian rapuh ini.
Berehatlah, Tuan Guru...
Bergembiralah engkau dapat bertemu Penciptamu,
Sungguh...kerana Dia kehendaki,
Dia ingin bertemumu, wahai Tuan Guru...
Bersemadilah di sana,
Moga syurga tempatmu.
Dan kita yang di sini,
Masih menghitung hari,
Menunggu saat dijemputnya mati,
Berssdiakah kita andai tiba saatnya nanti?
Teruskanlah perjuangan kita.
Tak sehebat Tuan Guru pun, usahakanlah yang kita mampu.
Permata yang pergi,
Tak kukenal engkau secara dekat,
Tapi mendengar namamu sudah timbul perasaan kasih,
Sebagaimana insan lain juga.
Untuk nenek aku,
Tabahlah dengan berita ini,
Sudah tiba masanya Tuan Guru bertemu Tuhannya.
-permata-
Comments
Post a Comment