Of PLKN and Picnic.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Pa habaq uols? Amboi sejak bila aku jadi orang utara ni? Ahaks. Bajet macam tak update blog lima hari. Padahal baru dua hari tak update blog. Semalam penat sangat sampai tak sempat nak update, hari sebelum tu tak tahu nak update apa -_- Korang ingat banyak sangat ke aktiviti aku buat sepanjang cuti ni? Melancong pun tak, duduk rumah baca buku... Oh! Hari sebelum semalam tu aku sibuk baca buku Projek Memikat Suami ewww, ok to be frank I'm not Frank (I miss him he's so sweet and now he's BIGGER lol I paused reading the book), I don't read Malay novels but sometimes when I feel like it, I pinjam dari kawan-kawan x) Tapi sememangnya aku takkan habiskan duit aku untuk novel bertajuk Projek Memikat Suami sebab nanti Ummi I cakap I gatal -..- Dan lebih baik aku beli novel BI chavoooooo xD

So yesterday, some of PLKN candidates dah bertolak ke destinasi kem pelarian masing-masing. Alya yang terpilih mengikuti kem tersebut, pergi semalam. Dengan itu, aku dah berpakat dengan Syafiqah, Sofiah, 'Ainul dan Kakti untuk menghantar dan say goodbye to Alya semalam T__________T Driver? Mestilah aku haahhahahahahahahahahahaha Fifiey buat lawak -.- Syafiqah je yang dah ada lesen setakat ni. Aku dan 'Ainul dah lepas praktikal, lesen L pun tak dapat lagi, so jangan nak perasan boleh bawak kereta sangat xD

Piah, 'Ainul, Kakti dan Piqah

Bertolak dari rumah aku pukul 8 lebih sikit. Kakti dah membebel (dia tunggu kat sekolah). Makcik tu kalau tak membebel tak sah. Tunggu jelah kejap bukan ada singa pun kat sekolah tu nak ngap dia -_- Haaa ni aku pulak rasa nak membebel xD Tapi tak boleh salahkan dia sebab janji pukul 8 pagi sampai sekolah, tapi pukul 8 tu Piqah belum sampai lagi kat rumah aku. Piah pun salahkan Piqah. Tapi kiteorang tak marahlah kat dia sebab dia kan yang tukang bawak kereta, kang dia marah kang balik jalan kaki pulak kiteorang yang comel lagi vogue ni wakakaka

Kiteorang sama-sama sampai dengan Alya. Malam sebelum tu Alya dah mesej dah, "Tengok tengok nanti awok sampai dulu pade saye, Fiey xD" Memang pun budak tu, forever lambat xD Pastu dia pergi daftar apa semua, jumpa jugak kawan-kawan lain, Piah jumpa orang hensem -_- Geng kiteorang punyalah bising mengalahkan orang yang nak pergi PLKN. Mak bapak yang datang hantar anak-anak pun dah tertengok-tengok kat kiteorang yang bising ni, sorrylah uncles and aunties, kiteorang eksaited sebab TAK pergi xD Mak Alya cakap, "Ni sepatutnya semua pergi jugak, macam nak pergi je, terutama Fifiey," and I was like u.u malu titewww titeww taknak pegiewww ewww xD

Farewell Elly Aquilla :')

Ayah Elly ambik gambar. Huuuu I pakai baju sama ngan Elly. Titew banggew nan Elly ahaks xD Piah forever bbelang xDDDD Kakti sebenarnya cakap nak pakai shawl tapi sebab dia TAK RETI pakai shawl, so dia tak pakai ah. Hari tu aku gi rumah dia, aku tolong dia pakai shawl (sejak bila aku reti ni? hahaha aku tengok kat Youtube). Lawa jugaklah aku buat ecececece tapi labuhnya mak aii, tak tahu nak buat camane dah. Pastu Piqah cakap Kakti nampak macam orang pregnant xD Aku siap tanya lagi, "Ti awok pinjam baju Kakna ke?" Kakna tu kakak dia yang tengah pregnant 9 bulan. Hihi~

