Hai! Let's start with our Day 2 in Sabah!
Kami bangun jam 5 pagi untuk menunaikan solat Subuh. SEJUK GILA NAMAMPS HOCCAY! Even seorang Ipy yang berkulit tebal dan lemak berlapis ni sejuk sampai rasa nak sambung tidur. Eheh! Bilik air aku ada heater, so alhamdulillah tak perlu-lah berwudhu' dengan air sejuk 2° Celsius. Kk tak sure lah pulak berapa darjah tapi sejuk la.
Aku & Piah tidur balik lepas solat sebab rasa masih awal untuk bersiap. Janji dengan pakcik pukul 8 pagi, sebab nak terus check-out memandangkan takkan balik homestay tu dah.
Bersiap lambat sikitlah sebab Kakti tumpang mandi bilik air kitaorang - heater bilik dia rosak. Lepas tu banyak bunyi pulak suruh kita cepat mandi, menumpang tu buat cara menumpang kay!
Lepas dah siap kemas beg, gosok tudung semua, kami pun naik kereta (pakcik la drive) untuk gi breakfast. Tapi sebelum tu, pakcik berhentikan kami tepi jalan untuk ambik gambar view Gunung Kinabalu yang clear (tu pun kabus nak tutup dah dalam masa beberapa minit lepas tu!).
|
Gais ni Kakti, dia single lagi |
Tengah syok-syok ambik gambar tu, tetiba...
Ada tragedi ringan berlaku - penutup lensa kamera (yang bulat tu) jatuh dalam longkang melalui lubang longkang tu!!! IPY MULA MURUNG GAIS! Longkang tu pulak jenis longkang yang tutup dengan simen tu. IPY MEMANG MURUNG!!!
Mula-mula memang semua kata takyah ambik sebab tak tahu cemana nak ambik. Masa tu aku dah mood kelaut dah. Setelah berfikir dan muhasabah, aku gi bagitau pakcik pasal insiden tersebut.
Pakcik pun menjadi hero dengan menyeluk tangan beliau melalui lubang tu dan penutup lens kamera berjaya diselamatkan! (Dan dibasuh dengan air) TERIMA KASIH PAKCIK!
|
Saat-saat sebelum murung |
After that, kiteorang pergi breakfast dekat satu kedai ni. Mula-mula macam excited la kan sebab lapar. Lepas tu.... entah kenapa, bila kami tengok nasi goreng yang kami order tu, macam loya gila. Tapi kami gagahkan jugak makan.
Ya Allah bila teringat balik rasa nak muntah, padahal nasi tu biasa je. Eee entahlah kenapa rasa geli.
Nasib baik air aku minum (Milo panas) rasa macam Milo normal dan dapat menahan dari keloyaan kat tekak ni. Dah siap makan dan bayar semua, kami naik kereta dan terus menyusur laju ke Desa Dairy Farm untuk MELIHAT LEMBU NEW ZEALAND KESUKAAN KAKTI!
Pakcik drop kami kat situ and kami pun turun dan explore-lah tempat tu.
Sampai kat depan tu, bergambar lagi dengan Gunung Kinabalu. Layan jelah gambar-gambar ni k.
Ada satu spot boekkk punya nak ambik gambar tapi ada sekumpulan kawan yang agak hipstur ni lama gila nak boleh siap bergambar. Eh helo, tahu-lah hipster tapi orang lain nak bergambar jugak k.
|
Wajah tak puas hati dengan mamat hipster |
Namun, setelah itu...
|
YAYY!!!! |
Selain ambik gambar manusia dengan gunung, gambar pemandangan gunung sahaja pun ada. Cuma gambar lembu je tak ada. Ahaks. Sebab lembu jauh di belakang sana.
|
Betul kan aku kata hijau kat sini lain? ❤ |
|
Ini gambar ada seorang akak tu ambikkan - YAY THAHABOUDS! |
Selain hijau yang menawan, bunga-bunga dekat Kundasang ni semua cantik. Stres la gini rasa nak ambik gambar je manjang.
|
Kembangnya bunga dari Terengganu ni |
|
HA! AESTHETIC TUMBLR TAK! |
Dah puas ronda kawasan depan tu, kami masuk ke dalam tempat proses susu lembu (ye ke?), tapi kami masuk dalam satu building ni-lah. Dalam tu ada jual susu segar dan aiskrim dan jugak cheese. Memandangkan dah terbaca sebelum ni di blog-blog yang susu dan aiskrim wajib try, kami beli-lah seorang satu.
