#TripThahabouds SABAH: Day 3

Assalamualaikum gais!

Jadi, untuk hari ketiga ni anda semua bolehlah bersedia secara mental sebab hari ini merupakan hari yang teruk untuk aku, Piah, Piqah dan terutamanya Kakti.

Image result for sad aesthetic

OK, kami bangun solat Subuh kemudian semua bersiap sedia sebab hari ketiga ni macam kemuncak-lah: HARI MAIN AIR! PERGI PULAU! PERGI SNORKELING! YEAH! Kami tak mandi, hanya cuci muka gosok gigi je sebab nanti nak basah jugak kan. Around 8.30 pagi, pakcik datang ambil kami -- menuju ke jeti yang kami sangkakan Jesselton Point.

Hari ini cuaca mendung dan hujan macam PMS sikit, kejap lebat kejap renyai tapi lama jugak lebatnya. Pakcik suruh kami breakfast dulu di Restoran Khalisah di hadapan Pasar Filipina, sebuah kedai mamak yang kami yakin nasi goreng dia tak macam Kundasang. Anyway, kami tak makan nasi goreng, pekena roti canai kay sebab fobia sikit dengan nasi nasi untuk breakfast. Kk.


Sepatutnya naik bot pukul 9am tapi sebab hujan, pukul 10am gitu baru pakcik suruh naik bot. OK masa ni kami pelik-lah kenapa kami bukan di Jesselton Point. Sebab hari sebelum tu dah lalu nampak pintu gerbang JESSELTON POINT besar gila babeng, tapi tempat pakcik turunkan kami tu takde tulis Jesselton Point pun.

Masa naik bot tu kami empat orang je. Memang dekat situ tak ada bot lain dan pelancong tak ada pun.

Destinasi kami hari ini kalau ikutkan, 4 buah pulau: Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik.

Bot pun meluncur laju ke kawasan perumahan air di Pulau Gaya.

Momen-momen indah

Tak pasti kenapa singgah di sini, tapi bolehlah kami tengok keadaan penduduk di perumahan tersebut. Menurut pakcik bot, kebanyakan orang yang tinggal di sini ialah warga Filipina. Amazed-lah awal-awal tu.

Tema gambar ni: I Am Me

Kami hanya dapat tahu bahawasanya orang tak singgah pun di kawasan ini bila lawat Pulau Gaya lepas Kakti post gambar di Instagram story dengan caption Pulau Gaya dan ada orang reply, "Pulau Gaya ke tu?" :')

Sabar, ada cerita lagi ni.

Momen-momen sebelum tak indah

Kemudian, bot bergerak meninggalkan kawasan Pulau Gaya tu dan tiba-tiba macam berhenti tengah-tengah lautan dalam tu. Secara tiba-tiba juga pakcik bot kata, "Tak boleh snorkeling ni. Cuaca tak baik. Kamu tak beruntung ni."

Lepas dia cakap macam tu, tetiba dia bagi macam brochure gitu, ada pakej sea walking, diving etc. Sea walking tu RM180 sekepala. Kami dah-lah tak bawak duit banyak, sebab nak main air takde nak beli apa-apa pun, makanan pun dah ada.

Kami discuss-lah dalam bot tu, and then kami cakap tak nak. Tapi pakcik bot tu macam mendesak jugak, dia kurangkan harga jadi RM130 sekepala. Kami dah slow slow cakap tak nak, bot masih tak gerak, tapi entah macam mana kami setuju je sebab memandangkan tak boleh snorkeling, marilah pergi sea walking -- whatever that thing was.

Image result for sea walking
Credit gambar: Google

Kat atas tu gambar sea walking. Pakai oxygen tank yang berat gila tu lepas tu, jalan kat railing underwater.

Bila kami dah cakap setuju tu, tiba-tiba bot gerak laju ke satu tempat ni. Rasanya Borneo Reef World kot nama tempat tu, dia macam platform tengah-tengah laut tu. Tak ada-lah tengah sangat, menghampiri darat tapi jauh jugaklah.

Muka happy :')

Sesampainya kami kat Borneo Reef World tu, kami terkezut-lah sikit sebab tak ada orang pun situ. Just pekerja je. Sebabnya, cuaca buruk, pelancong tak dibenarkan naik bot or melawat pulau. Dah sampai Borneo Reef World tu baru kami tahu :')

Cuaca memang buruk sebab laut bergelora gila-gila, masa kami atas bot tu rasa macam naik roller coaster kay..... Kesian Kakti dan Piah mabuk laut. Aku memang suka naik bot, dan Piqah pun kata dia biasa jugak naik bot masa kecik dulu.

Masa kami sampai Reef World tu, SEMUA pekerja kat situ lelaki. Bapak ah seram. Diorang suruh masuk ada aquarium dulu. Aquarium ala-ala Aquaria gitu. Lepas tu baru-lah start sea walking tu. Semua orang buat kecuali Kakti, sebab dia tak berani. Dan dia masih lagi mabuk.

