Comfort Zone

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Where the magic happens...

Hmm. Esok maulidur rasul, Rasulullah Muhammad yang dirindui dan dikasihi oleh sekalian umat Islam. Sebenarnya aku sangat rindu. Betul, tak pernah bertemu, tapi kasih baginda seolah-olah sampai ke dalam diri aku ni. Aku memang tak boleh, sebut je Rasulullah, aku akan rindu sangat. Dia-lah Nabi, dia-lah penyelamat umat Islam. Kat akhirat nanti, dia lah pemberi syafaat. Setelah perjuangan baginda dan sahabat-sahabat, aku tak boleh bayang kalau sesiapa masih takde rasa kasih untuk kekasih Allah yang seorang ini.

Tapi, tu lah kan. Kata rindu. Cakap sayang. Sunnah Rasulullah...mana? Buat ke tak... Huhu. Hari-hari sebelum ni aku duk terfikir, bestnya kalau Rasulullah ada sekarang ni, taklah gawat sangat dunia yang dah memang tua ni. Takdelah perang politik tak berkesudahan di Malaysia ni. Islam akan bangkit lagi kerana Rasulnya masih ada. Indahnya keadaan, tak perlu-lah nak tengok maksiat banyak-banyak, buang bayi... Tengok sahabat-sahabat sekeliling terumbang-ambing.

Dan kita juga akan lebih baik daripada sekarang ni.

Daripada terus duduk di comfort zone. Tengok maksiat, diam. Observe. And then do nothing, except restraining ourselves from doing the forbidden. Tak berkembang. Dakwah? Langsung tak. I know dakwah can be in many ways, not only with words tapi jugak penampilan, teladan and so on. Pakai tudung labuh, tapi seorang-seorang je, tak ajak kawan lain. Yep, I'm saying that's me. I'm sooooooo in my own comfort zone. Tengok orang sekeliling, pakai tudung singkat atas dada tak tutup punggung, baju melekat kat tubuh, nampak tubuh badan, tudung pusing sana lipat sini belit sampai tercekik, and here I am, letting them.
Jangan kata nak dakwah non-Muslim, nak dakwah Muslim yang rapat pun tak mampu. And yet I'm still sitting here in  my comfort zone, and no doubt I'm still gonna sit still until someone urges me to get out of my comfort zone. Tambah tambah lepas SPM ni tak buat apa-apa kan, I'm definitely in a luxurious comfort zone.
Baru sentuh bab pakaian. Bab ikhtilat? Itu cabaran terhebat sekarang. Pakai litup habis segala kat luar, di alam maya? Chatting dengan ajnabi sana sini. Fuh. Couple? Dengus keluar hingus. Tak kira tua muda, if tak ada dalam senarai mahram kita, ikhtilat kena jaga. Anggap adik ke, abang ke, kakak ke... Mak angkat and ayah angkat mungkin lain cerita. But that's it. Yang adik, abang, kakak angkat tu, takyah angkat-angkat sangat. Berat. Berat dosa satu. Berat badan diorang pun satu jugak. Eh.

I know I'm useless. I realise that. I'm not one to speak out loud, to say what my heart tells me to. I guess I'm too drowned in my own world, I've forgotten the real world is out there, the Palestinians, the Arabs, my own Malaysians, my own friends, family. Umat Nabi Muhammad, our ummah, is in need of me. And all the children my age, we're needed to mend our ummah. But here we are, still sleeping in our wakes, living peacefully in our comfort zone.

Seriously, have you ever felt empty? Like, there's something you need to do but you don't know exactly what that is? You read the Quran, you pray five times a day plus the solat sunat, you read Islamic books, but still you feel like there's a hole in your chest? Maybe, we need to go out more, see the world, see how it's going. Sometimes I do feel helpless, with the government not supporting these kinds of things, these Islamic dakwah things. They bow, sujud before Yahudi's agents and men and products.

So yeah, this is an Islamic country, but where's the Islamic part? Building more masjids but still they're empty? Ha.

Just seeing the politics debates on news and internet makes me sick and wanna crouch in my room and decide not to think of what's happening. Urghhhhhhhhhhhhh I feel useless, okay! And I don't like it even for a slightest bit. And that's not the worst yet.

My friends. Tengok diorang pakai shawl belit belit, baju lekat kat badan, kesingkatan ketudungan, Allah je tahu betapa aku yang terseksa tengok diorang. Aku rasa tak berguna, pengecut, coward and so on lah. Aku...tak berani tegur. Tengok diorang bersembang kencang, mengusik bergurau dengan yang bukan mahram, telan air liur basi aku tahu tak. I'm speechless. Mana part nahi munkar? Teringat pulak kata-kata seorang sahabat hari tu, tak ingat pulak (dah lama tinggal sekolah, ceh, konon xD), "Kita lakukan 'amar ma'ruf. Tapi nahi munkar kita tak berjalan." Lack of nahi munkar.

Aku sebenarnya...tak boleh sangat post entri deep dan sentimental macam ni. Aku suka pendamkan je. Diam lebih baik. Sebab aku memang macam ni. Kalau korang tengok entri-entri aku sebelum ni, semua tak Islamik, takde kena-mengena sangatlah, tak sentuh pun pasal Islam. Tak tahu lah, mungkin sebab perasaan aku ni, aku rasa hipokrit bila tulis bab-bab agama tapi aku sendiri tak buat. So I'm sorry. InsyaAllah aku akan perbaiki lagi... :')

"Aku sangat terkesan setelah membaca syair ini.. Lalu aku mula berfikir, aku sudah terlalu lama hidup dalam Zon Selesa.. Mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah Berkelana untuk leihat Ciptaan di Muka Bumi Milik Sang Pencipta ini." - Catatan dari buku nota Ahmad Ammar Ahmad Azam

Lanjutan kisah Ahmad Ammar ni, aku sebenarnya tertarik dengan kisah beliau. Tapi biasalah aku, aku diam je, aku tak tunjukkan kesungguhan. Yang penting pada aku, point nya. Keluar dari comfort zone. Ahmad Ammar ni kuat orangnya. Boleh dia keluar dari comfort zone. Memang payah. Aku ni, bila terfikir nak keluar dari comfort zone pun....haih, tak terbayang. Moga Allah beri aku kekuatan.

Sebab aku dah 18 tahun. Allah masih panjangkan usia aku kan, walaupun aku ni banyak sangat buat dosa T_T Dan tahun ni Allah dah tentukan, hari special aku sama dengan hari special buat ummat Islam. 14 Januari 2014, bersamaan 12 Rabiulawal 1435H. Moga dapat menjadi titik permulaan aku dalam membuat perubahan dalam diri aku ni. Lapan belas tahun. Kalau ikut kalendar Islam, Hijrah, sebelum Ramadhan tahun lepas lagi aku dah umur 18 tahun.

Salam Maulidur Rasul 1435H. Dan selamat menjadi setahun lebih tua buat aku.

p/s: 13 januari - aku pergi tukar I/C baru, sebab I/C baru tu kan ada gambar kecik satu. so aku rasa macam lawa ah, aku ajak parents aku tukar sekali. sekali pergi, kakak yang uruskan tu cakap, "Awak tak masuk 18 tahun lagi kan? Sebelum 25 tahun kena tukar lagi... Eh hari ni berapa hari bulan? Laa kenapa tak datang lusa?" okay since aku buat lawak pergi 13 januari, 2014 nanti ah aku tukar 13 januari 2021, kalau aku masih hidup lah

Comments

Popular Posts