Kakti akhirnya malas nak layan, dia pun cakap dia pregnant 6 bulan ahemmmmmmmmm xD Ewww xD

Kakti dan Alya

Alya naik bas dah. Titew sedih lagi, titew tak naik sebab malu, ramai sangat orang dalam bas. Aku dan Piqah je duk kat bawah. Kiteorang saling tak nak naik sebab pemalu wakakakaka. Alya duduk sebelah Wajihah dalam bas. Masa ni Wajihah aku tak tahu pulak kat mana, tak naik lagi kot. Sebelum Wajihah naik aku pesan kat dia, "Wajie, jaga Alya molek molek eh!" pastu dia pun balas, "Eh bukan dia ke kena jaga saya?" -.- Jaga jelah semua orang yang ada kat sana xD

Byebye :')

Sesi bersalam-salaman dan berpelukan. Spoil betul 'Ainul dan Alya orang nak ambik gambar candid diorang pi tengok kamera rasa nak lempang saat itu juga xD Masa ni aku baru je nak tacing tapi Kakti marah aku dia cakap, "Jangan ah nangis!!!!" -__________- Pastu aku nak emo lagi Kakti marah lagi. Aku pun tak jadi nak nangis, aku kan tough. Wakakaka. Ni lah last ambik gambar dengan Alya before dia ke PLKN. Bila entah dia balik cuti. Raya Cina kot. Pagi tadi dia mesej tempat kem dia tu dalam hutan belantara xD

After that, kiteorang terus nak ke Pantai Pandak (again? haha) Masa dalam kereta tu cakap lah pasal muka Alya sedih tapi dia tahan T_T Nasib baik tak nanges. Then kiteorang cakap pasal Maharaja Lawak Mega, pasal Shiro mula-mula sebab Shiro dapat 3 bintang je dari si Nora Danish tu huhhhh padahal kalau nak dibandingkan dengan Comey ke Nabil ke, memang best Shiro lagi OK! Haktuih. Kenapalah Nabil tak best sangat -_- Asyik gelak sendiri je huh..
Pastu tengah cakap ngan Piqah pasal Nabil buat persembahan, Piah tanya kiteorang tengah bercakap pasal siapa. Aku pun jawab sepatah, "Nabil."
Then seluruh kereta diam. Tetiba je diam, tak riuh dah walhal sebelum tu riuh. Aku pun senyum, "Ehem." pastu habis bergegar kereta duk gelakkan Kakti wakakakakakaka Sebenarnya kat entahlah kenapa dan macamana semua orang duk gelar Kakti-Nabil -_- Aku pun tak tahu dari mana sebenarnya gelaran itu, sebab start berbaik dengan Kakti je semua orang dah gosipkan dia. Aku pun go on jelah with the flow xD Tapi sebenarnya diorang takde pape pun, kawan je. Cewah macam tahu je aku ni, tapi tu lah yang Kakti bagitau aku. Tentang hati dan perasaan Kakti dan Nabil, wallahu'alam, setahu aku diorang masing-masing suka dekat orang lain. K nak gelak xDDDDDD

Getting ready for eating lols

Sampai kat Pantai Pandak (mak Kakti tak galakkan datang pantai ni sebab mak Kakti cakap pantai ni keras dan berhantu tapi kiteorang kan degil - laaa patut pun takde orang kat pantai ni cuma ada beberapa orang pakcik tengah jala/pukat ikan, tu pun kalau betul-betul pakcik lah wahahahaha amboi Fiey muluttt xD), kiteorang hampar tikar, surat khabar dan sediakan makanan. Makanan gila banyak, macam untuk sekelas atau untuk berkelah sampai esok hari -_-