Maka, aku, Piah dan Piqah main-lah jalan-jalan dalam air tu pakai oxygen tank. Seksa jugak sebab pressure tinggi dan telinga memang K.O. Sebelum masuk tu, instructor ada bagi briefing dulu. Ada seorang diver (macam jaga kiteorang dalam air tu lah) ikut sekali dan bagi kami ikan untuk fish feeding. Ye gais, ikan makan ikan :')

Dah siap tu, kami bau hanyir gila. K.

And guess what, tetiba je pakcik bot kata boleh snorkeling :')))))))))))))))))))))))))))

Image result for hades meme i'm fine

Kami pun snorkel-lah sekitar tu, sambil ada seorang pekerja dekat platform tu join sekali jugak - dia duk mengorat Piah dan Piqah dan Kakti. Aku dibawa oleh pakcik pembawa bot (beza dengan pakcik bot ye) pergi snorkel sebab aku je semangat. Orang lain semua berpaut pada pelampung sambil ditarik oleh pekerja yang duk ngorat diorang tu HAHAHAHAHAHAHAH

Aku dapat pegang ikan nemo, pakcik bawak bot tu yang tangkapkan untuk aku. Lepas tu dia tanya, "Best tak dapat pegang nemo?" tapi aku tak faham sebab tengah struggle lap goggle yang berwap tu. Bahaya gila masa tengah snorkel tu laut bergelora cam mende je. Huhu.

Berapa lama aku duk menyelam pun aku lupa. Tapi satu je aku rasa wowwerz: peralatan snorkel dia memang 100% superb. Best one yet. Sebelum ni kalau aku pakai goggle tu mesti masuk air yang kat bahagian mata tu. Yang kat sini perfect ok!

Selain itu, pekerja flirty tu asyik duk cakap, "Beruntung kamu hari ni, orang lain tak dapat datang pun sini. Kamu saja di sini." BAPAK CREEEPY SIA BOLEH DIAM K

Masa dia kata macam tu, dalam otak aku ni dah fikir dah macam mana nak selamatkan kawan-kawan aku kalau ada sesuatu terjadi sebab SEMUA KAT SITU LELAKI (RAMAI PULAK TU) DAN KAMI BEREMPAT JE PEREMPUAN huuu tapi aku yakinkan diri bahawa Allah ada jaga kami. Alhamdulillah kami selamat huhu!

Tak lama lepas tu, kami pun naik bot balik ke tempat kami mula-mula naik tadi. Masa sampai situ baru aku perasan ada notis situ, "CANNOT DISEMBARK HERE" something like that. Rupanya situ tapak pasar basah/pasar malam ke apa entah. Kami naik bot haram rupanya. Sampai situ, Piah and Kakti tergesa-gesa cari toilet sebab nature's calling ye gais and then pakcik bot tu macam cemas tanya diorang nak gi mana SEBAB DUIT DIA BELUM BAYAR LAGI


Aku dan Piqah pun tunggu-lah dekat pakcik bot tu. Kami sedang menanti Pakcik Suari sebab nak pinjam duit dia dulu bayar kat pakcik bot. Duit kami kat homestay. Masa kami cakap duit kami kat homestay tu, pakcik bot tu sengih macam babz je (sorry babz you don't deserve this but) ingat kami ni tak mampu. Ei nak carut lagi rasa ei

Pungpangpungpang, Pakcik Suari pinjamkan duit dia and then jeng jeng jeng. Kakti pun kena bayar RM100 gais. The rest of us kena bayar RM130 sebab buat sea walking tu. Kakti bayar RM100 for nothing gais. Kakti bayar je masa tu, tak ada orang bantah pun sebab semua dah penat dan bau hanyir. WHAT THE HECK

Aku baru sedar jugak masa dekat platform tu, pakcik bot mintak RM150 untuk bayar dekat orang di platform tu. Maknanya sea walking tu RM50 je seorang, total RM150 3 kepala. Selebihnya yang kami bayar tu? :')

Image result for awkward smile

Aku macam pasrah je masa tu sebab benda dah jadi. Huhu. Masa dalam kereta, kami cerita kat pakcik Suari apa yang jadi and then teka gais apa pakcik cakap? Pakcik kata dia dah bayar RM150 extra/advance kat pakcik bot tu sebelum naik bot sebab CUACA BURUK so pakcik Suari bayarkan jugak sebab tak nak KAMI HAMPA TAKLEH PERGI PULAU :') dan sebenarnya pakcik bot tu janji hantar kami balik pukul 3pm tapi pukul 1pm dah ada kat tempat naik bot awal-awal tu.

Sedih juga sebab janji 4 pulau, tapi pergi Pulau Gaya je. Tu pun tak bergaya mana. Hmm. Kuciwa. Sebenarnya pada hari tersebut kesemua aktiviti dan lawatan ke pulau dilarang sebab keadaan cuaca yang tak berpihak kepada kami -- laut bergelora, hujan tak henti.

Pakcik Suari pun kata, "Kita semua ditipu ni," and then dia runsing teruk. Kami ingat lagi, masih fresh di memory dia kata, "Pakcik pun tak tahu. Pakcik ni kerja tangkap ketam saja." Tapi masih bawa kami ke Signal Hill untuk bergambar. Kakti dah mabuk teruk sebab bau hanyir dan dia memang takut air.