Tapi Piah beli dua susu. Satu susu segar biasa, satu lagi susu coklat. Aku beli susu biasa, Kakti dan Piqah beli susu coklat.
|
Ini cheese. Tapi tak beli-lah sebab tak reti makan cheese saja. |
Aiskrim ada dua perisa je, perisa coklat dan perisa yogurt. Aku dan Kakti ambik yang yogurt, Piah dan Piqah coklat.
|
Nyums! |
|
Aesthetic #2 |
Aiskrim yogurt dia sedap gila ok. Rasa macam makan cheese tapi versi aiskrim tapi sedap. Ya Allah kat mana nak dapat aiskrim gini kat sini. Dahlah dia lambat cair sebab kat Kundasang suhu rendah, so aiskrim cair lambat-lambat gitu. Boleh menikmati sambil rasa udara segar Kundasang.
Yang perisa coklat aku tak rasa sebab aku memang tak suka aiskrim coklat. Lagipun, aiskrim ni dapat dalam kuantiti yang banyak, so tak sempat nak rasa aiskrim orang lain sebab aiskrim kita pun tak habis lagi LOL!
|
Aesthetic #3 |
SUSU DIA MEMANG SUPERB DE WOW MIMSY DE PORPINGTON! Sebagai seorang yang gemar minum susu, aku boleh katakan susu ni lah susu paling sedap aku pernah rasa! (Yelah, selama ni minum Everyday, Dutch Lady je pun) Susu perisa coklat pun sedap jugak aku minum yang semua orang punya siap habiskan yang Kakti punya ahaksssssss
|
Pendeknya Piah dalam gambar ni |
Kami makan aiskrim di bangku meja kat luar bangunan yang kami beli aiskrim dan susu tadi. Kena turun tangga belah belakang bangunan tu. Berdekatan dengan bangku tu pulak ada ladang anak lembu di mana kita boleh bagi makan dan minum kat anak lembu tu. (Kena beli la minuman dan makanan tu)
|
Menuju ke Calf Pen |
Pada saat aiskrim dah nak habis, kami tiba-tiba terbau busuknya tahi lembu. KAH! Memanglah 'kan, dah nama pun ladang lembu. Teringat pulak Cikgu Rabiah (kaunselor sekolah menengah kami) beritahu hari tu yang ladang lembu tu bau busuk! Masa mula-mula masuk tadi takdelah bau busuk pun, lepas makan aiskrim tu je tetiba bau tahi menerpa!
ALYA MESTI SUKA BAU TU!
Disebabkan bau busuk tu datang, kami ambil keputusan nak gerak lu pape roger ah dari tempat tu. Namun begitu, entah macamana aku dan Piqah terpisah dengan Kakti dan Piah.
Rupa-rupanya Piah dan Kakti pergi tengok anak lembu. Menurut ceritera Piah, Kakti telah membeli makanan dan minuman untuk diberi kepada anak lembu, tetapi DIA GELI, jadinya Piah-lah yang memberikan susu kepada anak lembu tu.
Sia-sia nau kau datang tengok lembu, Ti, tapi penggeli. CC Kakti
|
Gembira nau Peah |
Kami ada bincang, lembu minum susu dia sendiri ke? Lepas tu aku jawablah, "Yela kot." Tapi diorang macam ragu-ragu pastu akhirnya kata, "Tak-lah. Takkan minum susu sendiri." Aku pun kata, "Anak lembu mestila minum susu mak dia kan? So lembu minum susu lembu jugaklah!" Muka diorang pun berubah macam "OH I JUST REALISED THAT"
Sabor jelah
Meanwhile, aku dan Piqah pergi berjalan-jalan tengok bunga yang cantik gila warna. Kena dengan hijau yang damai. Mestilah ambik gambar kan!
|
In real life lagi lawa |
|
Dilarang memetik bunga kecuali bunga yang warna pink tu hiks! |
|
Malu la ceni ambik gambar itew |
|
Sambutlah cintaku sang pria |
Setelah siap berangan, kami pun slow slow gerak ke tempat yang pakcik turunkan kami masa mula-mula sampai tadi. Lepas tu, kami jalan la tepi pagar menuju ke tempat yang ada batu tertulis "DESA DAIRY FARM". Pakcik tunggu dalam kereta berdekatan situ.