Anak-anak gadis, anak gadis En. Jamaludin, En. Mohamad dan En. Mat Isa

Aku bawak nasi goreng satu bekas (yang bekas merah 'Ainul pegang tu), ayam goreng Ayamas sepaket aku goreng dan french fries pun sepaket digoreng. Kakti bawak sandwich satu bekas (mak dia buat bukan dia eh taktau xD). Sofiah bawak mee goreng sebekas, 'Ainul pulak aku suruh dia bawak air, so dia bawak air soya dan air masak. Syafiqah? Dia bawak...dia bawak kereta jelah. Kesian dia, bawak kereta, so takyah bawak menda lain dah. Kiteorang sayang kat Piqah ni. Hahahahhaa bodek xD

Piah bawak puding! Oh tak ingat!

Sebelum sampai tu kiteorang beli ais dulu, tapi sempat lagi beli sebekas aiskrim -__________- Ke darah betul diorang ni. Aku tukang ambik gambar, tak makan pun aiskrim tu.......................OK mestilah aku tipu xD Aku makan gitu gitu jer, ambik french fries colet aiskrim = heaven!

Melantak aiskrim -_-

Alhamdulillah cuaca agak baik semalam, tak hujan. Panas terik pulak tuh -_- Better panas dari hujan lah kan. Kalau hujan tak boleh picnic pulak. Masa aku plan dengan Kakti kat rumah dia hari tu, kiteorang duk fikir lah ni plan kalau hari hujan. Kakti siap mesej 'Ainul gi tanya, "Nu awak ada khemah tak?" Just in case kannnnnnn xDDDDD 'Ainul takde khemah, tapi Kakti buat lawak, dia cakap dia ada kanopi. Woi ingat nak gi khemah perdana ke main kanopi segala xD Melampau xD

Pastu kiteorang pun makan. Masing-masing tak makan pagi lagi. Apa lagi, bedaaaaaaaaaaal!

Makannnnnnnnnnnnnn

So yummy. Pinggan tu Piah bawak, dahlah rata, comel pulak tu. Tapi Kakti kalau bab bab oren ni dia sentap sikit kakakaka. Makan sambil bergosip. Biasalah. xD Aku rasa yang makan paling banyak ialah 'Ainul (sejak bila 'Ainul makan banyak pun aku tak tahu -_-), biasanya yang makan banyak Piqah. Kakti biasalah, dia motmot, tapi tak makan banyak. Ahaks xD Sofiah forever makan tak banyak sebab dia...dia perut kecik -..- Aku? Aku rasa aku makan sikit sikit pada 'Ainul xD Tak tau ah tu xD Aku banyak minum air. Kalau tak cukup, air laut kan ada? -..-

Pantai Pandak, 020114

Somel tak beg Jerusalem tu? Nenek aku bagi lepas beliau balik dari Palestine baru-baru inih. Nampak tak motor kat belakang tu? Tu motor pakcik jala ikan. Kalau betullah kan tu motor pakcik. Wahahahaha apahal la aku ni kekekeke. Eh....kenapa aku tengok makanan macam sikit je dalam gambor ni? Padahal semalam... Dah round seKuala Terengganu masih lagi kenyang! Tu pun makanan ni semua tak habis. Lepas ni picnic bawak sikit jelah. Pot luck semua, baru lahhh cukup.

After that, belajar memandu. Pergi dekat tempat parking kereta, lepas tu test driving. Mula-mula Piah, lepas tu 'Ainul. 'Ainul ajar Kakti, aku join duk belakang, lepas tu gi sampai mana entah, nak pusing balik tak boleh dan tersangkut kat mana lah aku tak tahu -_- Aku pun reverse cewahhhhh dan kiteorang kembali ke tempat Piqah dan Piah tengah bergosip.

