REVIEW FILEM | Bisik Pada Langit (2017)

Assalamualaikum semua! Hari ini aku tak ada kelas, makanya setelah lama tidak ke panggung wayang, aku pun terasa nak ke sana, niat asal nak tengok Kingsman: The Golden Circle, tapi setelah baca tweet rant seorang rakan Twitter berkenaan filem Bisik Pada Langit, terus aku rasa nak tengok.

Aku ajak Azira Aziz pi tengok dengan aku sebab kalau tengok seorang macam sedih sangat kan loner gila :(

OK sebab utama nak tengok MUNGKIN kerana ada Beto Kusyairy. Antara pelakon Melayu lelaki yang aku suka tengok di kaca TV. Filem pertama aku nampak dia ni ialah cerita Kashaf Imani di Astro Ria. Astro tayang cerita tu 10 kali pun, 10 kali-lah aku hadap. Kahkahkah.

Jadi, nak review cerita ni-lah harini.

Image result for bisik pada langit

Pelakon: Ummi Nazeera (Hajar), Jalil Hamid (Wak Rosli), Beto Kusyairy (Zaidi 'Dee'), Naim Daniel (Iqram), Erwin Dawson (Irwan), Fadilah Mansor (mak)

Filem ni berkisarkan sebuah keluarga yang terdiri dari mak, ayah, dua orang anak lelaki dan anak perempuan. Yang sulung, Zaidi, kedua, Hajar (satu-satunya anak perempuan), dan yang bongsu, Iqram. Memandangkan Hajar ni seorang je anak perempuan, ayah dia jaga dia sesungguhnya dan Hajar ni pulak bijak pandai, lalu sambung belajar ke Australia.

Jalil Hamid sebagai ayah dalam cerita ni sangatlah power OK. Memang kalau korang tengok, korang akan nampak adanya sifat ayah-ayah dalam watak yang dia bawak tu. Bagi aku, sedikit sebanyak, gitu-lah perangai Walid -- dengan tegasnya tapi dalam masa yang sama penyayang jugak. Kadang-kadang degil tak nak dengar kata (yalah, orang tua kan, mana nak dengar nasihat orang muda ahaks!).

Memang feel habis-lah Jalil Hamid jadi ayah dalam cerita ni. Zaidi (Beto Kusyairy) pun menjadiiii je watak abang tu. Tambah pulak dengan adik diorang si bongsu Iqram tu yang aku rasa nak siku je memanjang. Iqram ni macam tak puas hati-lah dengan Hajar (Ummi Nazeera) sebab ayah dia selalu je bangga-banggakan Hajar ni.

Kisah bermula apabila Hajar kemalangan masa kat Australia tu. Ayah dia nak pergi tengok dia tapi tak cukup duit :( Naiklah AirAsia, pakcik, tambang rendah huhuhuhu Kk, lepas tu si ayah ni sampai nak jual tanah (klisye sikit) sebab nak pergi tengok Hajar tu walaupun dibangkang oleh semua orang termasuk adik-beradik si ayah ni.

Dalam proses nak ke Australia tu, ada-lah konflik situ sini. Konflik Zaidi. Konflik Iqram. Konflik mak diorang. Konflik tanah tu.

Cerita dia tak sampai dua jam, boleh kata sejam setengah macam tu. Tapi air mata yang bercucuran di pipi ini... tidak dapat dihentikan.

Image result for bisik pada langit

Antara quotes yang tak dapat dibendung air mata ialah, "Ibu bapa yang kehilangan anak lebih dahsyat kedukaannya berbanding anak yang kehilangan ibu bapa." Macam tu-lah lebih kurang macam mana nak ingat kalau nangis je manjang?

Aku pun tak tahu-lah jenis review apa gini macam tak membantu kan? HAHAHAHAHAHAHAH

OK memandangkan aku tak reti pun review sebenarnya tapi aku nak ajak jugak semua orang tengok cerita ni sebab dari cerita ni kita boleh tengok pengorbanan mak dan ayah kita, dan juga pengorbanan yang adik-beradik kita buat tanpa kita sedari, untuk kita. Dan walaupun ayah selalu garang dengan kita, ayah sebenarnya sayangggg dan tak nak jadi benda buruk kat kita :'(

Cinematography cerita ni pun cantik. Biasalah zaman sekarang lebih kreatif dan lebih menarik!

Semangat tau aku pergi tengok kat wayang cerita ni! Jarang-jaranglah aku nak tengok cerita, apatah lagi cerita Melayu, kat pawagam.

Bisik Pada Langit ni menjanjikan kelainan dalam filem Melayu. Tak ada cintan-cintun sangat pun dan tak ada kahwin dengan lelaki kaya anak CEO Syarikat Cemara Holdings. Kihkih.

RATING: 8.5/10!

Dan aku baru sedar hashtags #BanjirDiPawagam #MataMasukHabuk. Aku tadi masa menangis beria tu sempat jugak tweet, "Damn ninja cutting onions #BisikPadaLangit."

All in all, you guys should go watch the movie. Jangan lupa bawak tisu. Dan yang duduk jauh dari mak ayah tu, mohon bertabah lepas tengok cerita ni. Huhu!

Comments

  1. I wanted to watch this badly but then I'm not going there alone.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better gi sorang, boleh nangis takyah cover cover hahahahahah

      Delete

Post a Comment

Popular Posts