|
Buka mata ke tak tu |
|
ACAH ACAH JE!!!!!!! |
|
Ni acah-acah jugak tapi kurang sikit |
Sebelum batu yang bertulis DESA DAIRY FARM tu, ada satu batu besar ni boleh panjat and ambik gambar cool gila dengan background Gunung Kinabalu (lagi). Tapi kami tak naik-lah sebab kang jatuh, sia-sia je datang Sabah.
Kami pun proceed ke batu bertulis tu.
|
Pakai baju Hogwarts! |
|
Kakti pun pakai baju Hogwarts! |
|
Gunung Kinabalu dilitupi sedikit kabus |
|
Desa Dairy Farm Rock |
|
Thahabouds tudung kemek |
|
Persediaan ambil gambar berempat |
Tengah kami duk sibuk cari orang nak tolongkan ambil gambar kami berempat, ada-lah sekumpulan kawan ni jugak mintak tolong aku ambik gambar diorang. Aku on jelah.
After that, one of them tolong ambilkan gambar kami. Tapi sebelum tu aku nak test dulu ambil gambar satu, untuk reference kepada that person yang nak ambilkan gambar. So, dia pun masuk sekali dalam gambar cubaan tu kihkih
|
Macam geng sekali! xD |
Lupa OK nak berkenalan dan bertegur sapa. Dengar pada dialek dia, macam Sabahan jugak. Tapi, entahlah. Aku hanya mampu menebak.
|
REDHO JELAH KAN TUDUNG DITIUP ANGIN |
Dah siap bergambar dengan tudung yang ditiup angin kenchang, kami pun naik kereta dan pakcik pun bawak kereta meluncur laju ke Kiram's Village. Sebenarnya tempat ni macam homestay/lodge macam tu, tapi disebabkan pemandangannya yang indah, pakcik bawak kami ke situ.
|
Apa-apa hal, selfie dulu seround |
|
Bunga banyak jenis kat sini, lawa pulak tu |
|
Kami dibantu oleh sebatang selfie stick untuk selfie beramai-ramai |
|
More flowers -- boleh OOTD di sini |
|
Boleh juga ambil gambar tangan lepas tu letak caption yizlumik |
|
Agak-agak kalau stay sini, mahal tak? Kikiki |
|
Sukanya view belakang tu, rumah dia cute |
Sejurus itu, pakcik bawa kami ke arah Pekan Kundasang kembali untuk melawat Kundasang War Memorial. Nak masuk tempat ni kena beli tiket, RM2 seorang.
The Kundasang War Memorial is a memorial located in Kundasang in the Malaysian state of Sabah, which is dedicated to the British and Australian soldiers who died in the Sandakan POW camp during their death marches to Ranau. [credit:
Wikipedia]
|
Thank you, random Sarawakian, for taking our picture EHEH! |
|
Kena naik tangga sikit |
|
Ada macam taman gitu kat atas ni |
|
Senyuman loner |
Dekat atas tu ada macam satu galeri macam tu, boleh masuk dan tengok video pasal tentera-tentera yang terkorban ni. Kami tak masuk-lah, just jalan-jalan sekitar tempat tu. Ada tempat jual souvenir, dan depan tu ada macam galeri outdoor untuk memperingati tentera yang gugur. (Tentera yang gugur? Bapak ah macam subtitle Melayu dalam cerita omputeh, direct translate: fallen soldiers)
Sempat beli dreamcatcher saiz medium dekat kedai souvenir tu AHAKS! Warna merah menyala dengan penuh bebulu. Dah lama tau nak ada dreamcatcher, since Twilight New Moon lagi. Kehkeh.
|
NAK YANG MACAM BELLA TUUUUUU |
Kakti lama gila kot dekat tempat souvenir ni *sighs*. Piah dan Piqah dah ke depan dah, aku stay dengan Kakti tengah pilih dreamcatcher lah, magnet lah, keychain monyet lah apa lah. Sambil-sambil tunggu tu aku gi ambik gambar dulu.