Piah tekun mendengar

Piqah ajar cara penggunaan gear kepada Sofiah. Masa Piah tengah bawak kereta tu, aku duduk tepi dia, masa nak belok, dia tak lepas lepas stereng tu, aku lah tukang pusing ni nasib baik tak langgar divider jalan! xD Habis menjerit semua orang dalam kereta. Haddoooooooo xD Rosak jugak kereta Piqah nanti -.- Ummi aku marah guna kereta Piqah buat testing tapi Piqah bagi jer, Walid aku pun OK jer. Ehek. Piah belajar sebab dia praktikal hari Selasa nanti, rasanya. Kakti hari ni baru habis computer test.

Pembelajaran tentang kereta

Mendengar dengan tekun Piqah mengajar. Master-ji a.k.a pro kiteorang tu xD 'Ainul minum air je dia sebab dia dah pandai bawak kereta. K. Masa 'Ainul drive, dia bawak 5km/j, aku duk menjerit, "Woiiiiii lambat ah, drift ah!" pastu dia membebel xD Aku tanya lagi, "Berape km/j tuuu? 10 ke?" pastu dia jawab, "5," lollllllll Sebelum tu, masa Piah drive, ada kereta lalu belakang, masa tu Piah tengah tak tahu nak tukar gear ke amende entah, pakcik sekeluarga kat belakang tu potong dan buat muka memahami lol xD

Kakti pemalu puiiiiiii

Kakti malu nak bawak kereta -.- malu, takut dsb xD Dia tak bagi aku naik dengan dia, but well, who cares, naik je aku, layan sangat aku dengan dia xD Dia bawak pun biasa je, macam aku jugak dulu, masa aku test dengan Piqah tu, dia suka tekan pedal minyak sebab tak terasa. Tu lah, dulu gelakkan aku :P Lepas beberapa minit, aku turun sebab aku bosan, kereta bergerak terlalu perlahan (jangan sentap ti xD) dan aku dahaga nak minum air -_- Gila panas weh semalam. Muka aku habis merah.

Then kiteorang gi solat kat Masjid Sultan Ismail. After solat, ada makcik-makcik kat situ tanya kami dari mana. Aku jawab ah dari pantai. Makcik tu pun tanya, "Dah tu, pelajar UiTM ke?" aku pun malu-malu kucing (kawan-kawan yang lain gelak je) jawab, "Taklah, baru habis SPM..." ihiks u.u Aku pun menyalahkan Kakti sebab dia yang menyebabkan makcik tu cakap kiteorang pelajar IPT, dah tu dia nampak macam pregnant xDDDD

Rumah dan basikal xD

Kemudian, Piqah tanya nak kemana, pastu Piah cakap nak tengok Istana Syarqiyyah (yang baru), kiteorang pun lalu jalan ke istana tu. Untung untung dapat masuk, tapi tak mungkin lah kan -.- Tapi rumah-rumah berdekatan istana tu cantik-cantik. Seperti gambar di atas dan gambar-gambar seterusnya.

Rumah santek tapi tak nampak -_-

Pintu masuk istana

Ni pintu masuk istana tu. Kiteorang nak masuk tapi macam ada pemeriksaan keselamatan ke apa entah, tak jadi ah masuk. Aku rasa boleh je kot masuk, tapi tak tahu ah. Tak try, tapi istana ni atas/lereng bukit. Aku harap tak runtuh lah istana cantik macam ni. Almaklumlah dah banyak sangat bangunan runtuh kat Terengganu ni T__________T

Rumah yang awal-awal kami tengok cantik tu

After that, kiteorang gi tengok masjid baru yang lawa gila, Masjid Kubang Ikan. Memang lawa sangat gila mantop ah xD Nama masjid tu tak tahu apa, maybe Masjid Kubang Ikan tapi tak tahu ah kalau ada nama macam Al-Hidayah ke Al-Barokah -_- Tak sempat nak ambik gambar full masjid sebab tak sempat keluarkan handphone (ambik gambor ngan handphone jer, kamera takde bateri, charger Kakngah bawak ke Kuantan apa halllll)