After Signal Hill, kami suruh pakcik hantar kami balik homestay. Tapi aku cakap dengan pakcik, bawak kami pergi beli lunch dulu. Aku dan Piah pun pergi-lah beli makanan dekat satu restoran Thai ni. Nama kedai tu Restoran Baiduri banner dia besar gedabak warna merah. Beli nasi lalap satu sorang, sotong goreng tepung, sayur masak apa entah (sorry tak makan sayur), air sorang satu.

Review dari Piah

Balik rumah tu, kami bersihkan diri semua, terus makan beramai-ramai dekat ruang tamu. Makan berselera sungguh, macam duduk rumah bujang! Huhu! Dah habis makan, kami solat, kemudian masing-masing TIDOOOOOOOOOOOO sebab sedih duit melayang.

Kami kemudiannya keluar lepas Maghrib pulak untuk menikmati seafood segar di sekitar Pasar Filipina. Rasanya masa Piah check-in location, nama tempat tu Pasar Besar Kota Kinabalu (Piah kata mungkin jugak dipanggil Todak Waterfront). Dekat situ memang banyak gerai jual seafood, boleh pilih nak yang mana and nak masak apa. Kejap aku belanja gambar.

Kerang sebesar dua ibu jari anda

Sotong segar

PARI MY FEVERET

Mari mari beli seafood!

Udang sebesar adik bongsu anda! Kk tipu je tapi besar la

Kakti pandai tawar-menawar so kami dapat-lah kurang sikit. Kami order semua masak sambal, ikan pari sambal, sotong sambal, udang sambal, kerang sambal. Air aku order air kelapa yang minum dari buah kelapa terus tu. RM5 satu murahnya! Piah minum coconut shake, Kakti air sejuk kosong, Piqah minum air Milo ke teh ais entah, lupa pulak lol

Masa tengah tunggu makanan sampai tu, tetiba ternampak meja sebelah order sotong goreng tepung. TERUS TUKAR ORDER.

Ikan pari bakar masak sambal

Overall sambal dia sedap. Sotong goreng tepung tak sedap sangat, menyesal jugak tukar. Paling sedap ialah udang bakar masak sambal tu. NASIB BAIK SEORANG IPY YANG GEMOK SURUH ORDER UDANG JUGAK huh. At least ada jugak kegembiraan pada hari ketiga ni. Seafood checked! NYUMS!

Piah Piqah dress up tema bibik je

Lupa nak cakap, coconut shake Piah paling best! (manis la sikit) Masa makan tu ada budak mintak sedekah tiba-tiba. Dicuitnya bahu kita, tanjat Ipy! Piah bagi RM3 lepas tu.... makin ramai datang! -_-

Dah kenyang tu, kami pun tunggu pakcik Suari datang ambil untuk balik ke homestay.

Selfie tepi jalan

Malam tu kami tidur lewat sikit, gosip gosip and kemas beg. Gosip tu bukan gosip sangat, lebih kepada rungutan dan luahan perasaan sebab kena tipu dan kesiankan pakcik Suari duit dia melayang RM150 dahlah kerja tangkap ketam je. Dia bagitahu rumah dia rumah papan yang macam tepi-tepi jalan tu je. Huuuuu

RUMUSAN HARI KETIGA (tiba-tiba ada rumusan):

Aku tak letakkan 100% kesalahan pada pakcik bot penipu tu. Salah kami jugak kot sebab pergi cakap ya. Sepatutnya kami teguh pendirian dan SAY NO dari awal. Tapi nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Lagi satu, mungkin ini satu pengajaran buat kami semua. Seronok, seronok juga. Tuhan jangan lupa. Huhuhu!

Juga, kena selalu berhati-hati. Nak nak kita ni perempuan kan.

Hari ketiga ini mengajar aku bahawasanya tak semua trip kami akan sempurna. Mesti ada kesusahan jugak. Selain itu (apahal macam karangan BM), kami pun bersyukur sebab kami selamat tak ada apa-apa benda buruk berlaku ke atas diri kami. Yang penting, ingat bahawa Allah sentiasa ada dan kena percaya kat Dia, tak kira kat mana kita berada.

Sama-sama melalui kesukaran bersama sahabat pun lagi mengeratkan hubungan kami. Huhu, mengajar kami untuk sama-sama lift each others' spirits.

Terima kasih Allah kerana sentiasa menjaga kami. :)


NOTA KAKI: Kami guna cara bayaran secara bergilir. Contohnya, hari pertama, dinner Piah yang bayar. Hari kedua, breakfast Piqah yang bayar, beli susu duit Piah, beli aiskrim duit aku and so on. Kami akan catat di aplikasi Splitwise kemudian Splitwise sendiri akan kirakan berapa banyak kami hutang atau dihutang at the end of the trip. Splitwise ni nice untuk travel dengan kengkawan ni. Totally recommended sebab menyenangkan.

Image result for splitwise logo
Free je, boleh download kat Android dan iOS.

Comments

Popular Posts