|
Kalau rajin zoom-lah |
|
Origami! (dalam kotak yang warna-warni tu) |
Dalam Kundasang War Memorial ni ada Australian Garden & English Garden.
|
Australian Garden |
|
*inserts deep caption* |
|
English Garden |
Lamaaa sikit, baru catch up dengan Piqah dan Piah. Itu pun sebab dah habis pusing. Rupanya pusing-pusing tempat sama je. Lerrrrrrr
|
Sarpeah |
|
Selfie satu kali |
|
Menghadap muka dia ni jelah |
|
Apa nama tempat ni tak tahu-lah pulak huhu |
|
WhatsApp jodoh ke tu |
|
"Wish you were here...." - ipyloner96 |
|
"Ipy! Ambik gambo saye se!" K |
|
*pasang lagu Untukmu Teman* |
Lama jugak kami kat War Memorial tu, sebabnya lepas dah habis pusing, Kakti bagitahu Piqah dan Piah ada jual souvenir murah dekat tempat kami beli souvenir awal-awal tadi. Jadi...patah balik ke kedai souvenir.
Seusai membeli souvenir, hujan mulai turun renyai-renyai. Kami pun cepat-cepat kembali ke kereta dan pakcik pun memulakan perjalanan ke Ranau. Sebelum tu, pakcik singgah kat mana entah, untuk ambil gambar lagi.
Maafkanlah saya sebab Day 2 ni banyak sikit gambar.
|
Pemandangan rumah-rumah di Kundasang |
Kalau tak silap aku, pakcik berhentikan kami di sebuah resort cantik jugaklah. Sebab tu dia suruh ambik gambar.
Perjalanan seterusnya menuju ke Ranau, meninggalkan kedinginan Kundasang yang mendamaikan (nangis), mengambil masa sejam macam tu. Tempat yang akan dituju ialah Fish Spa Luanti di Sungai Moroli Kampung Luanti.
Fish Spa ni biasanya orang rendam kaki dalam air untuk dicuci oleh ikan-ikan yang suka menggigit. Geli gila namatey -___-
Tapi hasilnya kaki akan jadi cantik dan tiada lagi daki yang degil menginap di celah-celah kaki anda!
|
Ikan apa pun taktau |
Kakti si penggeli abadi tak join, dia duduk tepi je tukang ambil gambar. Yang duk rendam kaki ni jerit jerit sikit sebab geli. By the way, untuk masuk dalam ni ada masa dia. Dalam 15 minit macam tu. Bayaran lupa pulak berapa.
|
Happynya dapat main ikan! |
Mula-mula macam geli dan tak tahan bila ikan tu gigit, tapi mengenangkan yang fish spa gini takde kat Terengganu, aku pun celup lagi lah kaki tu. Air pun sejuk gila. Oh, by the way, jangan lupa bawa selipar kat sini.
Setelah 15 minit tamat, kami pun keluar dari tempat tu. Sungai ni macam berpagar-lah, ada orang jaga masa dan pintu masuk. Ada announcement akan dibuat jika masa kita dah habis. 15 minit tu kejap je, rasa nak pergi seround lagi. Huhu.
Keluar tu, kami basuh kaki dekat paip luar situ sebab tepi sungai tu berpasir/tanah. Dah siap apa semua, kami pun naik kereta dan pakcik terus bawak kami ke Poring Hotspring, dalam 15-30 minit dari Luanti.
Kat Poring ni ada macam-macam aktiviti boleh buat, salah satunya mandi kolam air panas. Hiking pun boleh. Mandi air terjun pun boleh (hanya untuk waktu yang dibenarkan).
Pintu masuk dengan tempat mata air panas tu dalam 5 minit jalan kaki. Tapi kami tak terus mandi hot spring, pakcik bawa kami lalu Canopy Walk dulu.
Canopy Walk ni sejenis jambatan gantung yang orang gayat teruks tak boleh naik. Hanya 6 orang sahaja dibenarkan naik dalam satu-satu masa.
Tempat jalan dia hanyalah papan semata-mata, dan hanya ditampung oleh tali kapal zaman dulu.
Aku seorang yang sedikit gayat, walau bagaimanapun, masa lalu Canopy Walk tu aku tak ada perasaan. Sebab apa?