Tempat wudhu' lelaki

Tempat wudhu' ni, kelassssssssss engko! Suka sangat design and konsep, aku memang suka kalau ada cermin yang ala-ala turqoise tu. Comel okeh. Korang kena pergi masjid ni, tengok camane. Nak best datang time masuk waktu solat lah, kiteorang ni gi solat kat lain sebelumnya, tak terfikir sebenarnya nak singgah masjid cantik ni. Negeri cantik, budaya menarik~ Lollll xD

Selfie, with Syafiqah

Aku saja je buat lawak selfie dalam toilet sebab aku nak tahu apa rasa ambik gambar guna cermin tandas, dah tu ramai sangat orang buat -_____-" Tak rasa apa-apa pun, rasa nakal adalah wakakaka. Masa ni Piah, Kakti and 'Ainul duk round kat mana entah, Piqah jumpa tandas ni, puji tandas cantik dan bersih (cermin tu tak bersih sangatlah --') pastu aku tengah ngekor Piqah, lalu aku terus ajak Piqah berselfie. Teruk perangai woi xD Tengok muka aku tu, nakal gila lol

Signboard, kot la taktau en

Tempat solat wanita (kat dalam)

Seriyes cantik. Tu tak masuk lagi dalam tempat solat. Jap eh.

Tempat solat wanita

Karpet lawa uh. Ni baru kat perempuan, kalau tengok yang tempat lelaki solat, perrghhhhhhhhhhh gila engko tak lawa. Ada lampu kipas (ala yang kipas lipat tu).

Sofiah, Kakti dan 'Ainul, Piqah peering into the room

Saf kanak-kanak, 'Ainul's peace

Tempat laluan, pintu tu nak masuk ke ruang solat lelaki

Kakti bajet lawa.

Selfie kat cermin, aku tak join

Dahlah selfie dekat cermin gelas tempat orang lelaki solat. Dahlah ada orang kat dalam tu (the reason I couldn't snap the decor inside). Bajet nampak lah tu muka -_- Tak paham. Tangan aku tengah kacau. Wahahahahaha.

Fifiey si muka merah dan Kakti sepet

Kakti marah letak gambar ni sebab katanya mata dia sepet. Biasa je aku tengok. Tengok mata aku. Banding dengan mata Kakti. BANDING SEKARANG! Dan tengok semua gambar lain, dan tengok mata aku!!!! Kenapa mata aku sepettttttttttttttt! Huh.

Sofiah, 'Ainul and me, kulit cekelat daim

See?! Sepet kan?! And Kakti complained and whined on how her eyes look sepet in the picture before! Urgh. Eh baru sedar ai bersama-sama kawan-kawan baik ai sejak form 1, Piah dan 'Ainul. Ehhhhh rinduuu eh eh ehhh :'))) 'Ainul comel lah gambar ni -_- Piah forever elegant. Aku? Forever sengih and mata sepet. Uh. K la k la aku terima fact that I'm sepet. Uhuks. Wani, Auni, saya mintak maaf cakap awak dua orang mata sepet. Uhuukkksss. xDDD

Selfie dalam kereta, masa ni tengah kat traffic light -_-

Piqah masa ni, "Mesti dalam gambar mata saya juling!" sebab tengah duk tengok-tengok lampu merah bertukar hijau. Hahaha. Sebab tu muka semua orang gumbira suka hati, buat lawak tengah tengah jalan. Korang jangan tiru perangai ni, bahaya xD Masa ni muka aku merah gila, so aku edit edit ah sikit supaya tak merah sangat xD Rasa macam kena suntanned pun ada xD

