Jeritan Rasa.

Genious Wednesday Addams.

Sekarang ni, mesti kau tengah terasa hati dengan aku. Sebab aku buat sebegitu rupa dekat kau. Selama ni kita okey saja, berbaik, bergurau, bergembira, usik-mengusik, perkara biasa. Luahan rasa masing-masing tentang cinta yang tak pasti. Tentang hal kegilaan dan kedewasaanmu, kau cerita dekat aku. Tak pun aku tahu dari orang yang rapat dengan kau, yang tahu cerita kau. Aku tak cerita kat sesiapa pun. Aku dengar je, lepas tu bila aku cakap dekat kau, yang aku tahu, kau mesti terkejut.

Begitu lah biasanya, aku mesti lebih tahu tentang kau berbanding apa yang kau tahu tentang aku. Sebab aku ni tak open. Dan kadang-kadang bila aku memilih untuk open, bertuah kau, aku open sedikit dengan kau tentang si dia yang...hmm, entahlah, tiada harapan buatku. Tapi aku sendiri pun tak pasti itu untuk suka-suka atau betul-betul dah terjatuh. Kau berlagak, seolah-olah kau memahami, tapi untuk orang menginterpretasikan perasaan aku, mungkin agak mudah, kerana aku ni terus-terang dan jujur, tak tahu berbasa-basi, terus straight to the point. Sahabat-sahabatku yang lain mudah menterjemah.

Sahabat? Kau bukan sahabat? Aku tak tahu nak definisikan kau sebagai sahabat, keluarga atau orang asing. Tapi kau tahu sedikit tentang aku, aku tahu banyak tentang kau. Bukan aku sengaja nak jadi 'stalker' kau, tapi aku tak sengaja tahu, mereka yang beritahu. Aku tak minta pengetahuan itu, terus sampai ke telinga aku dan aku tak suka hebohkan. Aku sebenarnya tak pernah anggap kau sahabat. Jauh sekali kau nak jadi sahabat aku. Mana mungkin kau yang berbeza jantina denganku, kugelar sahabat. Aku tak bersahabat dengan lelaki, aku hanya berkawan. Kawan? Mungkin sedikit, aku fikir kau kawan. Aku kongsi cerita. Tapi aku tak luah sepenuhnya, aku memang macam ni, suka memendam rasa.

Crush? Hahaha. Aku rasa melampau jika aku katakan aku crush kat engkau. Engkau lah lelaki terakhir yang mungkin aku akan jadikan crush, sebab...entah, mungkin sebab aku tahu kau macamana. Cinta? Tidak. Mintak simpang lah. Aku kenal kau, aku tahu kau, mungkin sebab itu aku tak pernah interpret perasaan aku terhadap kau sebagai ada kena-mengena dengan hati, cinta dan romantik. Geli pulak aku. -_- Dan aku pasti kau pun berperasaan sama kat aku.

Kau mesti tak faham kan kenapa aku dah tak layan kau? Aku dah sombong, aku tak benarkan kau contact aku, dan jika kau buat juga, aku langsung tak layan. Aku faham. Dan aku rasa I'm saving myself from getting hurt in the future. Kau ni kadang-kadang boleh jadi sewel tak tentu hala, tetiba kau dengan dunia kau, masa tengah berkongsi rasa dengan aku. Aku ni memang jenis tak layan sangat orang yang tetiba berpuitis puisi, melainkan kau tu Nur Athirah Mat Isa. Dia seorang je aku layan. Tapi kau bukan dia.

Even masa kau datang rumah pun, kadang-kadang je aku layan kau. Kalau aku malas layan kau, aku duduk dalam bilik je. Dan kalau aku tengok tivi dan kau join sekali, lalu kau buat lawak, uh, aku buat tak layan jugak. Entahlah, mungkin aku rasa tak selesa sebab kau berlainan jantina. Aku tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ni, sekolah rendah tu takyah cerita lah, masa tu budak-budak lagi, tak tahu apa-apa -_- Aku hanya berceloteh dengan kau dengan rancak kalau ada Ummi atau Kakak atau Kakngah. Keadaan lain, seriyes, aku tak selesa.

Hari tu aku post status dekat Facebook tentang pergaulan lelaki dan perempuan, even from chatting and alam maya, dan kau ingat itulah reason kenapa aku dah tak layan chat engkau, atau Whatsapp atau apa-apa sahajalah. Hahaha. Sebenarnya kau salah. Memanglah, dari awal lagi aku control cara aku berkawan dengan kau, kadang-kadang aku melepasi batasan jugak, tapi, the real reason yang aku berhenti terima chat or Whatsapp dari kau adalah diri kau sendiri.

Cuba kau renung balik, tengok diri kau, refleksi diri... Aku tak nampak pada kau apa yang ada pada presiden-presiden MPP sekolah aku yang memang zuhud tu, terutama yang kau kenal. Tak, bukan aku suka kat dia, bukan aku nak kau jadi macam dia, tapi aku tak nampak dia dalam diri kau. Aku tak expect ah kau jadi macam dia, tapi... Sebab kau ni memang belajar agama tinggi, dan akan meneruskan pembelajaran kau tu, aku rasa macam ralat sikit bila kau ni tak macam dia. Salah satunya.... Dia 'menjaga', kau? Aku memang tak berkenan nak berkawan dengan lelaki yang tak 'menjaga' ni (tambah tambah kalau dari sekolah agama), tapi aku kawan je. Aku terima kau dalam hidup aku sebagai kawan/adik-beradik, tapi kau punya tahap kerek, ya Allah, aku tak mampu nak bertahan.

So, sebelum hati aku ni 'betray' aku dengan aku terjatuh cinta atau tersuka dekat kau (aku jujur terus ni), lebih baik aku stop berhubung dengan kau. Dengan keluarga aku, kau nak contact, silakan. Lagipun aku tahu kau dah ada pilihan, so aku tak kesah pun. Sebab tu aku elak awal-awal. Aku tak nak rapat dengan mana-mana lelaki. Tak best. Biarlah aku kawan/bersahabat dengan gegirls je. Aku pun dah cukup hepi sekarang ni dengan adanya mereka; Kakti, 'Ainul, Alya, Auni, Piqah, Piah, dan yang lain-lain. (jangan sentap pulak nama korang takda, ada je nak sentap, huh) Jangan kacau aku lagi, aku mintak maaf kalau aku ni menyakitkan hati, tapi biar ah aku malas dah nak kesah apa orang nak cakap pasal aku.

Yang penting, aku rasa selesa. Dan entri ni bukan nak tunjuk kononnya aku ni baik tak kawan dengan lelaki blablabla tapi ni kan blog aku, aku nak meluah rasa dekat sini. Mana tahu, untung-untung orang yang dimaksudkan dalam entri ni baca, aman hidup aku. Hihihihi.

Byeeee, assalamualaikum! :D

Comments

Popular Posts