Sebab: sebelum sampai Canopy Walk tu kena hiking dulu. Al maklum sajalah aku ni lemak extra dan dah sejuta tahun tak exercise rasanya. Kalau dulu waktu PASUM selalu naik bukit bertangga tu fit-lah sikit. Ini....
Semput gila k. Berapa kali berhenti ambik nafas. Laluan dahla sedikit curam dan dia pergi buat tangga sikit. Piah dan Piqah dah jauh tinggalkan aku, hanya Kakti yang setia menanti. Thanks, Ti. Sorry salah silap selama ni. #AwaklahThahaboud
|
Kakti gayat |
Jambatan gitu ada 4. Sebelum jambatan first, ada tangga turun untuk orang yang memang tak berani nak melalui canopy walk tu. But once you've crossed the first canopy, you can't go back. Antara 4 jambatan tu, yang ketiga paling seremshit sebab kalau tengok bawah memang clear gila tinggi dan kalau jatuh mati. Kk tak jatuh-lah alhamdulillah.
Tak terambil gambar k gais sebab 1) Camerawoman semput hiking, 2) Kakti pegang kamera lepas tu dan dia gayat gila.
Paling aku geram time naik kanopi tu kalau Kakti duk depan. Dia lembab gila ok (sambil jerit takut). Nasib baik thahaboud! HUH! Satu je gambar sempat ambik, tu pun Piah ambik (setelah merentasi kanopi gila tu).
Dah siap buat kerja gila, kami pun turun-lah nak mandi hot spring lah kononnya. Aku dan Piqah malas dah nak tukar baju, so kami rendam kaki jelah dalam air panas tu. Piah je yang fully basah sebab dia memang dah bersedia.
Siap berendam tu, kami pun jalan kaki keluar dari kawasan tu.
|
BYE PORING! |
Next stop adalah Kinabalu Park. Dalam sejam gitu kot dari Poring. Dekat sini tempat para pendaki Gunung Kinabalu akan mulakan pendakian. Rasanyalah. Ahaks. Ada banyak jugak aktiviti kat sini tapi kiteorang tak buat, cuma jalan sikit dan ambil-ambil gambar je.
Masa kami sampai Kinabalu Park tu, hujan sikit. Sejuk gila, dah nama pun kaki gunung. Masa jalan kat kawasan dikelilingi hutan, kami hembus nafas keluar asap okay!!!
Excited kay!
Jalan-jalan sikit sampai ke Pondok Timpohon -- sini macam tempat start para hikers la. Entahlah kami pun tak faham jugak cemana kat sini. Yang pasti kami tak boleh melepasi Pondok Timpohon ni, jadi, ambil gambar depan tu saja.
|
Orang lain sejuk pakai sweater, aku rilek je pakai T-shirt selapis |
|
Ini map untuk Kinabalu Park (dan Ipy) |
Dekat macam pintu gerbang gitu ada board of winners.
|
Betul dah tu kot tempat start daki Gunung |
|
Rules and Regulations |
|
Gadis cantek (dan kesejukan) |
|
Ambil gambar dengan signboard je |
Kami tak tengok Waterfall View or Mountain View sebab kena panjat dan tempat panjat tu under construction gitu.
Sekejap je kami kat Kinabalu Park tu, kemudian kami mula bergerak ke Kota Kinabalu untuk check-in homestay di Cybercity Apartment.
Tapi pakcik ada singgah di Pekan Nabalu sebelum bergerak terus ke KK. Kami shopping souvenir seperti T-shirt untuk kakak ipar, abang, anak sedara, beg untuk mak dan kakak dan lain-lain. Fridge magnet beli 10 kikiki. Kemudian, naik kereta menuju ke KK dan kami semua tertidur...
Memandangkan kami belum solat Zohor dan Asar (jamak), kami bagitahu pakcik untuk berhenti di masjid. Pakcik pun singgah di Masjid An-Nur, Tuaran.
|
Masjid An-Nur di Tuaran. Credit: Google |
Masjid tu mempunyai seni ukir yang agak unik-lah bagi aku. Walaupun tandas dia gred D (menurut kata Piah dan Piqah, sebab aku tak suka pergi tandas awam) dan masjid tu nampak terasing. K. Maaf, tiada gambar sebab tak rasa nak ambil gambar setelah tengok keadaan masjid. Huhu.