Lepas tu kiteorang ke Giant Gong Badak (baru!). Dahlah sebelum tu sesat masuk dalam kampung mana entah -_- Semuanya salah 'Ainul. Mula-mula ingatkan betul, lepas tu puji 'Ainul boleh jadi GPS lah apa lah. Bila dah tersesat, habis 'Ainul kena kutuk dan bebel. Dia pun buat ayat, "Oooo...bila saya bagitahu jalan betul awok puji saye. Bile sesat, awok pandang rendoh ke saye..." Hahaha. Mujurlah aku ada dan aku suruh pergi je straight. Diorang semua dah berdebar-debar, aku pun cakap, "Takpe, selagi awak ada saya, awak takkan sesat. Go straight," pastu ikut kereta mana entah, keluar balik jalan raya besar xD

Pergi kedai buku SMO bookstores kat Giant tu. Sadly, takde buku Tahereh Mafi kat sana. Eh. Apa kelassss engko nak ada buku Taherah Mafi segala kat Terengganu ni. Never ok, never. Sebelum masuk Giant tu aku tanyalah kedai buku apa, pastu aku jawab sendiri, "Yang pasti bukan MPH. MPH tu, saya mati hidup balik baru diorang bina kat Terengganu ni. Tu pun kalau tak runtuh ah," -_- Buku Taherah Mafi? Hmmm, kalau ada pun kat Mesra Mall, kat Kemaman, ada Popular kat sana. Dah tu takkan ah nak suruh Piqah drive sampai Kemaman!? Semalam pun seharian dia dah pening! Cian diew!

Tahereh Mafi's a Muslim :3

Masuk SMO tu, ada semua novel feveret Kakti dan Piqah -.-" Aku nak beli satu buku ni tapi takdak duit, so postponed ah dulu uhuks :'( After that, kiteorang layan Cool Blog, Piah belanja (and 'Ainul). Aku mintak Honey Dew with pearl, aku macam serik sikit nak mintak Milk Tea sebab takut dia bagi air nisan macam sebelum ni erghhhhhhh I don't trust Cool Blog Milk Tea anymoreeeee xD Piqah and Kakti had oreo vanilla and chocolate, in that order, Piah oreo vanilla kot, Ainul banana minions, ehh xD Kiteorang drop 'Ainul kat Giant Kuala Terengganu, before heading for my house, because Piqah was so worn out, everyone tired as well, so lepak kejap dekat rumah aku.

Si Piqah, Piah and Kakti kemudiannya guna Instagram aku buat stalk orang -_- Kakti yang dah nak tidur tu pun segar mata mata sebab nak stalk orang -_- Tiga orang tu, kalau duduk serumah, memang, memang habis rahsia semua orang dia tahu. Professional stalkers of SHAMS. Nasib baik tak pandai hack account orang, kalau tak... Lagi parah. xD Sebelum Piqah and Piah balik (Kakti ayah dia dah ambik), kiteorang layan Maharaja Lawak Mega minggu kelapan, tengok Wala, Sepahtu and Shiro jer. Wala tu tengok sebab nak tengok Encik Muscle sahaja, ok! XD Sambil makan nasi goreng dan ayam goreng, lebihan (yang banyak) daripada picnic. Tak aci Kakti dan 'Ainul takde untuk habiskan makanan, huhhhh.

Bila diorang dah balik, aku pun baru rasa letih xD Malam semalam aku tidur sebelum pukul 10. Dalam 9.45 macam tu kot. Sejak cuti SPM ni, tak pernah aku tidur sebelum pukul 1 pagi. Hahahaha. So semalam tu record of the holiday lah. Bangga singgit. Hahahaa.

Ok dah tu jer. Harini aku takde pape pun. Tengok Juvana. Pagi tadi mesej ngan Alya, lepas tu tengah hari masak macaroni dengan home-made tomato sauce. Nyums. Tapi Walid beli nasi arab kat restoran ayah Fatih (sedap! sila pergi beramai-ramai untuk coba) -_- Aku bedal je dua-dua. Tapi macaroni tu masa tengah hari, nasi arab petang sikit.

Bubuiii! :D

Comments

Popular Posts