Tempat solat wanita dekat atas, kami pun solat-lah dengan bersegera memandangkan waktu Maghrib lagi 30 minit. Huhu. Lepas solat tu, aku baru teringat yang aku tertinggal stoking kat tandas (aku masuk kawasan tandas tu sebab cari tempat wudhu', so tanggal stoking kat situ). Lalu, aku pun turun dengan Piqah untuk ambil stoking.
Masa nak masuk toilet tu, aku nampak ada seorang perempuan ni macam menuju ke toilet jugak. Aku berhenti dan nak bagi laluan dekat dia dulu. Dia pun berhenti tepi aku dan mulalah adegan sinetron Indonesia.
Aku tengok dia dari bawah sampai atas, dia pun sama. Bila kami dah tengok muka masing-masing...
"AAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!" kami jerit sama-sama, membuatkan orang yang berada di sekeliling kaget.
Hanya Piqah saksi kejadian masa tu.
Piah: Saya ingat awak jumpa haiwan pelik-pelik (serangga macam lipas ke)
Kakti: Saya ingat awak jatuh
Manakala dua orang lagi lelaki yang lain freeze pergerakan mereka.
Sambungan.
Aku: MARYAM!!!!
Maryam: FIFI!!!!!!!
Both: *lompat lompat sambil berpelukan*
Maryam merupakan kawan aku di PASUM dulu, kelas SH3 dan sama-sama masuk QH3. Sekarang dia belajar di USM Kubang Kerian. Dia memang asal Tuaran, Sabah, tapi TAK SANGKA-LAH PULAK PERGI SABAH TERJUMPA DIA PULAK KAN!!!!!!!!!!!!!!!!
Kami pun bergambar.
|
Beauty and the Beast |
Aku dan Maryam tak sempat borak lama pun sebab Maryam nak solat Asar, dan kami pun nak kena cepat sampai di KK sebab dah lapar gilos. Lepas dah byebye tu, kami teruskan perjalanan ke KK.
Hari dah nak malam dan perut pun dah lapar lagi. Yalah, lunch pun tak. Kami bagitahu pakcik yang kami nak makan lokan bakar. Pakcik pun berhentikan kami di Salut, memang famous dengan lokan bakar dan puding kelapa.
Time kami sampai tu, tak ada orang pun dan semua kedai tengah rehat. Ada satu kedai je yang dah habis rehat. Kami pun duduk situ-lah.
|
Depan: lokan, belakang: tiram |
Satu set lokan RM12. Kami order 2 set dan 4 pinggan nasi beserta sup daging. Sambil menunggu tu makan puding kelapa (rasa macam jeli kelapa je tapi dia bersusu, sedap gila dan banyak, RM2 satu). Lama jugaklah tunggu.
Tapi penantian berbaloi sebab....
|
DAPNYA!!!! |
Lokan ni dibakar kemudian disalut dengan campuran halia dan bawang putih blend. SEDAP KAY! Tapi kalau aku aku lagi prefer lokan sahaja tanpa halia dan bawang putih tu.
Sup daging dia sedap jugak walaupun daging tak seberapa dan dia letak timbunan sawi macam hape je. Aku dan Piqah order Milo ais, Piah teh ais dan Kakti air kosong. Walaupun kami tak adalah kenyang gila-gila tapi oklah buat alas perut (lagi).
After that, kami gerak ke homestay. Sebelum sampai homestay tu, kami singgah kedai runcit beli roti, tuna dan air mineral (kononnya untuk keesokan hari masa pergi Island Hopping).
Sesampainya kami di Cybercity Apartment, kami turun dari kereta dan....
Kamera Sony A6000 terjatuh :((((((((((((((
Bila dah masuk rumah dan dah siap mandi apa semua, baru-lah check keadaan kamera tu. Lens dah rosak tak boleh ambil gambar lagi huhuhu maka murunglah kami malam itu.
Namun begitu, kami masak
6 bungkus maggi dan makan sambil tengok cerita Ali Baba Bujang Lapok. Kami masuk tidur dalam pukul 12 macam tu. Hari kedua diakhiri dengan kemurungan sebab lens kamera rosak. SOBS
|
Lastly, ni muka Piah bila aku suruh tukar channel/frequency radio |
Stay tuned for Day 3 (yang penuh malang lagi)!
Comments
Post a Comment